tetamu VVIP

Rabu, 28 Julai 2010

reunion form 6 di pantai blue lagoon, port dickson dan tanjung tuan

pada 13 jun ary tu kami budak2 tingkatan 6 tahun 2006/07 telah sepakat nak adakan reunion.. tapi malangnya ramai la xdapat nak follow.. memasing ada hal.. naseb baik la aku sememangnya cuti pada hari sabtu.. (masa nie kan cuti sem..so aku bekerja sementara).. afiq ade kat US.. kalau beliau ade di sini, mesti beliau pun akan ikut serta.. sebab rasanya beliau jarang tiada dalam apa2 plan yang ktowg wat.. hee.. ika lak, ayah die xbg la ikut ktowg lak.. fadh pulak xdapat cuti..kesian la ali merangkap buah hati pengarang jantung beliau datang dari jauh, tapi beliau tiada.. pendek kata ramai la tak dapat datang... so yang ade, aku, shima, yati, zabed, ali, muz, riwan, qema, and dian..anak-anak saudara qema pon ikut serta jugak..hee..

perancangan aktiviti ktowg nie besh.. cuma kan, ramai la lari tema, sebab zabed and yatie xbagitahu pon nak wat jungle tracking sepanjang laluan nak pergi rumah api tanjung tuan tu.. so, dushum dushum sama mereka.. tp seronok beb~ itu pasti~hee...korang bayangkan la betapa lari tema nye ktowg bila qema pakai dress ala2 nak bersidai2 tepi pantai, macam salu kte tgk kat tv tu... dian lak, korang bayangkan la nak mendaki bukit dengan wedges dan make up yang sudah ditepek chantek dimuka beliau, aku dgn selipar tebal tu.. padan la kat umah aku rasa cam nak pakai crocs je.. hahaha.. so dushum dushum lagi sama zabed and yatie.. tp siyes woo, seronok giler layan kepala masing-masing...
kowg tgk la pic kat sebelah nie.. betapa lari konsep nye baju ktowg nie sume.. yatie je yang ok.. so mari dushum2 lagi..haha

dalam perjalanan nak ke port dickson nie, kami konon-kononnya nak bergerak awal pagi, tetapi encik zabed kita nie ade hal la pulak.. so kena tunggu sampai masalah beliau settle.. so dalam pukul 2 ptg baru gerak dr nilai.. qema pulak menjemput aku and shima dengan kereta kebal khas yang di sponsor oleh kakak beliau..hihihi... (kereta kenari tu laa..hihihi) ... kemudian, kami ikut highway.. biasalah hari sabtu, hari cuti kan, memang confirm sesak la jalan... kami terperangkap di tengah-tengah kesesakan jalanraya.. tapi takpe, kami ok je.. apa lagi, kami snap2 pixca la beb~~hee... kami tidak anggap itu sebagai tekanan atau faktor pembangkit kepada stress yang juga
 dikenali sebagai stressor.. (sempat lagi tu guna terminologi dalam psikologi..hihihi)




inilah kereta yang disponsor oleh kak qema dalam menjayakan ekspedisi ke port dickson...yiiihaaa...
kalau nampak kereta ini dimana-mana, sila kejar ala-ala anda kejar my tv3 roverz sbb nak hadiah...hahahaha... sila catat no plat ini ye... JGW 9733.. :))








nie la akak qema gojes yang sudi menjadi pemandu yang sangat baik hati kami untuk hari itu.... sayang beliau lebihh~~ agagaga~ (aite, saye pon nyebok bergambar juge...)







nie la cara kami menangani stress di jalan raya... kira macam sebahagian daripada terapi kamilah nie aktiviti fotogedik ini...hee... tengok lah muka kami kalau anda xpercaya.. kami senyum je tanda happy..haha








selepas tiba di tol port dickson, kami menunggu ketibaan pihak lelaki (macam nak meminang la pulakk..hohoho).. siapa lagi kalau bukan gerangan encik zabed, encik riwan, encik ali, dan encik muz..agagaga~ selepas itu kami pon meneruskan perjalanan kami... dan bermulalah aksi perlumbaan secara haram oleh qema dan zabed.. (adek-adek, kawan-kawan sume, sila jangan tiru aksi ini yee..haha)...
kat sebelah nie la kereta zabed.. yang kaler hitam tu...hee...dalam perjalanan ke port dickson nie la, ujan turun pula, menyebabkan kami berfikir sejenak.. adoii.. kalau hujan, spoil la program yang kami ini... adess... kami semua hanya berharap hujan ini akan turun hanya untuk seketika..hee...

setibanya kami di port dickson, kami meneruskan perjalanan kami ke arah pantai lagun biru atau blue lagoon yang sememangnya terkenal untuk program rekreasi dan perkelahan di hujung minggu ini, kemudian kami meneruskan perjalanan kami ke hutan rekreasi tanjung tuan atau dikenali tanjung rachado.. tanjung tuan terletak di melaka, iaitu betul-betul bersempadan dengan negeri sembilan dengan hanya disempadani oleh nama..haha... bagi anda yang bukan orang negeri sembilan, silalah datang tempat ini.. pasti anda sukakannya sebagai salah satu lokasi untuk riadah..hee
(nie la model papan tanda kat tanjung tuan tu.. tp harap maaf, kalau anda pergi ke sana, mereka tiada.. hahaha)










setibanya kami di sini, yati telah sedia menunggu kami sbb beliau dr rumahnya yang terletak di rantau.. so dah nak dekat dgn port dickson.. so dia tunggu kat situ je... nie la beliau.. yang kat sebelah tu shima.. beliau tu nyebok jee~hahaha









kami mulakan aktiviti kami dengan jungle trekking meredah hutan lipur tanjung tuan nie.. kami meneruskan perjalanan kami untuk ke rumah api tanjung tuan tu..hee...setelah kepenatan, kami snap2 pixca la... bak kata saya dalam gambar2 sebelum nie.. snap pic adalah satu terapi.. (padahal dian dah merungut-rungut asal xsampai ke rumah api tu lagi..hahaha)








si jejaka pun suka jugak aktiviti snap-snap pixca nie.. nie la aksi-aksi fotogedik ala2 pondan mereka...agagaga~jgn mrh ya anda semua..lalalalal~









masa kat tengah jalan tu, kami dikejutkan dengan anak anjing chumel yang berlari-lari xtentu hala... rupa-rupanya dia carik tuan dia.. takut aku.. mane tak takut? kang satu hal pulak, nak samak2.. aagaga~ tp siyes anjing tu chumel.. tp an sambil die jalan, sempat lak die melaburkan saham beliau di tengah jalan... kang dua hal lak nak g samak lagi sekali kalau terpijak..hohoho....
pic kat sebelah nie lak mase aksi-aksi kami mengelak dr kereta yang lalu lalang..adess..hoho







nie la aksi kami semua setelah penat berjalan.. tgk la si dian tu... dah xlarat nak jalan dah..sian die..sampai bukak wedges die...hihihi










kami nie mmg pantang nampak kamera.. asik nak posing je..hahahahaha...










ok, sampai sini dulu cerita aku.. akan sambung utk part kedua... sebab dah penat..hahaha... untuk mengetahui sama ada adakah kami sampai ke rumah api tu? adakah kami sempat piknik sume...so tunggu part two ye..hahaha


karutan si tukang karut,


Rabu, 21 Julai 2010

saya nak makhluk chumel ini... wuwuwu~~

ary tu mase aku view homepage facebook online store aku aka momojim shoppe tu, ternampak la akan satu pixca makhluk chumel yang berjaya mencuri hati, jantung,limfa, hempedu dan sebagainya... makhluk ini diempunyai oleh salah seorang customer aku.. chumel sangat2 makhluk nie.. aku sangat geram akan kechumelan makhluk ini.. kalau aku dapat, aku peluk-peluk dia sampai dia lemas..haha...so aku dgn tanpa segan silunye telah tag diri aku sendiri kat pic makhluk tu kerana sudah jatuh hati akan kechumel-bhumelannyaa.. dan haruslah aku mtk kebenaran tuan empunya facebook tu.. hee.. aku nak sgt bela makhluk chumel seperti ini.. tp kan, apakan daya, rumah aku tu banyaklah pulak makhluk sespesis makhluk chumel ini.. tp mereka2 itu itu berperangai tidak chumel...tersangat la ganas.. tidak kondusif suasana rumah aku dgn makhluk sechumel ini.. tp hati kecilku meronta-ronta nak makhluk chumel nie.. hoho~


sebagai menjawab persoalan yang bermain-main di kepala hotak kowg semua, inilah makhluk chumel yang menjadi idaman ku.. if nak bagi, sila kan.. aku rela redha menerimanya dengan sepenuh hati.. ayah, emak, jim2, saya nak makhluk chumel ini.. huhu...

p/s: chumel kan beliau? ^^

karutan si tukang karut,

Selasa, 20 Julai 2010

hadiah hari lahir yang pertama utk tahun 2010

wah, lama sungguh tidak ber'blogging' nie.. apa boleh buat, diri ini semakin busy dgn bisnes and skunk pon dah start dgn sem baru.. tahun akhir di ukm.. harus la bermula dgn kehidupan yang lebih sibuk dr life yang dulu..
hee.. aish, berbalik dgn tajuk aku tadi, aku nak cerita la pasal aku dapat hadiah yang pertama utk buffday aku untuk tahun nie walaupon buffday aku bulan depan...hee..

nak dijadikan cerita, hadiah buffday aku yang pertama nie mesti la dr bf aku aka mr jim2 saye.. hee.. terima kasih banyak2 kepada beliau kerana hadiah kan saya sumthg yang saya teramat2 la suka..

nie la hadiah buffday saya tahun nie... macbeth newman w (grey/grey/orchid lace)... sayam mr jim2 saye.. hee.. thanks a lot incik jim2..hee... (tersengih lebar)

macbeth newman w (grey/grey/orchid lace) hadiah saya~
weee~~

macbeth manchester mr jim2 saye and macbeth newman yang mr jim2 hadiahkan kepada saya..

thanks a lot jim2
heee~
^^v


karutan si tukang karut,