tetamu VVIP

Isnin, 20 Jun 2011

fobia no 13? wujud ke? #

assalamualaikum dan selamat sejahtera...

hari ini aku nak cerita sikit pasal fobia yang sedikit pelik bagi aku.. iaitu fobia no 13...
mungkin terdapat segelintir atau majoriti daripada korang akan cakap..

"uishh, ada ke fobia jenis macam tu? kalau fobia ketinggian, fobia darah, fobia blablabla pernah la dengar."

ok, untuk maklumat korang, aku tidak sedikit pun berniat untuk menipu, tertipu mahupon ditipu *apa aku merepek nie?*
so, mehlah baca tentang sedikit sebanyak info yang aku ingin kongsikan berkenaan fobia jenis spesifik ini. (;

tengok nie.. punya la takot sampai button lif pon diorang xnak letak no 13.. takot lif terhempas kot. or maybe takot lif xboleh bukak kalau dah sampai tingkat 13. huhu


*****
apakah itu triskaidekaphobia?



1. triskaidekaphobia merujuk kepada ketakutan terhadap no 13. 
2. perkataan ini berasal daripada bahasa greek iaitu tri =tiga, kai =dan, deka=10, phobia= takut.
3. istilah ini pertama kali digunakan oleh Isador Coriat dalam psikologi abnormal.

Isador Coriat, ahli psikiatri dan ahli neurologi Amerika

4. ia merupakan kepercayaan karut yang dikaitkan dengan ketakutan yang spesifik kepada hari jumaat bertarikh 13 haribulan. fobia tersebut digelar paraskevidekatriaphobia atau friggatriskaidekaphobia.

**********************
asal usul kecelaruan ini?

1. Tertinggal kod ke-13 sewaktu Kod Hammurabi dicipta..
 ia berdasarkan mitos awal yang beranggapan 13 merupakan sesuatu yang malang atau jahat. mitos ini berasal daripada Kod Hammurabi Kerajaan Babylon *kalau korang belajar sejarah masa form 4/5 dulu mesti korang ingat lagi kerajaan mesopotamia yang pernah ditadbir oleh kerajaan Babylon. Kod Hammurabi merupakan kod kerajaan berkenaan.*.. mitos ini dipercayai berlaku kerana semasa kod undang-undang tersebut dicipta, kod ke-13 tertinggal untuk dimasukkan ke dalam Kod Hammurabi. Namun, terdapat fakta yang menyatakan bahawa Kod Hammurabi yang sebenar tidak mempunyai nombor.

2. pelajar(disciple) kepada Jesus Christ telah mengkhianatinya sewaktu "The Last Supper".
segelintir tradisi agama kristian mengaitkan fobia ini dengan pengkhianatan yang dilakukan oleh salah seorang pelajarnya (disciple) iaitu Judas Iscariot. Menurut New Testament *bible terdiri daripada dua iaitu Old Testament dan New Testament", Judas Iscariot merupakan salah seorang daripada 12 disciple kepada Jesus. 12 disciple tersebut merupakan putera-putera Apostles. Judas terkenal kerana mengkhianati Jesus semasa The Last Supper. Judas yang duduk di kerusi ke-13 sewaktu The Last Supper. Judas dikatakan mengkhianati Jesus dengan tujuan untuk mendapatkan 30 keping perak. dia dikatakan telah pergi kepada Ketua Paderi untuk menukarkan Jesus kepada 30 keping perak tersebut. tetapi, didalam New Testament, tidak dinyatakan tentang susunan kedudukan Judas. Namun, no 13 tidak semestinya dianggap teruk oleh tradisi Judeo-Christian. contohnya, ia menggambarkan Attributes of Mercy atau atribusi bagi tuhan mereka dan bagi gereja kristian moden, mereka menggunakan 13 atribusi tuhan bagi ceramah-ceramah yang disampaikan mereka.

The Last Supper Ilustration

lain-lain sebab korang bolehlah googling ea sebab penat lak aku nak taip. :P
ia turut memberi kesan kepada viking dan masyarakat parsi... *maybe nty aku akan sambung cerita pasal viking and parsi nie pulak..hehe*

*****************************

ada lagi fobia-fobia lain pasal nombor nie. nanti aku sambung dalam part two ea. :)


Ahad, 19 Jun 2011

happy father's day, ayah! #



happy ayah's day ea ayah!
teramat-amat sayam anda!
walaupon saya sedikit *sedikit ke?* degil, tapi saya sayam ayah taw.
semoga ayah panjang umur, sihat selalu, sejahtera dan bahagia selalu.
semoga Allah SWT sentiasa merahmati hidupmu..
amin..


p/s: ilysm ayah! :D

ella add facebook aku #

assalamualaikum dan selamat sejahtera...

ary nie aku nak sambung menyiapkan entry yang dah beberapa bulan tergendala nie memandangkan aku rasa rajin secara tiba-tibanya. taktaw la mana datang semangat yang berkobar-kobar ini... hahaha.. *ada rupa ayat mintak penyepak tak? hahaha*

muka yang paling xboleh blah!. thanks jimbo for the very pleasant picture. wahahaha.
hidung aku xsekembang ini. duh!
hahaha~
(actually nie muka aku mase tengah mentekedarah kek! hahaha)

berbalik kepada topik asal,
aku xde la sesuka hati nak wat tajuk2 hot untuk memancing korang jengah blog picisan aku nie.
tapi seriously, sis el aka ratu rock kita meng'add' aku..

mesti korang herankan kalau betol pon kan. *seperti yang aku tegaskan sebelum ini bahawa ianya benar dan benar belaka*.. hoho.. poyo je ayat aku. huhu.. 
"ye la, kau nie bukan retis pon. inikan pula majistret, lawyer, atau kassim selamat sekalipon..so what the fish ella nak add kau?" gumam korang secara bersendirian. *ntah2 korang xde hamek port pon..hahaha*


atau, nie ella lain.. bukan ella ratu rock kita yang terkenal..
maybe ella kampung seberang yang mempunyai nama samaran ella.
ye la, ramai je orang nama cam retis kan? so, terkonpius plak kang..
hehe..

xpe, meh aku usaikan kekusutan yang duk bersarang dalam kepale hotak korang tu..

betol.. nie ha.. kak ella nie ha..




tapi. mase aku duk googling carik gambo sis ella nie..
aku jumpa ella lain gak..
moh le tengok. hehe

ella chen

ella baker


ella fitzgerald

sebenar-benarnye, aku mmg ade niat yang suci lagi tulus untuk meng'add' kak ella kita yang tersangatlah energetic di atas stage tu. suara beliau tu lagi la marvellous kan? tu wat aku minat giler-giler babeng kat beliau. mana taknye, dialah artis paling aku minat selain yuna, alexia rodriguez, amy lee, hayley williams, dan lain-lain *sekadar menyebut beberapa nama kerana hotak sedikit membeku tatkala cuaca dingin malam dan waktu yang semakin melewati dinihari.hahah*.. tapi friend list beliau sudah teramat la penuh, sendat, padat dan ketat sehingga tidak memberi sedikit ruang kepada aku untuk menjadi salah sorang manusia dalam friend list beliau tu.. so, selalunye aku akan view je la fan page die. or aku sekadar curik2 tengok wall yang tidak beliau privatekan. hehe. stalker kan aku nie? pedulikanlah.. janji aku bahagia. wakakakaka

cik yunalis zarai yang dah rupa macam princess nie..



pose berdarah hidung buat lelaki dan lesbo dr alexia rodriguez

muka chomel alexia




alexia rodriquez yang sedang beraksi di pentas. kagum tengok dia main gitar. hehe

kelaparan kot hayley nie. baju pon dia nak kunyah.. teehee

hayley williams yang suweett..


amy lee yang gorgeous


amy lee yang sexy..

nak dijadikan cerita, lepas Anugerah Bintang Popular 2010 yang lepas, kak ella kita nie kan ada perform bersama alyah dan shima kot kalau xsilap..




lepas persembahan nie, aku pi la gatai2 tangan pm kat kak ella kita nie..
pm tu berbunyi sedemikian rupa.


first pm aku yang ayat no 1 tu. kak ella xreply pon...
yang kedua tu, aku pm after dia add aku la..hee

mula2 mase tengok friend request tu, aku terkejut badak la.
rasa cam mimpi pon ade.
aku tengok banyak kali. tapi terlupa nak print screen dek terlalu eksaited yang xhengat. hahaha..
over la aku nie kan? wahahaha

so,
kerana terlalu eksaited tahap cipan tergolek,
aku pon post status yang duk gembira tidak hengat..
hahahhaa~


ratu rock add aku tu weyh?
korang hado?
hahahaa~
*giler riak kot. wakakaka*

lepas tu aku pon wat wallpost kat wall kak ella...
dan kak ella me'reply' wallpost aku tu weyh..



nie pulak komen budak2 nie after tengok kak ella add facebook aku.. ella tu... bak kata jimbo.. hahaha


nie komen-komen diorang after kak ella komen facebook aku.
siap mintak suruh add tu.. dan the best part is, kak ella dengan humble and sempoinya add diorang..
tersangat bestlah kak ella nie.. ratu rock tu.. dulu aku penah add sorang retis yang sangat hensem la kan.. lepas tu, die dengan riaknya cakap dia xperlukan orang-orang yang dia xkenal dalam facebook dia. dia pi remove la sume termasuk aku nie. tu la, sape suh aku sebuk add die. padan la muke aku kan.. waahhahaa.. 
tapi, tengok kak ella nie. xkesah pon.. ye la. facebook je pon. bukan ape sangat la kan? love you more la kak ella..


ha. xpercaya? nie komen kak ella tu. dan ramai yang meng'like' nye. hahaha :P



ha. lepas tu ramai wat permintaan supaya kak el add diorang. and the best part is, kak ella dengan humble and sempoinya add kitorang as friend walaupon beliau adalah ratu rock malaysia tuhh. kagum sangat dengan beliau..


lepas tu, kak ella add diorang tu.. nie wallpost member facebook aku kat wall kak ella.. sempoi giler la kak ella nie...

ok. rasanya cukup-cukuplah kan nak membangga dan terlalu eksaited nie kan? jelak plak korang baca entry aku nie..

to kak ella, i would like to say that:

*i'm very proud of u sebab kalau carik nama kak ella, boleh dikatakan sampai ke peringkat international pon.
orang-orang indonesia pon carik lagu2 kak ella.. singaporean also the same.. tu belum cerita pasal kak ella gi sana sini tu.. sangat kagum..
*kalau tengok producer dan orang-orang yang menghasilkan lagu-lagu kak ella, semua otai-otai dan ada orang-orang bukan dari malaysia pon membantu menjayakan album kak ella. so, ini menunjukkan kak ella very talented singer sampaikan diorang memberi kepercayaan kepada kejayaan album kak ella..
*kalau cakap pasal showmanship, vocal ape sume, memang u are the best la kak ella. takde sape boleh lawan la.. ratu rock tu kak ella boleh simpan sampai bila-bila. tapi saya rasa penyanyi yang nama nadia-salah buat kekasih tu pon boleh dikatakan mampu mengikut jejak langkah kak ella.
*lagu kak ella pon lain dari yang lain. lagu kesal contohnya, walaupon sebenarnya sedih dan terluka. tapi boleh jadi sebuah lagu yang rancak.. so, good job la kak ella and pencipta lagu and liriknya. hee..


ok la. that's all for today!
thanks for spending your precious time to read my entry!
:)

p/s: xpakar sangat. so, just telling what's on my mind and what's on my bottom heart said. (;


Sabtu, 18 Jun 2011

i'm singles for tsunami victims mini concert #


assalamualaikum dan selamat sejahtera...


Pada 12 jun 2011, aku telah join buat persembahan untuk mini concert nie.
tapi aku bukanlah solo mahupun band yang terlibat dengan salah satu projek di bawah I'm Singles nie.. hee..
frankly speaking, nie my first and only mini concert yang aku pernah buat persembahan.. taktaw la kalau lepas nie ade lagi memandangkan aku telah dijemput sebagai 2nd vocalist dalam band OUT WORN SHOES.. (sila klik nama band nie, and like page diorang k? hee).. so big thanks to agym, emim, joe and jerink coz give this big opportunity to me as 2nd vocalist yeap. tapi rasanye satu lagu nie je la yang diorang akan mintak kerjasama daripada aku sebab diorang memerlukan suara perempuan. lain kali, taktaw la ade lagi tak. kalau ade, kecik tapak tangan aku, aku tadah lori treler 16 tayar.. wakakaka.. :P

ok.. firstly, i would like to introduce our songs la kan.. entitled as mestika melara...
sebelum nie ramai yang tertanya-tanya gak, siapakah gerangan awek yang menyanyikan lagu tersebut bersama-sama dengan brader vokalis tu.

nie la awek tu..



aku la tu.. ahhahaha..
buat kengkawan yang aku duk rahsia-rahsia pasal siapa suara pompuan yang duk nyanyi dalam lagu tu,
aku mintak maap sesangat la ek. aku bukan nak rahsia-rahsia. tapi aku jenis tak suka nak over-exposed sangat nie. aku nie bukan berbakat sangat nak jadik artis kan? so, segan la aku nak bagitahu seantero dunia dan senusantara nie yang aku lah gerangannya. hahaha..

tapi, buat yang tidak tertanya-tanya, mesti duk pikir aku teramat "perahsantan" (perasan) yang orang duk tertanya-tanya walhal takde sape duk teringin nak tahu pon. wakakaka. takpe, sekurang-kurangnya korang dah terambil tahulah kan. so, sila masukkan maklumat tu dalam sensory memory mahupon short term memory korang je. jangan biarkan ia sedikit pon masuk ke dalam long term memory mu itu. wahaha. camni la kan kalau cakap dengan orang psikologi nie. semua nak terminologi berbentuk psikologi je. ekekeke.

bagi yang nak dengar versi sebenar lagu mestika melara nie, meh tengok vids nie. hee...



meh aku story sket pasal OUT WORN SHOES nie..


band nie berasal daripada Raub, Pahang yang dianggotai oleh Joe selaku vokalis, Agym sebagai lead guitarist, Jerink pulak selaku 2nd guitarist/screamer dan emim selaku drummer/ screamer..
bergenrekan post-hardcore dan punk rock, band ini pernah merakamkan lagu-lagu seperti Believe in 99, lovely end, full empty, silent dream, dan yang terbaru, mestika melara. band ini dipengaruhi oleh band-band seperti Silverstein, finch, funeral for a friend, alesana, a vain attempt, chiodos, my chemical romance, dan upon this dawning.

kalau korang nak taw, kenapa lagu terbaru diorang tu berjudul mestika melara, boleh la pi baca entry pakcik emim kita tu.. kalau rajin, pi la follow blog beliau sekali kerana blog beliau nie penuh dengan cerita-cerita menarik juga.. hee.. (klik mestika melara untuk membaca entry)

bagi yang  tidak berkesempatan pegi tengok show kitorang kat laman budaya, shah alam pada 12 jun tu,
meh la tengok video kitorang nie ye.. kalau rajin and ade account youtube, pi la bagi komen barang sedas dua. kalau nak like and dislike pon, silakan ye. diharap bagi komen-komen dan kritikan yang membina la ea. boleh juga duk baiki kelemahan yang ada dan membuat penambahbaikan bagi yang perlu. tapi, bahasa yang digunakan, sila kasi chantek ye brader. hee.

aku taw, dari segi showmanship, nyanyian, kawalan suara, dll banyak yang aku kena belajar lagi.
terus terang aku cakap, lagu nie lum masuk sangat dalam diri aku. tu memberi sedikit masalah kat aku nak menjiwai lagu tu sekaligus susah nak buat kawalan suara dll.. bukan sebab lagu xbest ye. jangan salah paham. lagu nie sangat best. lirik dia pon sangat mendalam hasil garapan encik emim and joe ye. music plak digarap oleh encik agym and emim. masalah aku nie sebab aku baru 3 kali je nyanyi lagu nie. sekali masa recording, kali kedua masa jamming, kali ke 3 masa show nie. bukan xmo praktis, tapi kekangan masa dan jarak yang jauh nie semua menghalang ktorang untuk selalu pi jamming sesame. tapi tu bukan alasan la kan.. selalu kat umah and kat hostel melalak lagu nie je kat bilik. tapi, kesukarannya sebab memasing tak dapat take part and maintain pape yang patot. hee. tapi kami semua cuba memberi sepenuh komitmen yang termampu la. aceewah. hahaha




meh, cuci mata sket tengok gambo-gambo hari tu.
duk praktis lagi walaupon tengah tunggu turn.. hahahaha~


mata ke atas, tangan ke les paul

*muka nervous nie weyh.hahaha*


after perform on stage, kasi pukul gambar bersama encik ridzuan kita nie.. hehe
rock on la encik ridzuan. hehe

on the bottom line, millions of thanks buat warga Pentas Aksi, Demoplanet.tv, etc sebab bagi ktorg join projek i'm singles nie. sangat menghargainya.
this is very good opportunity to grab on la kan.

buat band-band yang teringin nak join projek album kompilasi 100 band i'm singles nie, silalah berhubung dengan pihak i'm singles ye.

sekian, terima kasih..


Sabtu, 4 Jun 2011

stick foundation dan two way cake#

assalamualaikum dan selamat sejahtera,

ary tu ade member aku yang sorang nie tanya pasal foundation kat aku di skype..


ok. sekarang nie sebab aku selalu gi opis, aku pakai gak foundation..
kalau kua jumpe encik boyfie pon, pakai foundation...
sebab selesa dan muka xberminyak kot.

skunk aku pakai foundation nie..

pixy uv whitening stick foundation..
aku pakai yellow beige memandang skin aku berwarna kuning langsat..
*xberapa putih pon aku nie..*
aku suke tekstur foundation die nie..
nak apply kat muka pon senang..
rata je kat muka..
harga dia pon xmahal mana..
tapi susah sket nak carik kat kedai...
dulu aku beli kat pusanika, ukm.
tu pon bila ada musim jual2 nie je..
kat kedai2 biasa, susah nak jumpa.
tapi kalau korang carik kat kedai jamu2 tradisional, yang ade jual mustika ratu, dll tu
ada kot.
tapi kat tempat aku xde la weyh..
beli online je la..
blogshop mmg banyak jual mende alah nie..
kalau beli online, diorg ada yang jual sampai RM30..
sedangkan dulu aku beli RM15 je..
*maybe aku lum jumpa yang jual murah kot.huhu*
kalau korang bace review pasal foundation nie pon,
ramai yang puji keberkesanan dan kebagusan produk nie.


haa..ini pixy two way cake..
nie pon aku suka..
kalau korang letak air kat puff sebelum apply pixy kat muka,
jadilah foundation..
kalau korang terus guna as compact powder, dia akan berfungsi sebagai bedak la kan..
*aku rase korang pun taw kot guna two way cake. xkesah la jenama apa2 pon..*
jimat duit. xpayah beli foundation, and compact powder asing asing.
harga xmahal..
RM 15..

yang bagusnye..
boleh refill kalau mende alang nie dah abis..
refill dia pon dalam RM9-RM10 je..
so, xpayah nak beli banyak2 kali two way cake kat gambar atas tu yang sememangnya lagi mahal la kan?
sekali lagi jimat duit..
nie la refill tu..




pixy nie ada macam-macam pilihan warna yang bersesuaian dengan skin tone korang tu..
daripada yang cerah hingga yang gelap..
dan pilihan warna dia pon bersesuaianlah dengan warna kulit orang asia macam kita nie..



kalau korang jenis kulit sensitif dan berjerawat nie, korang boleh try pixy stick foundation and two way cake acnebrite.
untuk pengetahuan korang, kulit aku nie pon jenis kulit berminyak dan sensitif..
tapi, aku pakai yang jenis biasa je.
xpakai acnebrite pon..
so, pixy nie dapat menangani masalah aku la..

pixy acnebrite two way cake

nie la review aku pasal pixy nie..
aku nie xterer taw bab2 mekap..
cuma aku story based on experience aku guna produk nie je..
kot2 dapat tolong korang yang tercarik2 produk yang dapat menangani masalah korang 
macam aku dapat menangani masalah aku kan?
so, selamat mencuba dan semoga ia membantu! :D

gambar ehsan daripada mr google

Latihan Industri#



assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera,
wohoo. lama sudah aku xupdate blog nie. skunk duk busy dengan Latihan Industri (LI) kat Sektor Psikologi dan Kaunseling (SPsK) di Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.
actually dah nak abis dah pon latihan industri aku nie. tinggal lebih kurang 3 minggu je kot.
bermula daripada 3 mei- 24 jun..
selasa nie, penyelia dari universiti nak datang..
beliau merupakan pensyarah daripada program pembangunan manusia.
aku xkenal dia. tapi mendengarkan suara dia masa call aku semalam,
aku rasa dia seorang yang peramah dan baik..
hopefully semua ok je la.
sila bagi A utk saya ye..
(:
Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling, JPNS ,Tuan Haji Hashim Bin Haron,
Penolong Pengarah Sektor Psikologi dan Kaunseling, JPNS Encik Roslee Bin Ahmad
Kaunselor Organisasi PPD Jempol-Jelebu, Encik Shamsulkamal Bin Rahman
Kaunselor Organisasi PPD Seremban, Puan Zakiah
Kaunselor Organisasi PPD Tampin, Encik Muzaffar Nor Bin Muriz
Kaunselor Organisasi PPD Rembau, Encik Zhaffar Bin Hussin
Kaunselor PPD Port Dickson, Encik Jamaluddin
Pembantu Tadbir, Puan Zahariah dan Puan Amnah
*anda semua banyak bagi tunjuk ajar untuk saya*
serta
kakitangan Unit Naik Pangkat, Tatatertib dan Keutuhan
sebab bagi Penempatan untuk saya
sekian terima kasih..
(: