tetamu VVIP

Khamis, 22 April 2010

pengaruh sosial dalam psikososial: conformity part 1

assalamualaikum dan selamat sejahtera.... ary nie aku saje la nak post kepada sesuatu yang berbentuk ilmiah dan dapat memberi informasi kepada korang semua.. hari ini aku nak cerita pasal social influence atau pengaruh sosial dalam menukar tingkah laku individu lain.. aku ada belajar dalam salah satu subjek major aku iaitu psikologi sosial.. aku rasanya post topic nie atas permintaan salah seorang best friend aku yg ske bace entry aku yang berkaitan dengan psikologi.. sbb dia pernah bace entry-entry psikologi aku sebelom nie..
sebelom aku cerita lebih lanjut, eloklah rasa nye aku terangkan definisinya terlebih dahulu sebelom pergi kepada teknik-teknik mempengaruhi tingkah laku orang lain. hee

pengaruh sosial didefinisikan sebagai usaha yang dilakukan oleh seorang atau lebih individu untuk mengubah sikap, kepercayaan, persepsi atau tingkah laku orang lain sama ada seorang atau lebih individu...

ia boleh dilihat kepada 5 aspek iaitu:
a) confirmity (keakuran)
b) compliance (keturutan)
c) obedience (kepatuhan)
d) pendoktrinan
e) norma sosial

tp yang paling penting 3 la.. yang akan aku kupas kat sini... iaitu confirmity, compliance, dan obedience..

sekarang aku terangkan pasal confirmity dulu supaya kowg lebih paham... hehe

so bagi part one nie, memang aku nak cte sal conformity atau keakuran je..

conformity (keakuran) 
- individu akan berubah utk akur atau ikut keadaan
- boleh dikatakan, dalam kebanyakan masa dan situasi, kebanyakan individu akan bertingkah laku mengikut dan berpandukan kepada norma sosial... contohnya, orang melayu kata tidak elok pakai kasut kat dalam rumah..so, kita xpakai kasut dalam rumah sebab kita ikut norma-norma atau hal kebiasaan bagi budaya kita..
-ia juga disebabkan oleh tekanan sosial yang mendesak..
-kita cenderung untuk akur kerana semua orang melakukannya...
-kita juga cenderung untuk akur kerana kita mahu masyarakat dan orang lain menerima kita
-kajian awal berkaitan keakuran dilakukan oleh muzafer sherif pada tahun 1936 iaitu berkaitan eksperimen penekaan dalam gelap dan juga solomon ash dalam penentuan garisan...
-daripada aspek gender, perempuan dikatakan lebih mudah akur berbanding lelaki disebabkan rol-rol sosial dan pandangan tradisional yang dimainkan oleh mereka seperti isteri perlu mendengar kata suami...lelaki dikatakan kurang akur kepada keadaan-keadaan yang bersifat private.

ini adalah video daripada youtube yang aku embbed utk memberi kefahaman buat korang bagi eksperimen solomon ash mengenai line judgement..hehe


ringkasan eksperimen Solomon Ash
eksperimen ini dilakukan oleh ashpada 1951 untuk mengkaji keakuran para pelajar lelaki dalam menentukan sama ada garisan yang manakah sama panjang dengan garisan yang dijadikan rujukan.dalam kajian ini, subjek sebenar iaitu kumpulan eksperimen (kumpulan yang mendapat rawatan/perlu melalui tugasan yang diberi dan skornya di ambil) diletakkan bersama-sama seorang subjek daripada kumpulan kawalan yoked (kumpulan yang tidak mengalami rawatan yang diberikan atau sebenarnya subjek sudah berpakat dengan pengkaji).
subjek diminta untuk menyatakan pandangan mereka secara lantang (membuat penilaian sama ada garisan yang mana sama dengan garisan rujukan).subjek kemudiannya diminta untuk buat penilaian dengan menulis penilaian mereka di atas kertas tanpa diketahui dan mengetahui apa yang ditulis oleh orang lain. dengan ini, mereka tidak mengahadapi tekanan sosial untuk akur. seterusnya subjek diminta untuk mengangkat tangan sekiranya garisan a,b atau c sama panjang dengan garisan rujukan yang ditunjukkan. subjek akan melihat subjek-subjek lain supaya mereka dapat merasakan bahawa mereka menjawab dgn betul. dengan erti kata lain mereka berhadapan dengan tekanan sosial. ini menunjukkan bahawa mereka cenderung untuk conform..keputusan mendapati bahawa 95% menjawab dgn betul semasa penilaian tanpa tekanan sosial manakala bagi wujud tekanan sosial, 1/4 sahaja menjawab dgan btol, manakala 3/4 membuat penilaian berdasarkan tekanan kelompok.

sekarang kita tinjau bahagian faktor-faktor yang mempengaruhi conformity ialah:
a)cohessiveness ataupun kerapatan (darjah kerapatan kita dengan individu yang bersama kita tu.. semakin rapat, semakin tinggilah confirmity)
b)saiz kumpulan. (semakin besar saiz kumpulan, semakin kita terpengaruh dengan mereka..)
c)norma deskriptif (apakah yang dilakukan oleh orang lain dalam situasi tertentu)
d)norma injuktif (menyatakan dengan spesifik apakah yang patut dan tidak patut dilakukan pada situasi tertentu

apakah yamg menyebabkan seseorang itu akur:
1)normative social influence: mahu diterima masyarakat dan disukai oleh orang lain (social acceptance)
2)informational social influence: keinginan untuk menepati persepsi sosial


karutan si tukang karut,