tetamu VVIP

Selasa, 27 April 2010

pulang ke rumah

akan berkemas utk pulang ke rumah~
selamat tinggal ukm~
akan kembali pada semester akan datang~
semester depan adalah permulaan tahun akhir aku kat ukm nie..
lagi busy~
lagi banyak keje~
n perlu wat my lovely tesis~
wee~
huhu~
selamat tinggal ukm~
:)

karutan si tukang karut,

Isnin, 26 April 2010

yeayy!! merdeka!!

tamat la sudah minggu-minggu yang penuh penyeksaan bagi aku akibat perlu menyumbat otak dan kemudian perlu memerahkan otak semula... berakhirlah segala penderitaan dan segala tekanan daripada menghadapi exam yang penuh menyeksakan... tapi utk semester nie saja.. sem depan dan depan ade lagi.. adess... xpe laa.. at least terlepas sebentar daripada kesesakan dan kesendatan otak... hee.. tapi kesian kat mr jim2 aku sebab masih belom abis exam.. saya doakan awak dapat buat yang terbaik ye mr jim2... bersabar ok? :)

so malam nie or sok dah boleh start packing sume barang dan bermulalah proses memunggah barang ke stor.. adoiii.. nie la yang malasnye nie.. setiap sem kena mengangkut dan memunggah barang..letih betul!!! sabar la wahai diri...huhu...

buat rakan-rakan yang masih belum abis exam lagi, gud luck ok.. berusaha la sehabis mungkin utk menghadapi peperangan mental dan fizikal anda.. mental= proses fikiran anda dan fizikal= tangan dan jari jemari anda yang duk jenuh menulis dan menekan2 butang kalkulator tu... ha, termasuk jugalah diri yang liat nak g exam.. tp terpaksa pergi... haha..

xpe la, setiap usaha pasti ada membuahkan ganjarannya kan... so berusahalah..hehe...

ok la, nie saje la carutan karutan aku hari ini...
sekian....

karutan si tukang karut,

Ahad, 25 April 2010

yeayyy... dah nak abis final exam...

sok kul 12 tghari merupakan last paper for final exam aku...
dan sememangnya of course la aku rasa xsabar2 nak abiskan exam aku...
yeayy!!
pas tu sok jugak la masanya aku kena melalui sesi kemas mengemas barang
hehe...
waaa..
xsabar nak bercuti n jmpe family walaupon padahal sem nie boleh dikatakan aku tiap2 minggu lik umah...
hehe...
aku juga nak jmpe kawan2 lame..
mahu lepaking dgn mereka..
wendu pada mereka...
hehe..
ok la..
aku nak sambung study nie..
berharap dapat menjawab soalan dengan baik sok...
semoga urusan aku utk menjawab soalan exam sok dipermudahkan oleh Allah SWT
buat kamu2 yang masih menjalani peperiksaan,
gud luck dan wat yg terbaik ok?
peace...
^^v

karutan si tukang karut,

Khamis, 22 April 2010

pengaruh sosial dalam psikososial: conformity part 1

assalamualaikum dan selamat sejahtera.... ary nie aku saje la nak post kepada sesuatu yang berbentuk ilmiah dan dapat memberi informasi kepada korang semua.. hari ini aku nak cerita pasal social influence atau pengaruh sosial dalam menukar tingkah laku individu lain.. aku ada belajar dalam salah satu subjek major aku iaitu psikologi sosial.. aku rasanya post topic nie atas permintaan salah seorang best friend aku yg ske bace entry aku yang berkaitan dengan psikologi.. sbb dia pernah bace entry-entry psikologi aku sebelom nie..
sebelom aku cerita lebih lanjut, eloklah rasa nye aku terangkan definisinya terlebih dahulu sebelom pergi kepada teknik-teknik mempengaruhi tingkah laku orang lain. hee

pengaruh sosial didefinisikan sebagai usaha yang dilakukan oleh seorang atau lebih individu untuk mengubah sikap, kepercayaan, persepsi atau tingkah laku orang lain sama ada seorang atau lebih individu...

ia boleh dilihat kepada 5 aspek iaitu:
a) confirmity (keakuran)
b) compliance (keturutan)
c) obedience (kepatuhan)
d) pendoktrinan
e) norma sosial

tp yang paling penting 3 la.. yang akan aku kupas kat sini... iaitu confirmity, compliance, dan obedience..

sekarang aku terangkan pasal confirmity dulu supaya kowg lebih paham... hehe

so bagi part one nie, memang aku nak cte sal conformity atau keakuran je..

conformity (keakuran) 
- individu akan berubah utk akur atau ikut keadaan
- boleh dikatakan, dalam kebanyakan masa dan situasi, kebanyakan individu akan bertingkah laku mengikut dan berpandukan kepada norma sosial... contohnya, orang melayu kata tidak elok pakai kasut kat dalam rumah..so, kita xpakai kasut dalam rumah sebab kita ikut norma-norma atau hal kebiasaan bagi budaya kita..
-ia juga disebabkan oleh tekanan sosial yang mendesak..
-kita cenderung untuk akur kerana semua orang melakukannya...
-kita juga cenderung untuk akur kerana kita mahu masyarakat dan orang lain menerima kita
-kajian awal berkaitan keakuran dilakukan oleh muzafer sherif pada tahun 1936 iaitu berkaitan eksperimen penekaan dalam gelap dan juga solomon ash dalam penentuan garisan...
-daripada aspek gender, perempuan dikatakan lebih mudah akur berbanding lelaki disebabkan rol-rol sosial dan pandangan tradisional yang dimainkan oleh mereka seperti isteri perlu mendengar kata suami...lelaki dikatakan kurang akur kepada keadaan-keadaan yang bersifat private.

ini adalah video daripada youtube yang aku embbed utk memberi kefahaman buat korang bagi eksperimen solomon ash mengenai line judgement..hehe


ringkasan eksperimen Solomon Ash
eksperimen ini dilakukan oleh ashpada 1951 untuk mengkaji keakuran para pelajar lelaki dalam menentukan sama ada garisan yang manakah sama panjang dengan garisan yang dijadikan rujukan.dalam kajian ini, subjek sebenar iaitu kumpulan eksperimen (kumpulan yang mendapat rawatan/perlu melalui tugasan yang diberi dan skornya di ambil) diletakkan bersama-sama seorang subjek daripada kumpulan kawalan yoked (kumpulan yang tidak mengalami rawatan yang diberikan atau sebenarnya subjek sudah berpakat dengan pengkaji).
subjek diminta untuk menyatakan pandangan mereka secara lantang (membuat penilaian sama ada garisan yang mana sama dengan garisan rujukan).subjek kemudiannya diminta untuk buat penilaian dengan menulis penilaian mereka di atas kertas tanpa diketahui dan mengetahui apa yang ditulis oleh orang lain. dengan ini, mereka tidak mengahadapi tekanan sosial untuk akur. seterusnya subjek diminta untuk mengangkat tangan sekiranya garisan a,b atau c sama panjang dengan garisan rujukan yang ditunjukkan. subjek akan melihat subjek-subjek lain supaya mereka dapat merasakan bahawa mereka menjawab dgn betul. dengan erti kata lain mereka berhadapan dengan tekanan sosial. ini menunjukkan bahawa mereka cenderung untuk conform..keputusan mendapati bahawa 95% menjawab dgn betul semasa penilaian tanpa tekanan sosial manakala bagi wujud tekanan sosial, 1/4 sahaja menjawab dgan btol, manakala 3/4 membuat penilaian berdasarkan tekanan kelompok.

sekarang kita tinjau bahagian faktor-faktor yang mempengaruhi conformity ialah:
a)cohessiveness ataupun kerapatan (darjah kerapatan kita dengan individu yang bersama kita tu.. semakin rapat, semakin tinggilah confirmity)
b)saiz kumpulan. (semakin besar saiz kumpulan, semakin kita terpengaruh dengan mereka..)
c)norma deskriptif (apakah yang dilakukan oleh orang lain dalam situasi tertentu)
d)norma injuktif (menyatakan dengan spesifik apakah yang patut dan tidak patut dilakukan pada situasi tertentu

apakah yamg menyebabkan seseorang itu akur:
1)normative social influence: mahu diterima masyarakat dan disukai oleh orang lain (social acceptance)
2)informational social influence: keinginan untuk menepati persepsi sosial


karutan si tukang karut,

Selasa, 20 April 2010

makhluk!!! nyahlah kau dari sekeliling ku!!!

aishhh...aku tersangat la takot bercampor seram melihat makhluk nie... seram melihat bentuk gigi nye yg memang tersangat la tajam.... sekali die ngap aku, memang xjawab exam la aku pagi nie.... memang x tergambar dek kata2 la ke'ngeri'an yg aku pagi tadi membayangkan kalau aku xdapat jawab exam pagi td dek kerakusan makhluk tu menyiat-yiat kulit aku yang halus mulus nie..wakakaka..(disaat nie pon aku still leyh tunjukkan aku masih poyo...wahahhaa)..skunk aku leyh la tergelak..tadi tidak woo~~
tersangat la seriau melihat kelibat makhluk itu menghampiriku tatkala aku melintas jalan di round about depan masjid tu...

semasa mereka menghampiri aku, aku berasa sistem saraf simpatetik ku sememangnya berfungsi.. memang la malam tadi aku ade cakap aku rasa aku nye sistem saraf simpatetik akan berfungsi pagi nanti.. (pagi nie la maksudnye..) tp bukan kerana menghadap ko la makhluk!! tp mengadap kertas fisiologi tingkah laku jam 8.30 pagi ini kerana kegerunan aku terhadap soalan-soalan yang harus  aku sental!! naseb baik sistem saraf autonomik xsempat berfungsi lagi kot.. klu x dah lame aku selambe badak melintas jalan tu... dah la kereta banyak... maklom la... awal pagi kot..orang sume nak masuk ukm nie..nak g keje ke, nak g exam ke.tu xtermasuk bus lg..xke naya klu aku dilanggar oleh besi-besi yang sememangnye lebih besar dan keras daripada fizikal aku nie??!! huh, ko memang nak hapuskan riwayat hidup aku ke apa ha makhluk??!!!! kalau aku nie ada kuasa cam doraemon ke, ada ilmu kebal ke, xpe gak..leyh gak selambe badak aku langgar balik kereta-kereta tu sume.. and xperlulah aku nak takot dek silauan gigi ko yang sememamngnye wat aku terbayang nasib aku di rahang mu itu..(huh, sakit btol aty aku membayangkan apa yang terjadi tadi..huhu)

makhluk itu bukan single... bukan juga berduet... tp dah kategori duo berkumpulan dah (sbb dah lebih dari dua dah..huhu)...adoiii... terketar2 lutut aku time tu melihat makhluk itu semakin menghampiri aku seolah-olah menemani aku melintas jalan di pagi yang indah ini... xpon maybe makhluk ini rase aku perlu di'escort' oleh mereka bagi memastikan keselamatan aku terjamin semasa melintas jalan..atau kah mereka sekadar menemani gadis comel seperti aku yang tidah sepatutnye melintas jalan berseorangan kot... tapi aku xrela ditemani ko la wahai makhluk-makhluk budget manje dan comel sekalian...so get lost la!!! aishhh~~~ dengusku di dalam hati yang sememangnye berasa sangat sebal kerana diselubungi rasa suwey bercampur ketakotan yang amat sangat...

aku mahu melarikan diri daripada cengkaman ketakutan ini.. tp cm aku ckp td..aku xde apa-apa kuasa utk menghalang atau langgar balik semua besi-besi itu... aku cuma mampu berdoa, nyah la kau dari sini... cepat la kereta nie meluncur lagi dihadapanku kerana aku mahu menjauh dari makhluk yang sememangnye xhensem nie..huhu...

makin aku mtk ko jauh, makin ko dekat..ko nak ape ha makluk??!! jgn dekat dgn aku!!! please!!! aku nak pergi exam la!!! penat taw aku semalam x merasa nikmat tidur semata-mata mahu menyediakan bekalan utk pagi nie..so please jangan jahanam kan pagi aku nie.... aishhh~~

aku xbela ko laaa!!! asal ko nak dekat2 kat aku nie.. rase cm nak terajang ko pon ade...tp aku pikir..klu aku terajang ko, sah2 sat lagi aku lak yang jadik santapan pagi ko nty kan?!! adoiii... kereta masih meluncur laju xmemberi ruang utk aku melarikan diri.. aish, ujian apa lah yang aku terima pagi nie.... aku cuma mampu berdoa mereka semua pergi...

nampaknya aku yang terpaksa berlalu sesudah tiada lagi besi-besi meluncur lagi di depan ku... aku bersyukur aku dapat selamatkan diri aku daripada cengkaman ketakutan akibat dikelilingi makhluk-makhluk sepertimu...

oh anjing... tolonglah blah dari sini..anjing, kolah makhluk kejam yang memusnahkan pagi indahku semasa aku sedang menikmati udara segar di sekeliling ukm pagi tadi.... aku benci ko la anjing!!!
so makhluk itu adalah anjing..huh, aku berharap anjing nie carik la tempat lain yang lebih sesuai dengan kehidupan dia..huhu ... syukur ya ALLAH SWT aku selamat daripada cengkaman makhluk berkaki empat yang bajet chumel itu..huhu

 karutan si tukang karut,

Ahad, 18 April 2010

al fatihah utk allahyarham achik spin

sebelom ini kita dikejutkan dgn pemergian pelawak dan dee jay terkenal,
din beramboi...

kali ini
kita dikejutkan pula dengan pemergian vokalis kumpulan spin,
achik spin...
beliau pernah popular dgn lagu paling comel dan pernah dikaitkan dengan siti nordiana suatu masa dulu...
aku tahu tadi pon semasa menonton buletin utama di tv3 tadi
klu xsilap aku
beliau meninggal disebabkan kemalangan ngeri di lebuhraya kajang-seremban (LEKAS)
kenderaan yang dinaiki beliau iaitu kenderaan pelbagai guna (MPV) dipercayai terbabas
beliau juga dikatakan terbakar di dalam kenderaan yang dinaikinya


aku pon xingt
sok bace surat khabar
baru taw la kan?
aku rase td aku ade tgk die dalam muzik2 or rancangan lain petang td
tp aku pon xsure sangat
sbb aku xkhusyuk sgt pon tgk tv..
sbb tgh main game..
semoga allah swt mencucuri rahmat ke atas rohnya
amin...
al fatihah...
 
karutan si tukang karut,

aish..merajuk pula dia..wuuuu

adek ku....
muhammad wahdani bin abdul hamid...
jangan merajok lg....
please...
wuuuu...
tidak sengaja marah kamu...
huhu...

karutan si tukang karut,

Sabtu, 17 April 2010

berakhirlah penantian aku..

yeayyyy!!
hari nie berakhirlah penantian aku selama seminggu..
dapat menjamah rendang yang mak aku wat..
sememangnya aku memang teringin sangat nak makan rendang..
so ary nie
dapat la makan rendang..
seronok nye!!!
weee....

karutan si tukang karut,

OMG.... aku sudah turun 3kg... wuuu...

ermmm..
mungkin bagi sesetengah owg atau pon kebanyakan owg rase
amat seronok jika dapat turunkan berat badan
tp ia bukan la berita yang baik buat aku

sebab...
aku "underweight" skunk nie!!!

arghhh!!
aku dapat rasakan kesan akibat penurunan berat badan aku nie...
akibat kekurangan berat badan,
aku rasa aku semakin rasa lemah,
tak bermaya,
cepat penat...
 aishhhhh....
and...
now i'm trying my best to gain my weight again
my ideal weight...
huh,
wat apa kurus klu xsehat?
so skunk aku perlu berusaha gigih utk menambah berat badan...
harap aku brjaya..
ermmm..

karutan si tukang karut,

Khamis, 15 April 2010

alhamdulillah..syukur....

aku berasa amat bersyukur semalam~




semasa aku dalam perjalanan pulang ke kolej selepas abis menjawab soalan peperiksaan bagi paper kaedah penyelidikan,
tibe2 handphone ku berdering
"oh bulan, enggan melayan diri mu lagi..lalalala"
( aku guna ringtone lagu yuna-dan sebenarnya..hehe)

 mak and ayah nak maklomkan kat aku mengenai keputusan perubatan adek aku.. ary tu kan doc mek sum2 tulang adek aku utk tujuan diagnosis penyakit dia..

syukur alhamdulillah...
adek aku muhammad wahdani bin abdul hamid sihat walafiat..
lebih menggembirakan jumlah platlet dalam darah dia pon semakin meningkat...
sel darah merah, darah putih dan plasma darah pon tiada masalah..
memang nie la yang aku harap aku akan dengar..
syukur ke hadratMu ya Allah swt..
 aku sangat gembira..
adek aku pon xpayah la salu xgi skola,
xtertinggal pelajaran lagi..
die tu cerdik..
sayang klu tertinggal pelajaran..
hari tu pon dia excited gler tunjuk kertas ujian dia..
dia dapat 100% utk english, 87% utk matematik, 100% pendidikan agama islam...
terang hati adek aku nie..
tp yang xboleh blah nye asyik pow aku je la..

"akak, adek dapat 3A nie..so akak kena bagi tiga hadiah la..."

hahaha..membuli aku je keje die..kopak la aku cm nie... 
7 subjek=7 hadiah..tu xtermasuk buli n pow aku yang lain2 lagi tu..
ai adek adek...hahahaha...
xpe la...
adek kesayangan nye pasal..
xde hal la..
hehe..

aku belikan hadiah utk dia:
1 naskhah majalah upin & ipin
1 naskhah majalah asuh
3 buah buku cerita(jack dan kacang ajaib, kasut ajaib, gadis berjubah merah)

aku hadiahkan semua nie sbb dia suka membaca..lgpon seronok tgk dia membaca..hehe

tp yang pasti 3 bulan lg adek aku akan tetap kena g hospital utk mek darah dia...doc nak tgk peningkatan platlet dia..xsanggup tgk die kena cucuk..sian je..huhu... tp xde la macam sebelom nie..tiap2 ary kena cucuk..sian die..huhu... dan xperlu la kerap gi hospital lg..huhu

nie la adek aku yang bongsu n paling manja tu....




aku taw die sangat chumel... so xpayah bagitaw pon aku taw..wakakaka...


chumel kan?nie la adek aku muhammad wahdani bin abdul hamid..adek bongsu aku..dia skunk darjah satu..hehe...


dan adek aku nie happy go lucky n manja...
mudah je nak mesra dgn owg..sememangnya aku wendu die..xsabar nak balik jmpe die..hehe

Rabu, 14 April 2010

uish...banyak nye binatang ternakannn!!!

lemah longlai membuka pintu
lalu tangan ku dgn penuh lemah itu mengambil facial foam, berus gigi, n ubat gigi kerana ingin bersiap2 utk tidur akibat ingin mengubati kepenatan menghadapi exam siang td yang masih belum hilang saki bakinya .
tiba-tiba....
terdengar jeritan berkemundang di seluruh blok K10H
amoiii yang merupakan senior tahun 3 yang duk seblok dgn aku menjerit dgn penuh ketakutan
JC!!!!
JC!!!!
aku berbisik kepada  hati kecilku dgn seribu persoalan (banyak nye soalan..rase nye xsempat pikir pon..wahahaha)..."apehal la pulak nie terjerit2 malam2 nie..kot ea pon nak jmpe JC (amoi depan bilik zaza...) xpayah la jerit2 malam2 nie..antu pon takot klu dgr..wuwuwu".. aku pon dgn muke selambe badak menghala ke toilet mcm xde pape yg berlaku...
mase nak naik tangga aras dua utk ke toilet, aku ternampak senior ku yang menjerit2 tu.. dia kat depan bilik tv yang kat bawah tu... dia pon pandang aku..tp dgn muka cm malu2 kot..aku pon susah nak tafsirkan ekspresi muka die dgn keadaan aku separoh tido tu kot..hehe...dia pon naik tangga aras satu yang menempatkan bilik zaza, zura, JC,jia ling, chinese lg sowg, aku xkenal,erin, and kak munee... (satu aras ade 8 bilik je..).. aku rase die nak g bilik JC sbb dah die terjerit2 panggil JC td..huhu...aku still wat dek sbb aku x expect ade pape yang berlaku. aku pon meneruskan hajat aku utk ke toilet utk menyelesaikan misi yang belum selesai..hehe
mase aku nak kua toilet, aku nyaris nak bertembung dgn senior aku tu di toilet. then aku bg la die jalan dlu kerana melihat die sgt gelabah time tu..wiso lak aku tgk pompuan nie..huhu... pas tu aku dgr lagi amoi2 nie mernjerit.. aku pon menghayun langkah ku ke bilik tv.. nampak JC tgh panjat kerusi.. yang sowg lagi pegang shieldtox.. yang lain2 aku xperasan wat pe..hehe... almaklom la, seperti yang aku nyatakan td, aku separoh sedar kerana separoh lagi dah tido dah..hehe..then aku pon nyelit la utk tengok pe aktiviti sebenar diowg nie...hehe..
rupa-rupanya...
nak dijadikan cerita...
ada lipan masuk blok kitowg...
aku ingt diowg wat suprise party..
hahaha
siyes!!
sbb tu aku xmek port pon td..
positif  bebeno lew aku nie
giloss betol
wahaha
jia ling yg sedar dgn kehadiran aku pon tnye,
"awak ada benda2 keras x cm besi ke kat bilik?"
aku pon puas la pk ade ke x..
rasenye xde...
then, aku pon dgn jujur,tulus n ikhlas memberikan jawapan,
"xde la jia ling.."
then aku pon menghala ke bilik...
mencari ade x yg boleh digunakan..
tp mmg xde..
mase tulis posting nie baru aku teringt kat bilik tv ade batu utk alas kaki peti ais yg dah rosak tu
leyh guna wat hentak kat lipan tu...
mase tu aku mmg nak tlg diowg..
tp dah ramai yg wat, so aku xnak la ganggu usaha2 murni diowg tu..hehe..
mase masuk bilik,
aku pon on pesbuk..
aku pon wat la status..

"lipan yang gemuk di kat bilik TV~~ ingtkan asal dak2 cina nie jerit2~~ wuwuwu~~ seb bek x masuk dlm bilik~ bahaya kot~ huhu...."

then aku pon dapat notification bahawa zaza telah meng'tag' aku di wall post nye dgn ayat yang berbunyi,

"mengapekah dak2 cine d blok aku sgt bising???berlari2 ke toilet lantas menjerit...apekah yg tlah berlaku??? cik Siti Nazariah Abdul Hamid dan cik Qamareen Honey, tahu kah anda ape sbb nye???nk g toilet takot~"

 

lorr ... aku bru je post kat status..hihi...cepat tul benda nie tersebar..wahahhaa..dan sememangnye jeritan itu mengundang persoalan juga kepada penghuni-penghuni blok ini...

aku pon menceritakan la ape yang berlaku..

sememangnya blok kitowng dihuni oleh pelbagai reptilia kot...

cicak beso, ular, biawak...

ha, lipan pon ade..

macam2 masuk dah..monyet jgn ckp la...pengunjung setia blok... bukan blok nie je..malahan sume blok di ukm...huhu..

seb bek xde dinasour..klu x, dah lame kot masuk..huhu...

anjing liar pon ade wok..siyes takot..

seb bek kerbau pendek babi xpenah lg masuk cni..mtk simpan malaikat 44 la beb..

harap xde la lagi binatang peliharaan yang chumel bhumel cm tu lg masuk cni..aishh.. menakutkan..dan cicak beso tu sememangnye memberi impak yang beso la kat hidup aku seperti yang aku penah cte dalam posting aku sebelom nie yang bertajuk 

"suweyynyewp pagi nie"  

(sila klik utk lihat posting itu..hehe)

harap mereka yang chumel2 ini tidak kembali menjadi pengunjung setia blok kami semua..

:)

 

p/s:gambar ini bukan gambar mereka yang sebenar..tp mmg cm nie la mereka yang mengunjungi blok kami..huhu..ehsan dr google..

sekian terima kasih

 hehehe

 

karutan si tukang karut,

love-purevibracion

rasenye klu kowg peminat muzik reggae, mesti kowg sangat kenal dan meminati purevibracion kan?

kalau kowg rajin menjengah youtube bukan utk tgk mende bukan2 utk mencari lagu or life performance band2 or artists mesti kowg perasan yang komen2 kat vids purevibracion bukan sahaja datang dr viewer dr malaysia semata2.. malah daripada luar negara jugak.. 

malah purevibricion nie banyak wat show di luar negara. 
bukan setakat malaysia je..klu xpercaya, g la tgk page diowg :myspace, facebook, dan lain2.. 
lagu2 diowg mmg wat jiwa tenang je n sesuai utk didengari mase kowg nye mood n jiwa tgh serabot...contohnye cam keadaan aku skunk yg stress nak exam..otak rase cm nak tersimpul2 dah nie...huhu... n of course lagu nie sedap didengar oleh gegendang telinga kowg..

video yang aku mek nie adalah video terbaru utk lagu love nie...
ramai gler yg ade kat dalam vid nie... abg rom n roslan aziz pon ade beb..
xcye g la tgk..
muke roslan aziz bahagia je dalam vid tu..
hehe..
seperti biasa la..
oleh kerana aku minat lagu nie
suke kan vids nie
so aku post la vid n lirik lagu nie kat cni..
enjoy n have fun!!!!
:)



LOVE
mi not a good man better man for you girl,
mi sorry for the wrong that i done to you girl,
all that you been hurting,
mi always make sad, make mad,
all the promise that mi made, that mi break,
in this kind of situation,
when you need a full attention,
mi always cant be there, cant be there,
dont mean dont care,
mi got full of thing on mind that mi want to clarify,
mi fell your loneliness…
c/o
if i dont care for you…
then why you have ma love…
i do care for you…
and i know, i do care…
yes i know, i do care…
*repeat – c/o

ehsan:
malayapark.com

p/s: kalau nak lebih banyak lagi koleksi lirik lagu,
leyh la cari die malayapark.com
momoque@malayapark

Selasa, 13 April 2010

overprotected-britney spears

teringat mase skola2 rendah dlu
xsalah aku time aku darjah 6

aku, intan n tasha
n aku rase kawan2 skola rendah aku yg lain 
mmg gler2 minat dgn lagu2 britney spears nie
lagu die kan rancak
aku sgt meminati lagu2 lame die
siap kumpul lagi tu
hehehe
tp lagu2 baru die aku kurang minat plak
cam womanizer,circus dll tu
tp lagu2 lame die still dalam koleksi mp3 aku
termasuk la video2 live performance n MTV die
hehe

die ni mmg seksi habis la
tp aku ske gak die nie sbb energetic kot
hehe
tp mmg xleyh lawan beyonce kot
or pussycat dolls
hehehe

cam bese,
aku ade letak vids die yg aku ambik dr youtube
n lirik die sekali
so enjoy watching her performance n listening for her songs..
:)



Spoken:
I need time, (time)
love, (love)
Joy (joy)
I need space
Love
I need me
ACTION!

Say hello to the girl that I am
You’re gonna have to see through my perspective
I need to make mistakes just to learn who I am
And I don’t wanna be so damn protected
There must be another way
Cause I believe in taking chances
But who am I to say
What a girl is to do
God, I need some answers

What am I to do with my life
(You will find it out don’t worry)
How am I supposed to know what’s right
(You just got to do it your way)
I can’t help the way I feel
But my life has been so overprotected

I tell them what I like
What I won’t
What I don’t
But every time I do, I stand corrected
Things that I’ve been told
I can’t believe what I hear about the world, I realize
I’m Overprotected
There must be another way
Cause I believe in taking chances
But who am I to say
What a girl is to do
God, I need some answers

What am I to do to with my life
(You will find it out don’t worry)
How Am I supposed to know what’s right?
(You just got to do it your way)
I can’t help the way I feel
But my life has been so overprotected

I need, time (love)
I need, space
(This is it)
I don’t need nobody

Tellin; me just what I wanna
What I what what what I’m gonna (I need)
Do about my destiny
I Say no, no
Nobody’s telling me just what I wanna do, do
I’m so fed up with people telling me to be
Someone else but me
Yeah…
What am I to do with my life
Yeah, yeah
(You will find it out don’t worry)
How Am I supposed to know what’s right?
(You just got to do it your way)
I can’t help the way I feel
But my life has been so overprotected

I don’t need nobody
Tellin me just what I wanna
What I what what what I’m gonna
Do about my destiny
I Say no, no
Nobody tell me just what I wanna do, do
I’m so fed up with people tellin’ me to be
Someone else but me
What am I to do with my life
(You will find it out don’t worry)
How Am I supposed to know what’s right?
(You just got to do it your way)
I can’t help the way I feel
But my life has been so overprotected.

Isnin, 12 April 2010

no christmas for me-zee avi



ZEE AVI
suke gler lagu nie
mendamaikan
lirik die so sweet
sangat meminati beliau
suara beliau lunak sekali

zee avi,
i love you...
jangan salah paham lak ye teman2
lalalala~

nie lirik lagu nie:

No, there won't be Christmas for me this year
For the simple reason being you're not here

There won't be eggnogs by the cozy fire
There won't be glasses of mulled wine either
There won't even be a Christmas tree
'cause you're not here to light it up with me

Oh, Santa honey, won't you bring my baby back to me?
'cause i miss him, yes, i miss him oh so dearly

I haven't sent him his Christmas card
'cause that would mean we really are apart
The Christmas stockings are as empty as my heart

I know you're away doing something good
But just this once, baby, if you could
You know you can, and you know should
'cause Christmas won't be Christmas…

without you

Two days to Christmas and i'm still waiting outside
Wishing upon a star that you'll be coming home tonight
But it was cold, it was getting late
Sadly, i crept back into bed
But then i felt a soft kiss on my cheek
I opened my eyes, and there my baby was…

with me.

My baby came back for me
Merry Christmas, baby

Sabtu, 10 April 2010

final exam sudah setat~~

final exam sudah hampir ke permulaannya..
ada beshnye..
ade jugak yg xbeshnye...
huhu...

yg beshnye...
nie adalah petanda bahawa semester ini sudah sampai ke penghujungnya 
dan 
paling besh cuti semester yang bakal tiba..
juga adalah petanda bahawa sem depan aku merupakan tahun akhir aku di ukm nie..
ade lagi dua semester aku di sini.

yang xbeshnye..
ape lagi..
stress la..
hehe...
pas tu kena la study kot..
hehe....
mr jim2 aku suh letak jadual exam aku kat blog aku nie 
supaya dia dapat monitor aku..
haha..
rajin sungguh die utk memantau aktiviti aku..
al maklom la, dia takot aku xstudy n asik layan online je kot..

aku nie sungguh rajin memasak...  
(cafe world)

ske sangat berbudi pada tanah n bercucuk tanam... (farmville n farm town)

menjaga kebajikan n membelai binatang peliharaan aku si "nono albuquerque" yang manja itu.. 
(pet society)..
hehehe..

aishh..
bgus gak ade pemantau nie..
xde la asek ingt nak main je..
hahaaha..

ok la....
kat cni saya list down kan sume hari-hari saya berperang secara fizikal dan juga mental..

fizikal: menembak jawapan bersenjatakan pen atau pensil di atas kertas didalam dewan peperiksaan yang dipenuhi oleh ramai askar yang turut berjihad bersama saya utk memperjuangkan benda yang sama.

mental: memikirkan apakah jawapan yang patot digoreng, mengambil kembali maklumat2 daripada pembacaan utk pertahanan dan menakluki kertas soalan. memikirkan tekanan yang bakal diterima disebabkan kejatuhan pointer akibat kegagalan menggunakan strategi peperangan dan maklumat yang tidak mencukupi.

hari-hari yang dipenuhi liku-liku peperiksaan dan penderitaan menghadapi peperiksaan:

12 april
12 pm
psikologi kanak-kanak & remaja
KTAMS

14 april
kaedah penyelidikan
3.30 pm
KTAMS

20 april
fisiologi tingkah laku
8.30am
DECTAR

21 april
kaedah eksperimen
3.30 pm
KTAMS

26 april
statistik dan analisis data
12 pm
KTAMS

nie la jadual exam aku.
actually xde la menderita mane kot
saje menggunakan unsur2 hiperbola bagi memberi impak yang lebih sikit kepada penulisan..
mungkin juga sedikit metafora...
juga personafikasi...
hehe...

wat sume rakan-rakan yang menduduki peperiksaan,
selamat menduduki peperiksaan..
^^

Khamis, 8 April 2010

status hari ini

musykil utk status hari ini?
rasenye tidakkk~~

nie status hari ini:

80% weng
15% meroyan
5% sasau 

lalalalala~~

10 penyebabnya, meh saya highlight
  1. final exam?? start minggu depan
  2. jiwa kacau=meroyan?? betollll sangat
  3. study week=perlu menghadap buku (naza, jgn tipu..lalalala~
  4. kes-kes lain??wujud...huhu
  5. gangguan??terlalu banyak..
  6. serabot??ofkoss..sudah tentu..
  7. ape lagi?? saya jwb tiada mood..
  8. lain-lain??ermmm..tgh pikir..
  9. fesbuk? tenet??games??sangat setuju...haha
  10. akhir kata sbb2nya, saya jawab diri saya sendiri penyebabnya..haha