tetamu VVIP

Isnin, 29 Ogos 2011

majlis berbuka puasa malayapark 2011 + suprise party!!

assalamualaikum dan selamat sejahtera..

hari nie entry ada dua versi..
1. majlis bukak puasa malayapark
2. suprise party yang sangat mengujakan

versi 1:
sempena bulan ramadhan yang mulia nie, nie la masa yang dikirakan sesuai untuk kitorang berkumpul. and dah jadi adat kitorang geng2 malayapark nie, mesti berbuka bersama sepanjang tiga tahun perkenalan kitorang nie dah. dan aku boleh berbangga dengan pencapaian aku yang xpernah miss satu pon event tahunan kitorang nie. :P





tahun nie, ktorang sebulat suara decide nak buat majlis bukak puasa nie pada 20 ogos 2011 di Kenny Rogers Roasters, Berjaya Times Square,KL. haa. korang ingat senang2 je boleh kumpul reramai camni? susah beb! nak confirmkan tempat dan tarikh pon kemain susah lagi. sebab memasing ada je program! ((:

so, meh la cuci mata tengok gambar2 yang sempat dipukul oleh cik eila dan cik jelly jelly! :P

sedang berusaha dengan bersungguh2 demi sesuap ayam! ((:
itu baru intro. belom lagi sesi menyental muffin , baked bean, fresh fruit dan spiral pasta tu.. wahaha.
badan kecik tank beso! tapi, poyo je nie. makan xabis pon. :P

uda, abe, jelly, mira, mar, dan eijump
haiihh. aku xberape nak gemar keadaan meja bulat ini 
kerana ia seperti jurang2 yang memisahkan kita kan kengkawan? :(

nie dua2 abah aku nie. ((:
abah tepet dan abah joe


eijump!! ape ekspresi muka yang kau cuba lontarkan tu? :P

geng-geng cik kiah! :P

kebetulan yang sangat betol!
macam geng2 nak pegi sokong harimau malaya kat stadium je.
aumm. :P

adek and abah!
abah, xpuas nak say thank you la even nafkah chokie2 terabai sejak dua menjak nie.
wahahaaha~
abah, mana stok choki2 adek?
wuwu..

ok. nie la cik eila kassim..
inilah my gay yang digembar gemburkan tu?
hensem kan?
thanks for the cute bracelet eila..
i have to admit that i'm in love with the bracelet! hahaha~
sorry sebab curang dengan u.
ok, membebel sudah! ((:

sesudah kitorang membedal semua juadah berbuka,
semua keluar pegi merayau kemane2 ntah.
maybe ada yang pegi menunaikan kewajipan, ada yang pegi sedut asap *merokok*
or pegi melepaskan hajat ke kan? hhoho

---------------------------------------------------------

versi 2: suprise party

lepas makan puas2, kitorang pon duk bersembang la kan? almaklomlah, nak berkumpul setahun sekali. nak jumpe pon susah. time nie la nak bersembangkan? wehoo. ((:

sedang asyik duk bersembang, pukul2 gambar, posing2, mengutuk sakan,
tiba-tiba...

jeng jeng jeng...
aku nampak tiba-tiba akak waitress yang gojes bak kata aien yusoff nie..
duk menatang kek chocolate.
aku ingatkan meja belakang punyee la kan?
sebab birthday aku esok. bukan masa majlis bukak puasa nie.

lepas tu, aku nampak akak tu datang ke arah meja aku. 
jantung aku dah dup dap dup dap. rasa cam terkejut la.. hahaha. 
then, aku dengar mr jimjim nyanyi lagu "happy birthday"..
so, aku macam.... whoaa. itu utk aku la! untuk aku! hahaha~
takkan la jimjim aku nak nyanyi utk orang lain pulak kan?
wakakakaka. berani la! aku sepak dia sampai melayang! :P
then, semua umat manusia yang ada dalam kenny rogers tu pon sing along beb!
lagi la aku rasa terkjut and blurr nak mampos..
sampai aku rasa macam samar2 dengar diorang nyanyi..
haaha. batak la aku nie weyh.. wakakak

tengok la muke aku yang terkejut badak tu. aku hanya mampu ketawa n mata dah berkaca2 beb!
terharu! (:

bila kek depan aku pon, aku still xtiup2 lilin dia sebab aku blurr time nie.
puas budak2 nie suruh aku tiup lilin and potong kek sebab lilin dah cair. hahaha

sempat posing sebelom tiup lilin. hahaha

sesi tiup lilin... sebenarnya before tiup, aku dah potong sket.
clumsy la weyh aku nie. lol. hahaha..
bila dah potong sket, baru teringat aku xtiup lilin. hahaha

haa. tengok..
cik mar kite sedang asyik menikmati kek cokelat yang dibelikan
oleh joe, tepet dan agym selaku mastermind utk suprise party aku nie. ((:

awal2 lagi abe dah cop buah stoberi tu! hahaha~
konon2 comel la wat cenggitu kan?
:P

tersenyum lebar cik mira bahar kite nieh..
sedap beno ea makan tu? :P

amboii ko eijump!
sebuku kek terus sumbat dalam mulut. :P

haa. nie la mastermind nyee.
meh aku perkenalkan sekor2.. hihi

abah tepet..

joe ows..
joe, apsal pelik bebeno muke ko nie?
hihi

encik jimjim!

terima kasih banyak2
buat jimjim, tepet and joe ea.
bila ajim cerita macamana korang organize benda nie, aku jadi terharu sangat2.
thanks a lot guys!
:D

officially 23#

assalamualaikum dan selamat sejahtera..


actually i am officially 23 on 21 August 2011.. haha.. lambat giler post kan?
biasa la. skrg busy dengan persiapan raya. so, ambik masa sikit nak update blog. but, nak ambik kesempatan sket kat post nie, i wanna say millions of thank for those yang rajin nak blogwalking kat blog yang lama xber'update' nie. terima kasih bebanyak ye. <3 :)

firstly, sempena umur yang dah menginjak ke usia 23 nie, rasa nak mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga. *alhamdulillah* sebab Allah SWT telah memanjangkan usia dan memberi kesempatan untuk hamba-Nya ini masih bernafas sehingga ke hari ini dan saat ini. aku berdoa semoga akan dipanjangkan usia untuk tahun-tahun yang berikutnya.. amin.. banyak lagi yang aku ingin capai dalam hidup nie. hee.. korang pon kan? :D

aku jugak nak ambik kesempatan untuk ucapkan terima kasih yang tidak terhingga buat korang semua yang sudi wish birthday utk aku. xkesah la kat facebook ke, twitter ke, shoutbox ke, henpon dll. terima kasih bebanyak. aku sangat menghargainya. aku akan reply komen and wish korang satu per satu ye. tanda aku gembira and terima kasih atas ucapan korang tu ea? :D yang mana aku terlepas pandang, so sorry. aku cuba reply balik. almaklomlah, kalau kat fb tu, kengkadang ada masalah sket dengan notification. hihi..

and buat kengkawan malayapark!!
millions of thanks for those yang join majlis bukak puasa mp hari tu. and also for suprise party yang korang wat utk aku. seriously aku rasa terkejut and terharu sangat2. sampai aku boleh lupa nak tiup lilin and potong kek! hahaha. and rasa macam terharu nak mampos bila satu kenny rogers berjaya times square melaungkan lagu happy birthday! whoaa! xboleh nak gambarkan kegembiraan aku. so, thanks for ejazul azim, joe ows and abah tepet sebab belikan kek utk aku ye! aku rasa nak nangis tanda terharu dengan korang weyh..! terkedu tengok akak waitress bawak kek pegi kat meja. aku ingt dia nak hantar kat meja belakang tu ha! sekali kat aku daa! hahaha~


muka aku makin kembang hari demi hari sejak jadi penanam anggur nie. ((:

tiup lilin.. haa. berasap2. class ko maria! ((:

potong kek! weehuuu! sila ambik sorang satu ye.. :D

haa. ini impian yang terlalu menggunung utk dicapai utk birthday kali nie ye.. ((:
sila click utk pembesaran rajah!


to be continued....

Sabtu, 13 Ogos 2011

cara-cara menolak cinta si jejaka.

assalamualaikum dan selamat sejahtera..

memandangkan sekarang aku nie jobless dan mempunyai kerjaya sepenuh masa sebagai seorang penanam anggur yang berdedikasi dan sungguh berjaya, lantas aku menjadi rajin untuk menari-narikan jari kat papan kekunci aku nie kan. dan nampaknya sekali lagi perlu memainkan peranan sebagai dokter chenta yang tidak profesional disebabkan ketiadaan sijil ikhtisas yang mengiktiraf profesion tersebut. hahaha. apa yang aku merepek nie? 

tadi aku baru buat entry berkenaan tips buat jejaka untuk menolak cinta si gadis . so, rasanya xlengkap la kalau aku tak bagi tips untuk orang sekaum ku. haha.. so, kalau korang rasa korang nak taw apa tipsnya, meh rajinkan diri korang membaca entry aku nie. 



1. seperti si gadis, si jejaka juga akan memberi hint-hint tertentu bahawa dia sedang menyimpan perasaan terhadap anda. sama jugak macam entry aku sebelum nie, si jejaka akan memberikan hint-hint tertentu seperti mengambil berat, kerap mesej and calling2 anda walaupon xde sebab musabab yang kukuh untuk dia call, akan menghulurkan pertolongan tatkala anda memerlukannya. haa, jadi gegurl gegurl semua, please please please.. tolong lah berperasaan sedikit. si jejaka itu sedang mempunyai hati yang berbunga2 semasa memerhatikan anda. haha.. korang silalah terangkan mata hati korang untuk mengenalpasti tanda saran-tanda saran tersebut. tapi, berhati2, jangan sampai terlalu overconfident plak yang si jantan duk minat kat awak. jangan duk ngada2 tanya, "awak awak, awak suke kat ite yee. ite perasan taw awak duk jeling2 main mata dengan ite pastu siap xberkelip2 lagi" dengan nada yang sungguh gedik. haihh, aku terajang ko nanti. wat malu kaum aku je. haihh.sekiranya korang dapat mengenalpasti bahawa si jejaka sememangnya menaruh perasaan kepada anda dengan kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi iaitu melebihi 0.06 *guna statistik sket.kalau xgune, berkarat plak nti. ((:*, anda boleh melakukan cara ini untuk menolak cintanya. jangan terlalu melayan kerana si lelaki nie akan berpendapat bahawa "oh, aku mempunyai peluang yang cerah untuk memikat hati si gadis ayu ini. gumbiranya hatiku"... lepas tu, makin sengsara la hidup korang sebab duk pikir macamana nak terangkan kat dia bahawa anda tidak mempunyai sekelumit perasaan pun terhadapnya.. ah, parah parah. *tepuk dahi*


ha, hamek ko. penat nak terangkan kat dia kenapa ko xboleh terima dia sampai laptop pon ko gigit. stress punye pasal. hehe

2.  buat si gegurl gegurl semua, hindarilah diri daripada memanfaatkan seluruh kebaikan si jejaka. korang taw kan, ade jantan jenis mudah benar lembut hati. cinta punya pasal, sanggup bergolok gadai demi mendapatkan cinta korang. kata mereka, lautan api pon sanggup direnangi. kononnye laa. belum dapat lagi kan. segala ayat manis dalam kotak fikiran dia tu, semua dia kasi habis kat korang semua. haha. jadi, korang janganlah salahguna kebaikan diorang nie. siap mtk duit, konon2 nak beli buku rujukan la. lecturer suruh katanya. padahal, duit tu korang duk pakai belanje mamat lain pegi jenjalan pegi zoo. haha. nie memang hampeh la. duit ko kebas, habuk pon xdapat. masuk angin kua asap la brader! haha.. silap2 hari bulan, aku takot hidup korang wahai si gadis melayang ntah kemana. zaman sekarang nie bukan kira. jeles je, bunuh. jeles je, rogol. kata si jantan, "haa, kalau aku tak dapat ko. orang lain pon xkan dapatkan ko".. so, si gadis, tepuk dada, tanyalah iman. ((:


3. ahai cek mek molek semua, aku suka nak berpesan dengan korang, kalau nak me'reject' seseorang yang ko memang xmencintai dia kan, make sure korang jangan baik hati sangat nak sedekah caci maki berkilo2 walaupon muka dia seperti jambatan xsiap sekali pon. sebab kita pon xsesempurna mana. mungkin korang2 juga tidak dapat mengatasi kecantikan nenek2 diorang.. silap2 hari bulan, di'mandrem'nya korang, gila meroyan sampai mati. x ke naya? sampai bila2 korang xkengkawin. haa, padan muka korang. riak takbur sangat. haihhh. 


saya kak limah dari kampung pisang pon lagi gojes dari awak taw. ahakz


senyum itu sedekah. nak sedekah duit xmampu. sedekah senyum je la.. 

4. wahai si jejaka, korang pon janganlah duk taksub sangat nak pompuan lelawa. sekali pompuan tu tolak cinta korang, duk makan hati berulam jantung. geli aku taw. korang nak carik awek ke bini ke, pilihlah dari segenap segi. setakat lawa je, nanti tua pon kerepot gak. nie patah hati je, nak terjun bangunan la, minum racun la... macam lah nyawa korang tu ada sembilan macam kuceng. atau boleh pegi beli kat kedai alat ganti kenderaan. bengong betol. mana lah pegi akidah korang semua kalau korang nie orang islam? sikit2 nak bunuh, nak rogol. apedaa. bunga bukan sekuntum. susah2 suruh je mak bapak yang carikkan. haihh. aku pon bukan xpernah kena reject or kena tinggal dek boipren. lelama nty pasti korang akan jumpa yang terbaik sebab Allah SWT tu tahu apa yang terbaik buat sekalian hamba-Nya.


ada ke patot dia nak lisa surihani? besar bebeno seleranya. mimpi je la weyh. yusri punya nie. haihh

5. buat awek2 di luar sana, tolong jangan sakitkan hati dia dengan duk show off jantan lain disisi korang dengan harapan si jejaka akan berasa putus asa kerana usahanya tidak kesampaian.. korang nie memang carik nahas la kan. macam aku dah cakap sebelum nie. korang jangan expect diorang xboleh berbuat apa ke atas korang. kengkadang dendam dan cemburu boleh jadi pencetus kepada sikap agresif dalam diri dia. korang nak jasad kaku korang bergelimpangan di tempat2 tidak berpenghuni dimamah ulat? atau mungkin dikerat2 15 campak kat mangkuk tandas rumah usang? haih. nauzubillah.. mintak jauh la kengkawan kesayangan ku semua. so, janganlah carik nahas.


sebenarnya, aku teringat apa mak aku cakap. "elok pilih orang yang mencintai kita dari pilih orang yang kita cintai"... sebabnya, lelaki nie kalau dia sayang, mungkin diorang akan berasa payah untuk melepaskan korang kerana dia ingat betapa payah dia usaha nak dapatkan korang. tapi, kalau kita yang cintakan lelaki, lelaki tu boleh je berubah arah. cintakan perempuan lain. almaklomlah, kuota dia sampai 4. ko hado ke apo yang dio hado?


oklah, aku rasa nie dulu celoteh aku buat masa nie. memandangkan malam makin lah melabuhkan tirai ke pagi. mata aku pon semakin layu. hopefully korang ambik la pengajaran daripada entry aku nie. yang korang rasa xboleh pakai tu, boleh la korang nyahtinjakan daripada otak2 korang. haha. mintak maap gak la ye kalau ada kekasaran bahasa. sekadar memberi peringatan untuk korang dan diri sendiri jugak.

thanks for reading and feel free to drop your comment! :D

Jumaat, 12 Ogos 2011

kenapa orang bukan islam suka bulan ramadhan?

assalamualaikum dan selamat sejahtera...

haa. sempena bulan ramadhan yang mulia nie, memang xpelik la kalau orang islam sangat menggemari bulan puasa nie. sebab, kita boleh kumpul pahala banyak2, berkumpul dan berbuka puasa dengan ahli keluarga. paling digemari oleh kanak-kanak sebab ini menunjukkan bahawa raya bakal menjelang tiba. masa nie jugak la diorang nak berpuasa penuh untuk kumpul token ekonomi mereka iaitu duit raya. ((:

tapi, korang jangan tak tahu, orang bukan islam jugak sangat menggemari bulan puasa. korang nak tahu sebab apa? haa. kenalah teruskan membaca. hehehe

1. senang nak beli juadah kegemaran
korang pon taw la kan, time bulan2 puasa nie, bersepah2 bazar ramadhan di sana sini. and korang boleh beli bermacam2 jenis kueh muih dan lauk pauk yang sukar korang jumpa time hari2 biasa. so, masa nie bukan sahaja umat islam yang suka serbu bazar ramadhan dan gerai2 ditempat2 sekitar korang tu, tapi orang2 bukan islam seperti kaum cina, india dan lain-lain lagi akan turut berkejaran ke bazar-bazar berhampiran anda.
kalau kat tempat aku nie, orang2 cina dan india jugak sangat menyukai bulan puasa sebab diorang boleh beli juadah2 kegemaran mereka. kalau kedai2 kuih muih di kawasan kejiranan aku di Pekan Labu Batu 10 nie, bila diorang nampak je orang mula bukak gerai dalam pukul 3 macam tu, terus diorang serbu. so, jangan pelik la kalau korang sampai je kat gerai2 tu, korang tengok kuih sume habis licin diorang borong. hahaha.




antara juadah kegemaran  aku:
tepung pelita

buah melaka

tau fu fa

cara berlauk

puding karamel


popia basah


chicken wings


popia berlada


2. sale di sana sini
memandangkan nak dekat raya, semua shopping complex malahan online shop pon turut buat jualan murah besar besaran disana sini. so, time nie bukan setakat orang islam je yang gembira nak berebut2 beli barang. orang bukan islam pun sama. kalau korang xpercaya, korang tengok la kat mana2 shopping complex pon. kasut, baju, handbag semua tengah murah2. sape xnak beli woiii?  ((: aku rasa orang melayu pon same je time raye cina ke, deepavali ke. hahaha.



3. nak cuba berpuasa macam orang2 islam buat.
haa. yang nie adalah segelintir kawan2 aku masa sekolah dulu suka buat. walaupon diorang bukan beragama islam, diorang rasa nak cuba berpuasa. sangat comel hokey! haha. paling xboleh tahan bila tengok muka sekor2 xlarat dah nak berpuasa. siap ada kawan aku tanya, kenapa lah kena bersahur dan berpuasa nie. so, time nie la nak explain kenapa kena puasa dan bersahur tu. hehe



ok la, rasanya wat masa nie, ini antara sebab kenapa orang bukan islam suka bulan puasa. 

aku rasa tak terlambat lagi kan nak ucapkan selamat berpuasa utk korang semua.


ok lah, thanks for reading and feel free to drop your comment ok?
bye.
((:

gambar: ehsan pakcik google

tips buat lelaki untuk menolak cinta seorang gadis...

assalamualaikum dan selamat sejahtera..

hari nie aku nak cerita sket pasal macamana nak tolak cinta seorang gadis buat tatapan si jejaka jejaki. maybe some tips boleh digunakan buat wanita. haa. mesti rase pelik sket kan kenape aku duk cerita pasal cintan cintun nie sebab aku mmg jarang post benda2 seolah-olah aku mempunyai profesion sebagai seorang dokter chenta sepenuh masa. haha. *tu pon kalau korang bace post2 aku.. macam korang bace pon. :P tapi pedulik apa. aku punye blog. :P*... sebenarnye post nie dituju khas buat kawan aku. sebab beliau pernah mengadu kat aku pasal seorang jejaka pojaan beliau yang seolah2 bagi harapan kat dia tu.. haa. meh la bace kalau korang rajin. ((:


1. buat sang jejaka, jika kau nampak seorang gadis duk berbuat baik dengan ko. maybe tu adalah hint2 yang dia nak tunjukkan bahawa dia sebenarnya sudah jatuh hati dan menyayangi anda. so anda kena bijaklah ye membaca hint tersebut. tapi aku nak ingatkan, jangan terlebih perasan plak. sebab mungkin membace musibah buat ko. xpasal2 pompuan tu kata, "weyh, jgn nak perasan ko hensem la weyh!" what the heck la kan? wakakaka. bila anda sebagai seorang jejaka dapat mengenalpasti kebaikan si gadis adalah untuk memikat hati anda, haa.. korang kena la berhati2 dalam memberi layanan kepada si gadis. ini dilakukan supaya dapat mengelakkan si gadis merasakan bahawa anda memberi harapan palsu dan mempermainkan perasaan dia. 



2. buat si gadis pula, kalau jejaka berbuat baik dengan anda atas hint yang anda berikan, jangan plak anda ter'overdose' memperasankan diri anda bahawa dia sedang menyukai diri anda. jangan terlalu overconfident bahawa anda mempunyai peluang yang sangat cerah untuk memiliki beliau. sebab langit xselalunya cerah. ceewah. ye la, as a friend, mmg patot la si jejaka yang memainkan peranannya sebagai seorang kawan yang baik iaitu membalas segala kebaikan anda. so, janganlah cepat nak menaruh harapan yang tinggi. *aku selalu pesan dengan diri aku sendiri macam tu masa aku berkawan dengan seseorang. jeng jeng jeng. hahaha*.. ye la, siapa suka diberikan layanan yang buruk kan? so, pastinya jejaka pujaan anda tu akan memberi layanan yang baik buat anda sebagai kawan. kadangkala dia xsanggup nak bertindak kejam atas anda kerana berasa mengasihani diri anda itu. 



3. buat jejaka pojaan yang bertuah, anda bertuah taw sebab ade gadis duk syok angaukan anda. ko ingat semua orang bertuah macam ko ke?! so, bersyukurlah k? jgn nak riak2, takbur dan bongkaknye korang memaki pompuan tu masa ko nak reject dia. selamba badak je ckp, "ko ingat ko lawa nak syok2 kat aku? ko ingat ko hot macam fatin liyana, hanis zalikha, dan setaraf dgn jennifer lopez, beyonce?!" *sekadar menyebut beberapa nama.*.. hello! baik ko cermin diri ko dulu. ko hensem sangat ke nak mengeluarkan kata-kata sedemikian rupa? what the fish! hahaha. ingatlah, rupa paras, kekayaan, pangkat dsbnya tu semua pinjaman Allah swt je. so, jgn nak berlagak bangang sangat! hahaa. so, pesanan penaja dari aku, silalah korang menolak cinta gadis tu dengan sungguh sopan dan dengan cara yang baik. ko kena ingat, hidup nie macam roda.. kejap ko kat atas, sok lusa ko xsedar ko dah ada kat bawah. kat bawah siap boleh gelek taik kuceng yang bersepah2. haa. so, what you give, is what u get back! ok? beringatlah. korang yang pompuan sekaum dengan aku pon, aku pesan benda yang sama. walaupun post nie dituju wat jejaka jejaki di luar sana.

i dah ada awek dah.. nie la awek i. angelina jolie. mwah. sayam dia. <3
kalau angelina jolie wat rupa macamni, u nak x? wow! haha

4. buat si pencinta jejaka, haa, aku nak pesan jugak.. korang pun jangan la memberi harapan yang palsu kat diri korang sendiri. kalau lelaki tu bagi balasan yang xberapa korang suka, memanglah korang boleh cuba berusaha segagah mungkin melakukan pelbagai hint dan kebaikan untuk menarik perhatian dia. tapi kalau dia dah tunjuk perangai yang dia xsuka kau walau ko dah berusaha sekeras mungkin, ko jangan lah bagi harapan palsu kat hati dan perasaan ko sendiri. xpayah nak jaga hati ko sangat dah. terima kenyataan yang dia bukan untuk ko. maybe Allah SWT akan bagi kau yang lebih baik. Dia tahu apa yang terbaik untuk diri kita. so, positive la. aku bagi chance untuk korang ada riak sket. pujuklah hati dan akal ko dengan berkata, "ko memang tak layak dengan aku yang baik dan istimewa nie. nanti ko mesti menyesal lepaskan aku. aku nak kat ko, ko xnak kan? so, good bye la kau dr hidup aku".. *maybe korang boleh guna bahasa yang lebih ayu dari aku guna nie. nie kalau ko cakap dalam hati xpe, kalau ko cakap depan mamat tu, mampus ko kena maki xberingat punyee beb.*


5. buat si jejaka yang diciptakan untuk mencintai si gadis di muka bumi nie, korang pon jangan la nak bagi ambik kesempatan daripada kebaikan yang dihulurkan si gadis. mentang2 dia suka belanja kau makan,sebab dia nak jumpa and suka menghadap muka kau yang baginya engkau laksana bulan tu *berhati2, kalau dia banyak jerawat, ko jgn plak ckp macam tu, kena penampar free pulak nanti* korang selamba badak ajak dia pegi kedai makan, kepsi, mekdi, kedai kak limah janda ke.. tapi bila korang tak rasa nak pegi makan, korang boleh plak duk dating dengan pompuan lain.. memang nak kena tangan la weyh. korang kalau xnak, jangan la memanfaatkan orang lain demi diri korang.. korang mintak dia iphone 4 sedangkan dia pakai nokia torchlight macam aku je. lepas tu iphone ke, blackberry dan suku sakat hp lain tu korang guna buat bergayut dengan minah lain. gi bbm dengan minat rempit ntah mana2. pastu siap mintak topup untuk call awek dan kekasih gelap korang. memang hampeh la korang!


6. buat si gadis, kalau korang suka pon, beringatlah.. jangan la bagi semua benda kat manusia bernama lelaki tu hanya kerana korang cintakan dia separoh mati. konon2 tanda cinta la.. kepala hotak mung! kalau korang xberapa bertuah atau langsung xbertuah sebab jumpa jantan buaya macam aku nyatakan kat no.5 tadi, memang hidup lu sengsara sampai mati dia buat. sampai harga diri lu sekali dia ambik. mmg mangkok hayun la kan mamat tu. tapi lu xkan dapat pape dr dia. dah la dia pon ko tak dapat, dengan apa yang ko ada sekali hilang. please, tlg la jangan buat macam tu kawan2 ku sayangg. lagipun kumbang bukan sekor. ye x?

korang bukan hensem pon la. so, blah la ko! *jelir lidah* ((:

7. buat si jejaka, cubalah jangan menyakiti orang yang duk bersusah payah mencintai korang tu. kalau boleh, jangan sakitkan hati diorang. kesian la diorang tu. perasaan dia tu berharga sungguh. ko ingat sesenang macam makan nasik je ke perasaan tu boleh ada dan hilang? korang jugak salah. sapa suruh buat diorang jatuh cinta separoh nyawa dengan korang? pastu duk mengeluh pkir cara terbaik nak cakap dengan kaum hawa yang sensitif nie. kalau dia bunuh diri, korang akan bersalah seumur hidup beb. so, janganlah beri layanan yang mungkin disalahtafsir buat kaum hawa nie. naluri kewanitaan diorang nie mudah tersentuh. so, berhati-hatilah korang.


8. buat si jejaka dan gadis, kalau boleh, elaklah tiba2 jatuh cinta nie. *sebab aku penah rasa jugak*.. susah weyh bila pompuan dah tersuka kat lelaki. takkan perigi nak pegi carik timba plak. lelaki jatuh cinta xpe. dah memang diorang selalunya lagi mudah nak confess dr wanita nie. so, kalau kite si gadis nie dah terjatuh cinta, payah la nak pikir cara nak bagi hint. kalau mengaku, duk pkir takut kena reject and tak pasal2 lelaki tu kata kita nie berani mati punye pompuan. tapi, zaman moden abad ke 21 nie, aku rasa tak jadi masalah untuk kita yang bergelar kaum wanita nie nak berterus terang tentang perasaan kita. janji kena cara dan ayatnya. hehe.

oklah, aku mintak maaf la ek kot2 ade bahasa yang kasar sket kat penulisan aku nie. bukan apa, kengkadang kita nie terlalu terbuai perasaan sampai berfikir rasional masa berhadapan macamana nie. so, bila bahasa tu kasar sket, diri kita mula sedar yang apa kita buat xbetol. haha.. kalau korang dapat selesaikan karangan ala2  karangan paper bahasa melayu STPM  sebanyak 1000 patah perkataan nie, korang ambik la apa yang korang rasa betol. xbetol, buang jejauh dalam Jurang Mariana kat filipina tu pon xpe. hehe..

mungkin nie sesuai untuk korang yang tengah terluka tu..



thanks for reading!