tetamu VVIP

Jumaat, 12 Ogos 2011

kenapa orang bukan islam suka bulan ramadhan?

assalamualaikum dan selamat sejahtera...

haa. sempena bulan ramadhan yang mulia nie, memang xpelik la kalau orang islam sangat menggemari bulan puasa nie. sebab, kita boleh kumpul pahala banyak2, berkumpul dan berbuka puasa dengan ahli keluarga. paling digemari oleh kanak-kanak sebab ini menunjukkan bahawa raya bakal menjelang tiba. masa nie jugak la diorang nak berpuasa penuh untuk kumpul token ekonomi mereka iaitu duit raya. ((:

tapi, korang jangan tak tahu, orang bukan islam jugak sangat menggemari bulan puasa. korang nak tahu sebab apa? haa. kenalah teruskan membaca. hehehe

1. senang nak beli juadah kegemaran
korang pon taw la kan, time bulan2 puasa nie, bersepah2 bazar ramadhan di sana sini. and korang boleh beli bermacam2 jenis kueh muih dan lauk pauk yang sukar korang jumpa time hari2 biasa. so, masa nie bukan sahaja umat islam yang suka serbu bazar ramadhan dan gerai2 ditempat2 sekitar korang tu, tapi orang2 bukan islam seperti kaum cina, india dan lain-lain lagi akan turut berkejaran ke bazar-bazar berhampiran anda.
kalau kat tempat aku nie, orang2 cina dan india jugak sangat menyukai bulan puasa sebab diorang boleh beli juadah2 kegemaran mereka. kalau kedai2 kuih muih di kawasan kejiranan aku di Pekan Labu Batu 10 nie, bila diorang nampak je orang mula bukak gerai dalam pukul 3 macam tu, terus diorang serbu. so, jangan pelik la kalau korang sampai je kat gerai2 tu, korang tengok kuih sume habis licin diorang borong. hahaha.




antara juadah kegemaran  aku:
tepung pelita

buah melaka

tau fu fa

cara berlauk

puding karamel


popia basah


chicken wings


popia berlada


2. sale di sana sini
memandangkan nak dekat raya, semua shopping complex malahan online shop pon turut buat jualan murah besar besaran disana sini. so, time nie bukan setakat orang islam je yang gembira nak berebut2 beli barang. orang bukan islam pun sama. kalau korang xpercaya, korang tengok la kat mana2 shopping complex pon. kasut, baju, handbag semua tengah murah2. sape xnak beli woiii?  ((: aku rasa orang melayu pon same je time raye cina ke, deepavali ke. hahaha.



3. nak cuba berpuasa macam orang2 islam buat.
haa. yang nie adalah segelintir kawan2 aku masa sekolah dulu suka buat. walaupon diorang bukan beragama islam, diorang rasa nak cuba berpuasa. sangat comel hokey! haha. paling xboleh tahan bila tengok muka sekor2 xlarat dah nak berpuasa. siap ada kawan aku tanya, kenapa lah kena bersahur dan berpuasa nie. so, time nie la nak explain kenapa kena puasa dan bersahur tu. hehe



ok la, rasanya wat masa nie, ini antara sebab kenapa orang bukan islam suka bulan puasa. 

aku rasa tak terlambat lagi kan nak ucapkan selamat berpuasa utk korang semua.


ok lah, thanks for reading and feel free to drop your comment ok?
bye.
((:

gambar: ehsan pakcik google

4 ulasan:

penyisir rambut berkata...

bln ramadhan da jd mcm pesta makanan lak...

anabella momoque berkata...

hahaha. betol tu. masing2 berlumba2 penuhkan tangan dengan plastik bag. bile puasa nie selera memasing cam apa je. ((:

cEritA kU berkata...

ikan terubuk grill ada jual tak?

anabella momoque berkata...

hahahaha. macam2 ade beb. bukan setakat ikan terubuk je. hahaha~