aku pernah 3 kali dah bekerja sebagai cashier. (termasuk yang terbaru ini..)...aku pernah memperolehi pengalaman bekerja sebanyak 5 kali...
kali pertama aku bekerja,lepas habis menduduki peperiksaan SPM, aku pernah bekerja sebagai waitress kat restoren. serius penat sebab dah la restoren tu ramai customer. gaji plak nak dekat RM800 la.. cm xberbaloi pon sbb penat gler.. so memang asyik berjalan dan xdapat rehat la..paling sakit hati dan rase nak hadiahkan plengkik versi pink ku kepada manusia-manusia bernama lelaki yang gatal la..itu paling aku benci..sangat benci!!.. paling teruk, aku pernah mengalami peristiwa yang menakutkan la.. aku diikuti oleh seorang lelaki yang gatal sehingga di KTM labu.. serius nak nangis dah time tu.. alhamdulillah, Allah SWT melindungi aku.dah la masa aku sampai KTM tu, KTM gelap gelita sbb aku balik kerja malam dan bekalan elektrik terputus.adik aku dah ada kat situ. huh, serius rasa sangat gerun ala2 drama tv..mengalir adrenalin ku dengan deras. mencabar sungguh.. mak aku memang teramat risaulah dengan keselamatan aku.. aku pernah diekori oleh lelaki tua juga tau.. lebih kurang sama je dgn peristiwa tadi ini.tapi dia ikut kejap je.. masa aku tengah kerja pun ramai je kacau.. aku rasa cm nak cekik2 je diorg tu.. sibuk je.. aku siyes sangat anti sama manusia-manusia gatal.. rasa nak lempang je.. aku nak lalu pon segan dow.. paling anti kalau dah tua tapi xsedar diri.. leh lak mintak no fon dgn aku.. nak wat apa lak kan? xkan nak kenen aku dgn anak dia yang entah2 sebaya or lebih tua dari aku??.. dia membahasakan diri sebagai abang dgn aku.. macam nie la ayat die yang leh wat telinga aku bernanah utk mendengarnya, "adik, adik ada no fon x?abang nak boleh?"... abang, hangguk mu la!! jerit hatiku yang berasa geli geliman.. aku selamba badak je jawab, "saya xde fon. public fon ade..pakcik nak?" kejam x aku?huhu.. sorry la, aku mmg xske nak kurang ajar..tapi sepatutnya diorg tu sedar la diowg tu sebaya dgn ayah aku atau lebih tua.. ada ke patut membahasakan diri sebagai "ABANG"?? nasib baik aku xmuntah darah kat situ..huhu..aishh...
2nd time aku kerja kat kilang sebagai cashier kat kantin kilang tu... aku sakit aty sbb kena tuduh songlap duit.. ingt muka penyangak ke pe aku nie? aku nie ayah aku ajar elok-elok, beri didikan yang mencukupi buat aku.. so aku rasa aku xkan buat benda yang boleh menconteng arang kat muka keluarga aku. semoga apa yang ayah dan mak aku ajar akan terus menjadi pegangan dan ingatan utk aku sentiasa beringat akan setiap kebaikan dan keburukan yang aku buat. so aku harap manusia yang menuduh aku tu sedarlah akan kesilapan yang dibuat kat aku.. fitnah aku tu kan.. aku pon xtaw la apa niat dia..huhu.. tapi aku terimalah apa dia wat sebab nie la asam garam hidup kan?bukan semuanya akan manis je. pasti ada dugaan punya.. dah memang lumrah hidup akan berlaku sesuatu yang menguji aku.. tuduhan itu dibuat dan aku dengar masa aku dah berhenti kerja sbb nak masuk form 6.gaji dah la kecik. pas tu kowg tuduh aku macam2.. sian aku...huhu...errmmm...manusia oh manusia..tp kan besh keje kat kilang ni sbb dapat cuci mata tgk mamat2 jepun handsome2..wakakaka...(sat lg klu mr jim2 tgk,abis la aku..hihi)... dan aku leyh blaja bahasa jepun.. ada uncle jepun sowg tu siap hadiah kan buku belajar bahasa jepun kat aku..tp syg nya buku tu dah hilang dan diambil oleh mmber aku..huhu.. chumel woo uncle tu..dia dah berkahwin dgn org india kita nie ha.. dah tu suka sangat makan sambal belacan... tu belom pekena budu or cencaluk..kalau x, siyes dia ketagih kot..wahahaha...
pengalaman ketiga pulak aku bekerja kat highway masa cuti sem lepas. kat rumah rehat dan rawat seremban-kl.. huh, kerja kat situ seronok.. ramai member..aku kerja shift malam.. gaji lak RM1200 sebulan..mencabar sikit nak g kerja.. sebab kena lalu ladang sawit malam2 dalam pukul 11.. dah la seram kena lalu kawasan kilang yang dah terbiar lame tu.. dah la macam2 peristiwa seram budak2 nie cerita, bahaya pon ye...ye la, tempat tu sunyi..huhu.. aku kerja dgn adek aku n kawan dia. seronok gak sbb kitowg sekepala.. dak2 kedai sebelah pon ok..tp oleh kerana aku kerja malam, kebanyakan dak2 yg kerja tu lelaki la.. tp ok la, xde la diowg tu menyakitkan aty aku pon.just boss aku je xbesh.. dah la cerewet.pas tu suka2 hati je nak paksa2 owg.. hangin gak kepala aku nie... banyak songeh plak..adoiyaii..pas tu, ada dua orang makcik yang merupakan mak kepada kawan adik aku dan kawan kitorang si haris tu kerja situ gak.. paling aku xsangka, sanggup dia tuduh kitorg mencuri sbb dia dengki gaji kitorg lagi beso dari dia.. dah tua2 pon wat perangai cm tu.. depan baik je, belakang dia fitnah.. padahal, lepas xlama aku berhenti kerja sbb cuti nak abis, makcik-makcik tu kantoi sbb mencuri duit kat tempat cashier. hamek ko.. dah tua2 menipu..xsedar diri langsung! dah la tuduh2 kitorg macam2.. rugi aku xde...kalau x hamek ko mulut longkang aku...aku nie maybe korg tgk baik dan lembut je...tp bila aku ngamok, rasakan ko penangan mulut aku nie lagi bisa kot... geram tul aku..member aku dan adek aku merasa la maki hamun makcik tu... cisss, xpuas hati betul.. dah la dia try nak beri rasuah kat mmber adek aku sbb dia yang nampak makcik2 tu mengorek mesin duit tu.. padan muka la weyh!!.. allah tu nak tunjuk kebenaran dan doa aku dimakbulkan utk membersihkan balik nama aku yang kowg kotorkan weyh.. kowg aniaya aku utk isi tembolok kowg..padan muka kowg!! taik sungguh la kowg nie..geram aku!!nak je aku luku kepala sowg2..ishk2! tp mcm aku ckp td, tu la kerenah manusia.. so, nak xnak aku kena berhadapan dgn manusia macam tu.. aku harap diowg insaf.. nasib diowg baik sbb boss aku kesian nak g report polis..huhu...
pengalaman kerja aku yang keempat, aku bekerja sambilan kat ukm nie jugak. kat kedai fotostat dgn member aku, farah. kat sini aku seronok la.. brader2 tu sume ok.. xtension sangat la kerja kat sini.tension sbb kadang2 tu mesin tu suka wat hal time ktowg.. tangan kena hammer la.. kena stapler la..dah la gaji beso! rm4 satu jam.. dah la ary tu diowg double kan gaji aku n farah masa nak cuti hari tu.. seronok sgt... aku plak penah la jadik cm pomen sbb mesin tu tbe2 sedut kertas tu..aku lak xreti cane nak kuakan..rupanya senang je..just tarik ikot roll bawah dia.wakakaka...pas tu get new experience cane nak guna mesin2 cm binding machine, cane nak wat tape binding, cane nak handle mesin fotostat, lagipon aku juz keje utk masa 3 jam pada hari jumaat mulai 12 tghari hingga 3 ptg utk ganti diowg yg perlu menunaikan kewajipan diowg utk bersolat jumaat dan makan.. dah la double..siyes aku rasa cm seronok gler keje situ..hihi..
tu la pengalaman kerja aku.. ada pahit, ada jugak la yang manis..tapi bagi aku, pengalaman ini banyak mendewasakan aku n ajar aku yang sebenarnye manusia tu xsemuanya bertujuan baik dgn kita.. aku nie sebelum kerja dulu, asyik berfikiran yang manusia ini sentiasa xsampai hati utk lakukan kejahatan dan menganiaya orang lain.tapi aku silap.. bekerja nie membuka mata aku tentang manusia dan kehidupan sekeliling aku.. so ia buat aku berhati-hati.. sbb tu kan seronok sebenarnye belajar tingkah laku manusia nie..wat aku tertanya2 asal la ada orang yang tiba-tiba hilang kemanusiaan dan kewarasan serta sanggup makan kawan, menganiaya manusia lain utk kepentingan mereka sendiri sedangkan mereka tahu perbuatan mereka salah. semoga aku pon sentiasa beringat yang setiap kejahatan tu pasti akan dibalas dgn kejahatan, kebaikan pula akan sentiasa menang. so aku harap aku akan sentiasa pilih kebaikan.. semoga aku ingt yg mana baik, buruk, mana satu aku kena buat dan semoga aku sentiasa beringat..semoga aku dapat melakukan pekerjaan aku dgn ikhlas dan menjalankan tanggungjawab dgn baik.. semoga rezeki aku diberkati...amin...huhu..
karutan si tukang karut,
karutan si tukang karut,
8 ulasan:
hee~ jage diri elok2 ea~ x)
baik!!!!
tlg doakan sy
:)
belanja aku kfc lpas nih - kugiran
heee
aku belanje makan angin je xbole ke?
wakakakaka
belanja aku sekali ek
wakakakaka
saje nak menyemak..terasa chumel bile mengomen.. =)
ok bakri
naty aku belanja makan angin
hik2
(sila nganga mulut luas2..haha)
joe, thanks kerana men'chumel'kan diri utk komen disini
hihi
kak.nk tye,keje dkt station myk ade tmpt solat x?
Catat Ulasan