tetamu VVIP

Jumaat, 24 September 2010

edited pixca by ismail mohamad.. hee~

firstly,
 i would like to say millions of thanks to
mr ismail mohamad for editing this pixca!
it's cool la dude~
chumey bangat!
hehe~
rajin edit2 ye~

nojie with me!!
and
 her 'cousin' called 3G..
(the cat!!)
or they are 'twins'..
probably~
:))

but a lil bit curious now!
HER TWIN or HER COUSIN looks like
mael?!
remain unanswered till now
:))


yes, i loved cat!
please give me one!!
please~~
:))

Selasa, 14 September 2010

beraya bersama geng-geng labu part 2

semalam 13 september 2010 bersamaan 4 syawal 1431 H.. maknanya hari ini merupakan raya keempat la kan? hehe.. aktiviti aku hari ini adalah sambung beraya dengan geng-geng labu.. tapi kali ini hanya ada intan, nojie, zai, sahida, hadi, khairil dan aku...

yang menjadikan sesi beraya part 2 ktowg nie lagi besh, kebetulan ktowg pakai baju kurung yang sama warna.. PINK wokeyh?? hahahaha~






destinasi ktowg hari ini :
1. rumah zai, (kg tengah, batu 8)
2. rumah sahida, (kg jerengkang darat, bt 13)
3. rumah lulu , (taman gadong jaya) dan
4. rumah akmar (sg ramal baru, kajang)...
**kalau ikot rekod hari ini, rumah akmar la paling jauh kan? hehe~

1. rumah zai
lokasi pertama ktowg hari ini ialah kawan sekelas kami masa di tingkatan 3 putih.. kawan kami semasa sekolah menengah dulu la nie.. hehe.. kami memulakan perjalanan dari rumah aku, selepas nojie menjemput aku. intan dan akmar dah datang ke rumah nojie seawal pukul 11 am dan lepas di rumah nojie..lepas jemput aku, kami meneruskan perjalanan ke rumah zai di kg tengah bt 8, labu.. hehe...kesian beliau terpaksa melayan kerenah kami sedangkan diri beliau tersangat la sibuk merangkap penyambut tetamu di rumah beliau. hehe..



2. rumah sahida
dalam pukul 5pm, kami meneruskan lagi perjalanan kami ke rumah sahida di kg jerengkang hilir bt 13, labu.. beliau sempat menghidangkan kami dengan mee goreng. kesian la sangat kat cik sahida ktowg nie sbb terpaksalah melayan ktowg padahal cik sahida nie baru je sampai dr batu pahat, johor.. wah wah, kemain penat tu kan? hehe... inci hadi mane? beliau terpksa blah dlu sbb kena g open house umah member die~ hohoho~

dari kiri: intan, nojie, aku n akmar


belog aku.. so, wajibun kena ade pixca sendiri! hahaha~

bersame nojie n akmar...hee~

3. rumah lulu
lebih kurang pukul 6 pm, kami bertolak ke rumah lulu di taman gadong jaya.. sampai dua kali ktowg beraya ke rumah lulu.. lulu dah janji nak treat us for dinner.. beliau telah sediakan hidangan yang tersangat la lazat.. lasagna bolognaise dan choco moist cake.. weee~ sedap and terbaek woo.. thanks chef lulu... hark3....

lasagna yang telah 'diselesaikan' oleh kami..hahaha

bersame chef lulu~
:D

4. rumah akmar
lepas waktu maghrib, kami meneruskan perjalanan ke sg.ramal baru, kajang.. destinasi kami seterusnya ialah rumah akmar la..hehe~ first time beraya ke rumah akmar.. mase nie ramai yang join.. nuh, bangcik, n khairil pon ade.. hehe~ 

seronok beraye sakan.. memang la penat yang teramat2, tapi teramat la seronok beraye beramai2~ hehe...

p/s: ktowg xde snap pic pulak kat umah akmar..huhu


karutan si tukang karut,

Isnin, 13 September 2010

beraya bersama geng-geng labu

hari ini 3 syawal 1431 H bersamaan 12 september 2010, aku telah melibatkan diri untuk join konvoi tahun ini bersama geng-geng labu yang boleh dikatakan kebanyakan dan majoriti drp diowg nie semua sama kelas dgn aku since sekolah menengah dlu.. kebanyakan sama kelas masa ting 1-3 putih dan masa tingkatan 4-5 sains.. ada gak kawan2 since dr skola rendah and pra sekolah dlu macam si radzi, hadi, intan dan shima.. hehe..






konvoi raya ktowg tahun nie terasa lebih meriah.. seronok dapat berjumpa ramai2 cmni.. yela, bukan selalu~ setahun sekali je dapat jmpe cmni.. aku dah la lama gila xjumpe lulu.. dua tahun beb xjumpe beliau.. beliau terasa sangat teruja apabila dikatakan beliau sudah kurus.. hik2.. suke la tu.. :P.. lulu, wendu ko dow! hehe~




mael pon same.. lame gler xjumpe beliau.. beliau pon sanggup drive dr melaka semata-mata nak join konvoi nie.. aku pon baru sampai dr johor.. baru je sampai dari kampung mak aku dalam pukul 3 lebih.. pas tu, sanggup tu nak join beraya sekali sbb lama gler la xjmpe member2 lama kan? so xmo la lepaskan peluang.. hehe



ramai jugak yang terlibat dengan konvoi raya tahun nie.. antaranya ialah radzi, kudud, nuh, mael, budin, syed, azri, ibrahim, hadi, b-yah, ain, shima, faiz, lulu, nojie, intan,  dan akmar.. (mtk maap klu ade nama yg aku tertinggal.. huhu)





cik molek dan manis disebelah kanan ini merupakan pemandu ktowg yang tersangat baik aty utk membawa ktowg g beraye.. tanpa beliau, aku,intan, lulu and akmar, jangan berangan la nak ikot~ :P thanks miss nojie~ :D
nojie janji dgn aku gerak dalam kul 10-11.. tp tiba2 nak gerak kul 9.. tp cm biasa la~ janji melayu~ (termasuk aku sekali la tu..haha) ktowg kul 11 baru gerak kot~ haha... nojie jmpot aku kul 10 lebih kat umah.. tbe2 muncul lak pak lang aku kat depan pintu.. so, kena layan and salam2 dgn pak lang, mak lang and abg usop, then baru la leyh keluar.. hehe... ktowg teruskan perjalanan ke rumah intan n lulu..


rumah pertama yang menjadi destinasi pertama aku, nojie, n akmar ialah rumah lulu di taman gadong jaya. lepas tu, ktowg menuju ke rumah shima.. tp malangnya shima telah ikut farain and geng2 lelaki.. so, ktowg terus ikut diowg beraya ke rumah intan, radzi, nadia, dan seterusnya.. penat nak di ''listdown''kan kat sini... hehe..










 mr.photographers pon penting dalam merakam detik-detik bersejarah pon memainkan peranan penting sama la macam cik-cik pemandu macam cik farain dan cik nojie.. bak kata owg, sekeping gambar boleh memberi 1000 makna.. ecece~ haha.. mr photographers adalah mr budin and mr hafifi.. thanks ya~ nice shoot la rerakan~ hehe~






nie la incik radzi, penaja benang.. thanks weyh.. jgn lupe pulang benang tu balik kat emak ko! nty cekgu norlia kehilangan salah satu koleksi benang beliau pula..ngehehe~








nie antara member-member yang join konvoi raya nie..
azri


kudud


biyah aka mrs budin~

akmar.. dr jauh beliau datang.. kajang tu~ ngee~

nuh dan pipi kembung beliau


intan aka my BFF


farain dan trademark beliau~
selamat datang~
:P

faiz yusof.. lame xjumpe beliau nie..hoho~

hadi... rambut beliau dah semakin lebat.. hihihi
syed dan rambut raya beliau~
hark3

antara rumah-rumah yang menjadi destinasi ktowg:
1. rumah lulu
2.rumah intan
3. rumah nadia
4. rumah radzi
5. rumah kudud
6. rumah azri
7. rumah naza
8. rumah nuh dan nojie
9. rumah biyah
10. rumah farain
11. rumah shima
12. rumah budin
(mtk maap kalau ada yang tertinggal.. tgh nak mengingat balik..hehe)

hampir maghrib, barulah ktowg selesai beraya ke semua lokasi.. tu pon ade yang kena sambung besok sbb xsempat and ade gak yang xde kat umah. sok ktowg plan nak g raya kat umah zai, sahida, dan lulu.. sok lulu nak treat us for dinner~ yeahh~ xsabo nie.. hihihi..

walaupun penat nak mampus and pwot pon dah sendat disumbat dgn juadah yang pelbagai, dan perjalanan yang penuh berliku siap sesat2 bagai (hahahahaha...) aku rasa seronok la hari ini sbb dapat jumpe dgn kawan2 lame balik.. sesungguhnya bukan senang nak jumpe semua sekali macam ini.. nak kena tunggu raya,baru la dapat jumpe.. sekali jumpe memang la havoc and happening abis sakan.. hehe~


p/s: nty intan upload pic, aku sambung citer lagi..ngee~


karutan si tukang karut,

Rabu, 8 September 2010

selamat hari raya maaf zahir dan batin


assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada rakan-rakan blogger yang duk jenguk-jenguk blog aku yang tiadalah menarik mana.. (macamlah selalu sangat kan orang nak lawat blog aku nie..perasan sungguh.. hark3)

mesti korang semua sibuk menyediakan persiapan raya kan? macamana dgn persiapan raya? mesti meriahkan? tahun ini, aku beraya secara sederhana tapi tetap meriah.. malam raya aku akan pulang ke kampung mak di batu pahat, johor. raya kedua baru pulang ke rumah.. raya di johor tahun ini pastinya akan dirundung kesedihan la sbb arwah pak long aku baru je pergi meninggalkan kami sekeluarga.. keluarga sebelah ayah pun sama.. arwah pakcik dan sepupu ku juga telah meninggalkan kami buat selamanya.. aku kehilangan 3 saudara untuk tahun ini..

memandangkan ramadhan sudah sampai hampir sampai ke penghujungnya, syawal pula semakin menjelma.. aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maar zahin dan batin sekiranya aku ada melakukan kesalahan dan kesilapan semasa berblogging nie kan.. kot2 la ayat berbisa ke, terumpat terkeji dan buat sesiapa terasa dgn posting-posting kat blog nie.. (rasanya xde la aku ngumpat2 owg kat blog aku nie.. hehe...aku lebih suka cerita pasal diri aku or share info je kat cni.. hehe)...al maklumlah, semua orang melakukan kesilapan kan? hehe..

ok lah, raya-raya jugak ye rakan-rakan.. kesihatan dan keselamatan haruslah dijaga.. jangan lah korang sental semua makanan yang ada sebagai membalas dendam kerana perlu berlapar dan berhaus selama sebulan.. hehe.. jangan main meriam.. bahaya.. kang xpasal-pasal lepas beraya, korang kehilangan jari dan anggota badan yang lain.. sayangilah badan-badan anda sbb anggota badan anda bukan boleh diganti macam spare part kereta.. begitu juga dengan nyawa korang tu.. hehe..

akhir kata dari aku, beraya tu memang berayalah.. tapi beringatlah juga ye..
selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin...


karutan si tukang karut,




Selasa, 7 September 2010

kerja yang berlambak~

1. proposal tesis!!!

2. carik company, organization, or etc yang aku boleh wat latihan industri (LI)

3. assignment psikologi industri dan organisasi (my recruitment and selection)


4. pameran poster psikologi industri dan organisasi

5. assignment psikologi kesihatan- 6 members- stress.. dah submit dah.. lega hati aku


6. assignment psikologi kesihatan- 10 members-xingt tajuk sbb aku xstart pape lagi.. diowg pon sebuk kumpul data.. aku still leyh rilek sbb diowg xbis kumpul data lagi..hoho~aku kena wat bab 4 weyh.. hohoiii hoii~

7. group assignment pilihan bebas (PB)- kelompok dan budaya minoriti.. tajuk: orang asli australia..seriously aku xminat subjek nie.. hmm..

8. individual assignment kelompok dan budaya minoriti- tajuk xpikir lagi.. ingt nak wat pasal wanita sebagai minoriti..

9.group assignment analisis masalah dan pembuatan keputusan- nana kata nak wat tajuk sal pemikiran kritikal.. aku on je.. xkesah pon cik nonot.. hee

10. individual assignment analisis masalah dan pembuatan keputusan- jurnal review.. 4 jurnal tu weyh.. sakit hotak den! huh!

11. subjek wajib universiti tahun 3... tajuk.. tingkah laku seksualiti remaja.. tajuk je pon dah kontrobersi dah.. aku bg kat responden umo 13-15 tahun, tercengang diowg tnye sal seks2 nie.. haha... ait, banyak benda nak wat.. report n refleksi  lagi.. aishhh~

12. group assignment psikologi bilazim- tajuk: kecelaruan makan dan kecelaruan tidur.. (on progress lagi mende nie.. pening pale aku..ishk2)- in progress..


13. group assignment prinsip bimbingan dan kaunseling- tajuk: field work and my counselling center.. (nie mmg lum start pape lagi.. hadoii..)

14. mid sem exam psikologi bilazim (alhamdulillah dah settle dah mende nie)

15. mid sem exam analisis masalah dan pembuatan keputusan (lopeh ghayo.. aittt.. mencik!)

16. presentation psikologi bilazim

17. presentation budaya dan kelompok minoriti

banyak gler keje nie.. hmm... cane la nie?? study mmg xde la kan.. tgu study week je.. but, feel sorry to myself, this semester, no study week!! wtf (what the fish)

collapse for 30 minutes!!
haha~



karutan si tukang karut,





Ahad, 5 September 2010

berbuka puasa bersama geng-geng kuat gelak!! :D

lokasi kejadian: singgalang indah, hentian kajang
hari/tarikh: khamis/3 september 2010


pada 3 september 2010 bersamaan hari khamis tu... nana, jeje, farah sudah plan mahu berbuka puasa bersama-sama.. dan kitorang turut mengajak si bak ang aka nazri tu untuk follow sekali.. bukan ape, nak mtk jadi driver ktowg nie semua ha.. haha.. tp sungguh malang nasib beliau kerana tidak dapat join sekali sebab ada friendly match katanya.. (and benda nie wat nana and jeje berasap je dgn die..haha)... 
mula2 dah xjadi dah nak g bukak pose same2 nie... tp cik jeje telah berjaya mengajak si dayang join sekali dan sekaligus nazri tidak diperlukan sama sekali... dan hasilnya, kami dapat berbuka bersama-sama.. hee..
nak dijadikan kisah, sebenarnya, ktowg nie bercadang nak berbuka kat village view kat jalan reko je.. tapi alangkah malangnye nasib  kami.. dah la bak ang tu wat perangai ramah-tamah beliau kerana pura-pura mahu join sekaki.. tup2, beliau kt ade friendly match.. haa.. ape lagi, berasap2 la pale cik jeje and nonot kami tu~ hehe.. (ditambah dgn kepale berasap2 sbb si bak ang xmo anta tajuk asgnmt kat prof shara ktowg...seb bek la mereka tidak berpadu tenaga untuk menjalankan misi mengebom si bak ang itu..haha).. di tambah pula dgn village view yang sudah penuh..haishh.. mencabar tahap kesabaran je semuanya hari tu..hehe... disebelah kanan anda skunk nie adalah cik dayang aka driver kehormat hari itu.. :)
kami meneruskan perjalanan mencari tempat berbuka... dan bercadang mahu berbuka di village view bangi.. tp alangkah meroyannye hati kami, sekali cik farah call nak reservation, mereka kata, ''maaf la kak, kerusi xcukup''...haha,.. berderailah ketawa kami.. apa lagi~ nama pon geng kuat gelak.. haha.. ape xgelaknye, kerusi xcukup, meja cukup pulak la kan... (aku tataw la kowg rase nie kelakar ke x..huhu)


akhirnya,cik nonot cadang supaya berbuka di singgalang je.. kami tunggu kak long and ayu untuk join sekali... then terus la kami ke sana...so, kami pun pergi la sana..negegege~ macam2 juadah yang diorder oleh kami.. nie la wajah2 ceria yang duk sebok tgu lauk pauk datang..hehe

antaranya juadah yg kami order ialah  tomyam campur, kailan ikan masin, kerabu mangga, ayam goreng halia, kangkung goreng biasa, ikan siakap 3 rasa, dll.. perghh, selera cm dinasour dah memasing..hahaha...



kami diimamkan oleh ustazah nur 'afifah bt shamsuddin aka cik nonot~ (gmbr ini adalah hiasan semata-mata..haha)...tgklah tu.. muke memasing excited utk cepat2 bace doa~
p/s: dan.. kami pon snapping2 gambo~kewajiban tu..ngee~hehe...


nie muke cm xsuke nak makan.. tp kan, actually ini hanya lakonan semata-mata.. kami sangat teruja.. lapau tgk nasik weyh~haha
tu je la nak cerita.. sekian terima kasih~

p/s: nonot, jeje, farah, ayu, kak long, dayang..sonok keluar ary tu.. :)



karutan si tukang karut,