assalamualaikum dan selamat sejahtera..
hari nie aku nak cerita sket pasal macamana nak tolak cinta seorang gadis buat tatapan si jejaka jejaki. maybe some tips boleh digunakan buat wanita. haa. mesti rase pelik sket kan kenape aku duk cerita pasal cintan cintun nie sebab aku mmg jarang post benda2 seolah-olah aku mempunyai profesion sebagai seorang dokter chenta sepenuh masa. haha. *tu pon kalau korang bace post2 aku.. macam korang bace pon. :P tapi pedulik apa. aku punye blog. :P*... sebenarnye post nie dituju khas buat kawan aku. sebab beliau pernah mengadu kat aku pasal seorang jejaka pojaan beliau yang seolah2 bagi harapan kat dia tu.. haa. meh la bace kalau korang rajin. ((:
1. buat sang jejaka, jika kau nampak seorang gadis duk berbuat baik dengan ko. maybe tu adalah hint2 yang dia nak tunjukkan bahawa dia sebenarnya sudah jatuh hati dan menyayangi anda. so anda kena bijaklah ye membaca hint tersebut. tapi aku nak ingatkan, jangan terlebih perasan plak. sebab mungkin membace musibah buat ko. xpasal2 pompuan tu kata, "weyh, jgn nak perasan ko hensem la weyh!" what the heck la kan? wakakaka. bila anda sebagai seorang jejaka dapat mengenalpasti kebaikan si gadis adalah untuk memikat hati anda, haa.. korang kena la berhati2 dalam memberi layanan kepada si gadis. ini dilakukan supaya dapat mengelakkan si gadis merasakan bahawa anda memberi harapan palsu dan mempermainkan perasaan dia.
2. buat si gadis pula, kalau jejaka berbuat baik dengan anda atas hint yang anda berikan, jangan plak anda ter'overdose' memperasankan diri anda bahawa dia sedang menyukai diri anda. jangan terlalu overconfident bahawa anda mempunyai peluang yang sangat cerah untuk memiliki beliau. sebab langit xselalunya cerah. ceewah. ye la, as a friend, mmg patot la si jejaka yang memainkan peranannya sebagai seorang kawan yang baik iaitu membalas segala kebaikan anda. so, janganlah cepat nak menaruh harapan yang tinggi. *aku selalu pesan dengan diri aku sendiri macam tu masa aku berkawan dengan seseorang. jeng jeng jeng. hahaha*.. ye la, siapa suka diberikan layanan yang buruk kan? so, pastinya jejaka pujaan anda tu akan memberi layanan yang baik buat anda sebagai kawan. kadangkala dia xsanggup nak bertindak kejam atas anda kerana berasa mengasihani diri anda itu.
3. buat jejaka pojaan yang bertuah, anda bertuah taw sebab ade gadis duk syok angaukan anda. ko ingat semua orang bertuah macam ko ke?! so, bersyukurlah k? jgn nak riak2, takbur dan bongkaknye korang memaki pompuan tu masa ko nak reject dia. selamba badak je ckp, "ko ingat ko lawa nak syok2 kat aku? ko ingat ko hot macam fatin liyana, hanis zalikha, dan setaraf dgn jennifer lopez, beyonce?!" *sekadar menyebut beberapa nama.*.. hello! baik ko cermin diri ko dulu. ko hensem sangat ke nak mengeluarkan kata-kata sedemikian rupa? what the fish! hahaha. ingatlah, rupa paras, kekayaan, pangkat dsbnya tu semua pinjaman Allah swt je. so, jgn nak berlagak bangang sangat! hahaa. so, pesanan penaja dari aku, silalah korang menolak cinta gadis tu dengan sungguh sopan dan dengan cara yang baik. ko kena ingat, hidup nie macam roda.. kejap ko kat atas, sok lusa ko xsedar ko dah ada kat bawah. kat bawah siap boleh gelek taik kuceng yang bersepah2. haa. so, what you give, is what u get back! ok? beringatlah. korang yang pompuan sekaum dengan aku pon, aku pesan benda yang sama. walaupun post nie dituju wat jejaka jejaki di luar sana.
i dah ada awek dah.. nie la awek i. angelina jolie. mwah. sayam dia. <3
kalau angelina jolie wat rupa macamni, u nak x? wow! haha
4. buat si pencinta jejaka, haa, aku nak pesan jugak.. korang pun jangan la memberi harapan yang palsu kat diri korang sendiri. kalau lelaki tu bagi balasan yang xberapa korang suka, memanglah korang boleh cuba berusaha segagah mungkin melakukan pelbagai hint dan kebaikan untuk menarik perhatian dia. tapi kalau dia dah tunjuk perangai yang dia xsuka kau walau ko dah berusaha sekeras mungkin, ko jangan lah bagi harapan palsu kat hati dan perasaan ko sendiri. xpayah nak jaga hati ko sangat dah. terima kenyataan yang dia bukan untuk ko. maybe Allah SWT akan bagi kau yang lebih baik. Dia tahu apa yang terbaik untuk diri kita. so, positive la. aku bagi chance untuk korang ada riak sket. pujuklah hati dan akal ko dengan berkata, "ko memang tak layak dengan aku yang baik dan istimewa nie. nanti ko mesti menyesal lepaskan aku. aku nak kat ko, ko xnak kan? so, good bye la kau dr hidup aku".. *maybe korang boleh guna bahasa yang lebih ayu dari aku guna nie. nie kalau ko cakap dalam hati xpe, kalau ko cakap depan mamat tu, mampus ko kena maki xberingat punyee beb.*
5. buat si jejaka yang diciptakan untuk mencintai si gadis di muka bumi nie, korang pon jangan la nak bagi ambik kesempatan daripada kebaikan yang dihulurkan si gadis. mentang2 dia suka belanja kau makan,sebab dia nak jumpa and suka menghadap muka kau yang baginya engkau laksana bulan tu *berhati2, kalau dia banyak jerawat, ko jgn plak ckp macam tu, kena penampar free pulak nanti* korang selamba badak ajak dia pegi kedai makan, kepsi, mekdi, kedai kak limah janda ke.. tapi bila korang tak rasa nak pegi makan, korang boleh plak duk dating dengan pompuan lain.. memang nak kena tangan la weyh. korang kalau xnak, jangan la memanfaatkan orang lain demi diri korang.. korang mintak dia iphone 4 sedangkan dia pakai nokia torchlight macam aku je. lepas tu iphone ke, blackberry dan suku sakat hp lain tu korang guna buat bergayut dengan minah lain. gi bbm dengan minat rempit ntah mana2. pastu siap mintak topup untuk call awek dan kekasih gelap korang. memang hampeh la korang!
6. buat si gadis, kalau korang suka pon, beringatlah.. jangan la bagi semua benda kat manusia bernama lelaki tu hanya kerana korang cintakan dia separoh mati. konon2 tanda cinta la.. kepala hotak mung! kalau korang xberapa bertuah atau langsung xbertuah sebab jumpa jantan buaya macam aku nyatakan kat no.5 tadi, memang hidup lu sengsara sampai mati dia buat. sampai harga diri lu sekali dia ambik. mmg mangkok hayun la kan mamat tu. tapi lu xkan dapat pape dr dia. dah la dia pon ko tak dapat, dengan apa yang ko ada sekali hilang. please, tlg la jangan buat macam tu kawan2 ku sayangg. lagipun kumbang bukan sekor. ye x?
korang bukan hensem pon la. so, blah la ko! *jelir lidah* ((:
7. buat si jejaka, cubalah jangan menyakiti orang yang duk bersusah payah mencintai korang tu. kalau boleh, jangan sakitkan hati diorang. kesian la diorang tu. perasaan dia tu berharga sungguh. ko ingat sesenang macam makan nasik je ke perasaan tu boleh ada dan hilang? korang jugak salah. sapa suruh buat diorang jatuh cinta separoh nyawa dengan korang? pastu duk mengeluh pkir cara terbaik nak cakap dengan kaum hawa yang sensitif nie. kalau dia bunuh diri, korang akan bersalah seumur hidup beb. so, janganlah beri layanan yang mungkin disalahtafsir buat kaum hawa nie. naluri kewanitaan diorang nie mudah tersentuh. so, berhati-hatilah korang.
8. buat si jejaka dan gadis, kalau boleh, elaklah tiba2 jatuh cinta nie. *sebab aku penah rasa jugak*.. susah weyh bila pompuan dah tersuka kat lelaki. takkan perigi nak pegi carik timba plak. lelaki jatuh cinta xpe. dah memang diorang selalunya lagi mudah nak confess dr wanita nie. so, kalau kite si gadis nie dah terjatuh cinta, payah la nak pikir cara nak bagi hint. kalau mengaku, duk pkir takut kena reject and tak pasal2 lelaki tu kata kita nie berani mati punye pompuan. tapi, zaman moden abad ke 21 nie, aku rasa tak jadi masalah untuk kita yang bergelar kaum wanita nie nak berterus terang tentang perasaan kita. janji kena cara dan ayatnya. hehe.
oklah, aku mintak maaf la ek kot2 ade bahasa yang kasar sket kat penulisan aku nie. bukan apa, kengkadang kita nie terlalu terbuai perasaan sampai berfikir rasional masa berhadapan macamana nie. so, bila bahasa tu kasar sket, diri kita mula sedar yang apa kita buat xbetol. haha.. kalau korang dapat selesaikan karangan ala2 karangan paper bahasa melayu STPM sebanyak 1000 patah perkataan nie, korang ambik la apa yang korang rasa betol. xbetol, buang jejauh dalam Jurang Mariana kat filipina tu pon xpe. hehe..
mungkin nie sesuai untuk korang yang tengah terluka tu..
thanks for reading!
6 ulasan:
aku salah masuk blog ker????
hahahaha. aku dah agak dah. ko mesti ckp mcmni. waakakaka. ko xsalah blog la. ((:
Aku mencari tips untuk memikat gadis tersayang di internet dan aku jumpa blog ini.
Ok serius aku ketawa.
Kau rupanya.
Hahaha.
hahahahaha. pacatttt!! histeria sekejap nampak pacat. hahaha
whoa. terharunya aku dapat buat pacat ketawa. thanks pacat sbb baca entry aku walaupun secara tidak sengaja. :))
p/s: tertanya tanya kenapa pacat cari tips memikat gadis tersayang. :))
onasa hikoshiro
atwn cinta
Catat Ulasan