tetamu VVIP

Rabu, 8 September 2010

selamat hari raya maaf zahir dan batin


assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada rakan-rakan blogger yang duk jenguk-jenguk blog aku yang tiadalah menarik mana.. (macamlah selalu sangat kan orang nak lawat blog aku nie..perasan sungguh.. hark3)

mesti korang semua sibuk menyediakan persiapan raya kan? macamana dgn persiapan raya? mesti meriahkan? tahun ini, aku beraya secara sederhana tapi tetap meriah.. malam raya aku akan pulang ke kampung mak di batu pahat, johor. raya kedua baru pulang ke rumah.. raya di johor tahun ini pastinya akan dirundung kesedihan la sbb arwah pak long aku baru je pergi meninggalkan kami sekeluarga.. keluarga sebelah ayah pun sama.. arwah pakcik dan sepupu ku juga telah meninggalkan kami buat selamanya.. aku kehilangan 3 saudara untuk tahun ini..

memandangkan ramadhan sudah sampai hampir sampai ke penghujungnya, syawal pula semakin menjelma.. aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maar zahin dan batin sekiranya aku ada melakukan kesalahan dan kesilapan semasa berblogging nie kan.. kot2 la ayat berbisa ke, terumpat terkeji dan buat sesiapa terasa dgn posting-posting kat blog nie.. (rasanya xde la aku ngumpat2 owg kat blog aku nie.. hehe...aku lebih suka cerita pasal diri aku or share info je kat cni.. hehe)...al maklumlah, semua orang melakukan kesilapan kan? hehe..

ok lah, raya-raya jugak ye rakan-rakan.. kesihatan dan keselamatan haruslah dijaga.. jangan lah korang sental semua makanan yang ada sebagai membalas dendam kerana perlu berlapar dan berhaus selama sebulan.. hehe.. jangan main meriam.. bahaya.. kang xpasal-pasal lepas beraya, korang kehilangan jari dan anggota badan yang lain.. sayangilah badan-badan anda sbb anggota badan anda bukan boleh diganti macam spare part kereta.. begitu juga dengan nyawa korang tu.. hehe..

akhir kata dari aku, beraya tu memang berayalah.. tapi beringatlah juga ye..
selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin...


karutan si tukang karut,




Tiada ulasan: