tetamu VVIP

Isnin, 20 Jun 2011

fobia no 13? wujud ke? #

assalamualaikum dan selamat sejahtera...

hari ini aku nak cerita sikit pasal fobia yang sedikit pelik bagi aku.. iaitu fobia no 13...
mungkin terdapat segelintir atau majoriti daripada korang akan cakap..

"uishh, ada ke fobia jenis macam tu? kalau fobia ketinggian, fobia darah, fobia blablabla pernah la dengar."

ok, untuk maklumat korang, aku tidak sedikit pun berniat untuk menipu, tertipu mahupon ditipu *apa aku merepek nie?*
so, mehlah baca tentang sedikit sebanyak info yang aku ingin kongsikan berkenaan fobia jenis spesifik ini. (;

tengok nie.. punya la takot sampai button lif pon diorang xnak letak no 13.. takot lif terhempas kot. or maybe takot lif xboleh bukak kalau dah sampai tingkat 13. huhu


*****
apakah itu triskaidekaphobia?



1. triskaidekaphobia merujuk kepada ketakutan terhadap no 13. 
2. perkataan ini berasal daripada bahasa greek iaitu tri =tiga, kai =dan, deka=10, phobia= takut.
3. istilah ini pertama kali digunakan oleh Isador Coriat dalam psikologi abnormal.

Isador Coriat, ahli psikiatri dan ahli neurologi Amerika

4. ia merupakan kepercayaan karut yang dikaitkan dengan ketakutan yang spesifik kepada hari jumaat bertarikh 13 haribulan. fobia tersebut digelar paraskevidekatriaphobia atau friggatriskaidekaphobia.

**********************
asal usul kecelaruan ini?

1. Tertinggal kod ke-13 sewaktu Kod Hammurabi dicipta..
 ia berdasarkan mitos awal yang beranggapan 13 merupakan sesuatu yang malang atau jahat. mitos ini berasal daripada Kod Hammurabi Kerajaan Babylon *kalau korang belajar sejarah masa form 4/5 dulu mesti korang ingat lagi kerajaan mesopotamia yang pernah ditadbir oleh kerajaan Babylon. Kod Hammurabi merupakan kod kerajaan berkenaan.*.. mitos ini dipercayai berlaku kerana semasa kod undang-undang tersebut dicipta, kod ke-13 tertinggal untuk dimasukkan ke dalam Kod Hammurabi. Namun, terdapat fakta yang menyatakan bahawa Kod Hammurabi yang sebenar tidak mempunyai nombor.

2. pelajar(disciple) kepada Jesus Christ telah mengkhianatinya sewaktu "The Last Supper".
segelintir tradisi agama kristian mengaitkan fobia ini dengan pengkhianatan yang dilakukan oleh salah seorang pelajarnya (disciple) iaitu Judas Iscariot. Menurut New Testament *bible terdiri daripada dua iaitu Old Testament dan New Testament", Judas Iscariot merupakan salah seorang daripada 12 disciple kepada Jesus. 12 disciple tersebut merupakan putera-putera Apostles. Judas terkenal kerana mengkhianati Jesus semasa The Last Supper. Judas yang duduk di kerusi ke-13 sewaktu The Last Supper. Judas dikatakan mengkhianati Jesus dengan tujuan untuk mendapatkan 30 keping perak. dia dikatakan telah pergi kepada Ketua Paderi untuk menukarkan Jesus kepada 30 keping perak tersebut. tetapi, didalam New Testament, tidak dinyatakan tentang susunan kedudukan Judas. Namun, no 13 tidak semestinya dianggap teruk oleh tradisi Judeo-Christian. contohnya, ia menggambarkan Attributes of Mercy atau atribusi bagi tuhan mereka dan bagi gereja kristian moden, mereka menggunakan 13 atribusi tuhan bagi ceramah-ceramah yang disampaikan mereka.

The Last Supper Ilustration

lain-lain sebab korang bolehlah googling ea sebab penat lak aku nak taip. :P
ia turut memberi kesan kepada viking dan masyarakat parsi... *maybe nty aku akan sambung cerita pasal viking and parsi nie pulak..hehe*

*****************************

ada lagi fobia-fobia lain pasal nombor nie. nanti aku sambung dalam part two ea. :)


1 ulasan:

kaizen berkata...

ombor pon ade phobia?? ish3....

jom share kat sini

http://mhs-kaizen.blogspot.com/2011/07/promot-blog-secara-percuma.html