tetamu VVIP

Sabtu, 23 Januari 2010

anugerah juara lagu ke-24

pasti semua peminat muzik sememangnya tertunggu-tunggu pertandingan anugerah juara lagu ke 24 yang berlangsung pada 10 januari 2010 lepas. begitu juga aku.lebih2 lagi aku sememangnya mengikuti perkembangan muzik tempatan.kat sini aku nak la review sket mengenai anugerah berprestij ini.aku jugak ada sediakan video persembahan-persembahan mereka yang aku ambil dari youtube.

aku rasa satu malaysia sememangnya sudah mengetahui bahawa anugerah juara lagu ke-24 telah berjaya dirangkul oleh aizat dgn lagu yg memang dirasakan kuat utk memenangi anugerah berprestij ini yang berjudul pergi. aku sebenarnya tidaklah merasakan lagu ini kuat sangat untuk merangkul kejuaraan pada mulanya. tapi melihat dari persembahan aizat malam tu, aku dapat merasakan dia mempunyai peluang yang cerah untuk merangkul kejuaraan.aku suka dengan instrumen tambahan tu. tapi aku tak tahu la nama alat muzik tersebut. aluanan suara perempuan india tu pun sememangnya membuat persembahan aizat lebih memukau para penonton di stadium dan juga yang hanya menonton dirumah.


tempat kedua pula telah dimiliki oleh yuna. yuna telah mempertandingkan lagu dan sebenarnya dalam pertandingan yang penuh gilang gemilang tersebut. tetapi sayangnya, pada awal persembahan beliau, aku dapat rasakan macam ada masalah je dgn sound system kot. tp aku pun xtahu sebab sememangnya aku xreti lagsung pasal system2 nie.hee. aku sebenarnya dapat merasakan lagu ini akan mendapat tempat dalam juara lagu. piano permainan yg dia bawa olehnya aku rasa memang menjadikan persembahannya menarik dan membawakan kelainan.ini apa yg aku rasa la.hee.klu style beliau pulak, aku mmg suka la.. shemart. beliau pun sememangnya favourite artist aku pown.ngehehe



faizal tahir telah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan ini. lagu bencinta nie mmg salah satu lagu aku minat la plus aku meminati suara beliau. walaupun dia ada bawak prop tambahan iaitu tongkat sbb sakit, bagi persembahan dia xkurang hebatnya la..tahniah la kat faizal tahir sbb boleh melakukan persembahan yg hebat walaupun dalam keadaan kesihatan yang tidak begitu mengizinkan untuknya membuat persembahan. aku suka gak baju faizal tahir malam tu. macam gerad mcr gitu~~hee




black mentor juga turut mendapat tempat. beliau telah memenangi anugerah vokal terbaik dengan lagu yang berjudul aku rindu sayang kamu. sememangnya beliau mempunyai vokal yang tinggi. jika dibandingkan dgn lan meet uncle hussein, aku rasa beliau boleh dikatakan setaraf dengan vokal lan. jika dlu aku ragu-ragu dengan kemampuannya utk menggantikan tempat lan pada posisi vokal dalam meet uncle hussein, sekarang aku rasa black boleh menggantikan tempat lan masa aku tgk persembahannya malam pertandingan tersebut.
tapikan, aku macam ada terperasan yang baju black dgn tomok cam lebih kurang sama je design. ye ke ek?huhu



**xdpt crik video black masa AJL

persembahan terbaik menjadi milik aizat juga dengan lagu kau dan aku. ramai betul budak sekolah yang beliau bawa ke stage. chumey je.hehe. menarik persembahan ini sebab budak2 sekolah itu nampak cam menceriakan suasana. lagi pun sesuai dengan mood lagu nie yang happy. hehe

persembahan hujan dan bunkface aku rasakan baik pada keseluruhannya. cuma aku rasa bahawa tindakan membawa crowd ke bahagian hadapan stage bukanlah satu tindakan yang bijak. ini disebabkan aku rasa anugerah yang berprestij and rasmi sebegini tidak sesuai utk aksi-aksi tersebut. lain la kalau gig or konsert. lagi satu aku rasa macam serabut. tapi ini pada pendapat aku je la. huhu. tapi overall ok la.. :) aku rasa klu crowd keluar dari belakang stage tu proper sket dr keluar daripada tempat audience. n better if crowd just stay atas stage.. ini pada pandagngan aku la.huhu



misha omar pulak aku rasakan berpeluang utk mendapat tempat dalam anugerah nie. lagu cinta adam dan hawa bagi aku ada kekuatan tersendiri. tapi maybe bukan rezeki beliau untuk merangkul sebarang tempat dalam kejuaraan tersebut. pakaian yang dia kenakan pada malam tu cantik. aku suka. tapi dia macam susah bergerak dgn busana yang digayakan pada malam tu. dia macam xselesa nak nyanyi.


stacy plak aku mmg minat die. aku ske showmanship n performance die. die nie energetic sungguh. leyh nyanyi dgn baik walaupun menari dgn ligatnya.hehe. lagu pakai buang lak salah satu lagu aku minat.hehe. tp aku rasa persembahan dia sama macam persembahan dia yang selalu.tp pape pown stacy, u rock babe!!!hehe



opening bagi juara lagu memang sangat best la. gandingan Datuk siti nurhaliza dan lan yang menyanyikan lagu untukmu sememangnya hebat. untung lan dapat buat persembahan dengan datuk siti. artis yang lebih senior dari lan pun pasti ramai yang belum berpeluang untuk berduet dgn datuk siti. sememangnya mantop persembahan mereka..


ok la.. pape hal pown enjoy tgk anugerah juara lagu 24 pada malam tu. semua artis yang menyertai pertandingan ini sememangnya layak utk berdiri membuat persembahan pada malam itu. pada yang xberjaya, bukan bermakna tidak hebat, tapi tiada rezeki. hehe. sume yang aku share kat blog aku tentang pandangan aku mengenai semua perkara di atas just pendapat dan pandagan aku yang aku kongsikan bersama semua.tiada niat mengkritik sesiapa. lagipun aku pown bukan la pakar dalam bidang nie kan?nie pandangan aku sebagai penonton dan pendengar.. :)

Tiada ulasan: