tetamu VVIP

Rabu, 10 Mac 2010

19 keistimewaan wanita

aku ada membaca satu artikel yang kira sangat menarik perhatian aku yang merupakan golongan wanita nie la kan.. hehe... di dalam islam, wanita itu adalah golongan yang dimuliakan kedudukannya. pada zaman arab jahiliah, perempuan dipandang hina, diletakkan serendah-rendahnya. malahan, lebih teruk daripada darjat seorang hamba. wanita hanya dilihat sebagai pemuas nafsu dan dianggap sebagai membawa sial dalam keluarga. pandangan ini menyebabkan golongan arab jahiliah akan membunuh anak-anak perempuan yang dilahirkan kerana menganggap anak perempuan akan menyusahkan dan membawa malang kepada keluarga mereka. kedatangan islam sememangnya telah meletakkan wanita adalah semulia-mulia golongan di mata masyarakat dan menjaga kekebajikan serta keistimewaan kaum hawa. ok la.. kat cni aku senarai kan 19 keistimewaan kaum wanita dari sudut pandangan islam.


1. kaum wanita lebih dimakbulkan doa mereka kerana tingginya sifat penyayang mereka berbanding orang lelaki. sayangnya kaum hawa kepada anak-anak, kepada binatang dan sebagainya sememangnya menunjukkan ketinggian kasih sayang mereka berbanding kaum adam. apabila ditanya kepada rasulullah SAW mengenai perkara ini, rasulullah bersabda, ''ibu adalah lebih penyayang daripada seorang ayah. doa orang yang tidak penyayang adalah sia-sia"

2. wanita yang soleh adalah lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh. ini mengambaarkan ketinggian darjat seorang wanita.

3. barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya sama seperti orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. barangsiapa yang membawa hadiah lalu diberikan kepada ahli keluarganya, maka pahalanya adalah sama seperti bersedekah.hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki . barang siapa yang menyukai anak perempuannya, seolah-olah dia memerdekakan anak nabi Ismail AS.

5. wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama-sama aku (rasulullah SAW) di dalam syurga.

6. barang siapa yang mempunyai 3 anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dengan penuh takwa serta tanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. dari Aisyah r.a. "barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka"

8. syurga terletak di bawah tapak kaki ibu

9. apabila kedua-dua orang ibu bapa mu memanggil mu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. wanita ynag taat berkhidmat kepaa suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbukalah pintu-pintu syurga. masuklah olehnya mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. wanita yang taat pada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung-burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya akan beristighfar baginya selama dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahnyang dan puasanya.

12. Aisyah r.a. berkata, "aku bertanya dengan rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? jawab baginda "suaminya". siapa pula yang berhak terhadap lelaki? jawab rasulullah SAW, ibunya".

13. perempuan apabila dia sembahnyang lima waktu, berpuasa di bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, masuklah dia dari mana saja pintu syurga yang dia kehendaki.

14. setiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT akan memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya iaitu 10,00 tahun.

15. apabila seorang wanita mengandungkan janin di dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

16. apabila seorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT

17. apabila seorang wanita melahirkan anaknya, keluarlah dia dari dosa-dosanya seperti keadaan ibunya melahirkan

18. apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberikan satu kebajikan.


19. apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberikannya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

dengan demikian dapatlah kita lihat bahawa islam memelihara hak dan keistimewaan kaum wanita. sememangnya golongan wanita dilihat sebagai golongan yang tinggi darjatnya.

1 ulasan:

mishaq berkata...

kejadian wanita sangat istimewa.IBU, wanita paling dekat dengan kita. Sayangi, hormati & hargai insan istimewa selagi mereka masih bernyawa.