tetamu VVIP

Sabtu, 13 Ogos 2011

cara-cara menolak cinta si jejaka.

assalamualaikum dan selamat sejahtera..

memandangkan sekarang aku nie jobless dan mempunyai kerjaya sepenuh masa sebagai seorang penanam anggur yang berdedikasi dan sungguh berjaya, lantas aku menjadi rajin untuk menari-narikan jari kat papan kekunci aku nie kan. dan nampaknya sekali lagi perlu memainkan peranan sebagai dokter chenta yang tidak profesional disebabkan ketiadaan sijil ikhtisas yang mengiktiraf profesion tersebut. hahaha. apa yang aku merepek nie? 

tadi aku baru buat entry berkenaan tips buat jejaka untuk menolak cinta si gadis . so, rasanya xlengkap la kalau aku tak bagi tips untuk orang sekaum ku. haha.. so, kalau korang rasa korang nak taw apa tipsnya, meh rajinkan diri korang membaca entry aku nie. 



1. seperti si gadis, si jejaka juga akan memberi hint-hint tertentu bahawa dia sedang menyimpan perasaan terhadap anda. sama jugak macam entry aku sebelum nie, si jejaka akan memberikan hint-hint tertentu seperti mengambil berat, kerap mesej and calling2 anda walaupon xde sebab musabab yang kukuh untuk dia call, akan menghulurkan pertolongan tatkala anda memerlukannya. haa, jadi gegurl gegurl semua, please please please.. tolong lah berperasaan sedikit. si jejaka itu sedang mempunyai hati yang berbunga2 semasa memerhatikan anda. haha.. korang silalah terangkan mata hati korang untuk mengenalpasti tanda saran-tanda saran tersebut. tapi, berhati2, jangan sampai terlalu overconfident plak yang si jantan duk minat kat awak. jangan duk ngada2 tanya, "awak awak, awak suke kat ite yee. ite perasan taw awak duk jeling2 main mata dengan ite pastu siap xberkelip2 lagi" dengan nada yang sungguh gedik. haihh, aku terajang ko nanti. wat malu kaum aku je. haihh.sekiranya korang dapat mengenalpasti bahawa si jejaka sememangnya menaruh perasaan kepada anda dengan kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi iaitu melebihi 0.06 *guna statistik sket.kalau xgune, berkarat plak nti. ((:*, anda boleh melakukan cara ini untuk menolak cintanya. jangan terlalu melayan kerana si lelaki nie akan berpendapat bahawa "oh, aku mempunyai peluang yang cerah untuk memikat hati si gadis ayu ini. gumbiranya hatiku"... lepas tu, makin sengsara la hidup korang sebab duk pikir macamana nak terangkan kat dia bahawa anda tidak mempunyai sekelumit perasaan pun terhadapnya.. ah, parah parah. *tepuk dahi*


ha, hamek ko. penat nak terangkan kat dia kenapa ko xboleh terima dia sampai laptop pon ko gigit. stress punye pasal. hehe

2.  buat si gegurl gegurl semua, hindarilah diri daripada memanfaatkan seluruh kebaikan si jejaka. korang taw kan, ade jantan jenis mudah benar lembut hati. cinta punya pasal, sanggup bergolok gadai demi mendapatkan cinta korang. kata mereka, lautan api pon sanggup direnangi. kononnye laa. belum dapat lagi kan. segala ayat manis dalam kotak fikiran dia tu, semua dia kasi habis kat korang semua. haha. jadi, korang janganlah salahguna kebaikan diorang nie. siap mtk duit, konon2 nak beli buku rujukan la. lecturer suruh katanya. padahal, duit tu korang duk pakai belanje mamat lain pegi jenjalan pegi zoo. haha. nie memang hampeh la. duit ko kebas, habuk pon xdapat. masuk angin kua asap la brader! haha.. silap2 hari bulan, aku takot hidup korang wahai si gadis melayang ntah kemana. zaman sekarang nie bukan kira. jeles je, bunuh. jeles je, rogol. kata si jantan, "haa, kalau aku tak dapat ko. orang lain pon xkan dapatkan ko".. so, si gadis, tepuk dada, tanyalah iman. ((:


3. ahai cek mek molek semua, aku suka nak berpesan dengan korang, kalau nak me'reject' seseorang yang ko memang xmencintai dia kan, make sure korang jangan baik hati sangat nak sedekah caci maki berkilo2 walaupon muka dia seperti jambatan xsiap sekali pon. sebab kita pon xsesempurna mana. mungkin korang2 juga tidak dapat mengatasi kecantikan nenek2 diorang.. silap2 hari bulan, di'mandrem'nya korang, gila meroyan sampai mati. x ke naya? sampai bila2 korang xkengkawin. haa, padan muka korang. riak takbur sangat. haihhh. 


saya kak limah dari kampung pisang pon lagi gojes dari awak taw. ahakz


senyum itu sedekah. nak sedekah duit xmampu. sedekah senyum je la.. 

4. wahai si jejaka, korang pon janganlah duk taksub sangat nak pompuan lelawa. sekali pompuan tu tolak cinta korang, duk makan hati berulam jantung. geli aku taw. korang nak carik awek ke bini ke, pilihlah dari segenap segi. setakat lawa je, nanti tua pon kerepot gak. nie patah hati je, nak terjun bangunan la, minum racun la... macam lah nyawa korang tu ada sembilan macam kuceng. atau boleh pegi beli kat kedai alat ganti kenderaan. bengong betol. mana lah pegi akidah korang semua kalau korang nie orang islam? sikit2 nak bunuh, nak rogol. apedaa. bunga bukan sekuntum. susah2 suruh je mak bapak yang carikkan. haihh. aku pon bukan xpernah kena reject or kena tinggal dek boipren. lelama nty pasti korang akan jumpa yang terbaik sebab Allah SWT tu tahu apa yang terbaik buat sekalian hamba-Nya.


ada ke patot dia nak lisa surihani? besar bebeno seleranya. mimpi je la weyh. yusri punya nie. haihh

5. buat awek2 di luar sana, tolong jangan sakitkan hati dia dengan duk show off jantan lain disisi korang dengan harapan si jejaka akan berasa putus asa kerana usahanya tidak kesampaian.. korang nie memang carik nahas la kan. macam aku dah cakap sebelum nie. korang jangan expect diorang xboleh berbuat apa ke atas korang. kengkadang dendam dan cemburu boleh jadi pencetus kepada sikap agresif dalam diri dia. korang nak jasad kaku korang bergelimpangan di tempat2 tidak berpenghuni dimamah ulat? atau mungkin dikerat2 15 campak kat mangkuk tandas rumah usang? haih. nauzubillah.. mintak jauh la kengkawan kesayangan ku semua. so, janganlah carik nahas.


sebenarnya, aku teringat apa mak aku cakap. "elok pilih orang yang mencintai kita dari pilih orang yang kita cintai"... sebabnya, lelaki nie kalau dia sayang, mungkin diorang akan berasa payah untuk melepaskan korang kerana dia ingat betapa payah dia usaha nak dapatkan korang. tapi, kalau kita yang cintakan lelaki, lelaki tu boleh je berubah arah. cintakan perempuan lain. almaklomlah, kuota dia sampai 4. ko hado ke apo yang dio hado?


oklah, aku rasa nie dulu celoteh aku buat masa nie. memandangkan malam makin lah melabuhkan tirai ke pagi. mata aku pon semakin layu. hopefully korang ambik la pengajaran daripada entry aku nie. yang korang rasa xboleh pakai tu, boleh la korang nyahtinjakan daripada otak2 korang. haha. mintak maap gak la ye kalau ada kekasaran bahasa. sekadar memberi peringatan untuk korang dan diri sendiri jugak.

thanks for reading and feel free to drop your comment! :D

3 ulasan:

sikuat berkata...

hapuskan dendam..
bersihkan hati..
aha.. niat xjadi!!! :P...


**kadang tu nk bicara tentang hati dan perasaan antara lelaki dan perempuan.. sangat rumit.. +_+

dear awak.. semoga bgia.. :)

anabella momoque berkata...

betol2. setuju sangat. hal-hal hati perasaan nie mmg rumit. kadang2 diri sendiri pon keliru dengan apa yang kita rasa. inikan pulak orang lain. :D

awak juga, semoga bahagia! :D

Unknown berkata...

Ouh patutlah dia buat aku macam ni :'