ary tu mase klas tutor psikologi sosial,
aku blajo sal senyuman palsu n senyuman tulen
rasa menyeronokkan pulak..
siap kena teka lg yang mana senyuman palsu dan senyuman tulen..
klu korang rase teringin nak tahu macam mana nak bezakan senyuman palsu dan tulen nie,
silakan la baca ye.. (:
menurut Ekman & Friesen 1982
senyuman tulen melibatkan:
- otot major zygomaticus yang menarik bahagian tepi bibir ke atas
dan
-kontraksi otot orbicularis oculi di sekeliling mata
ini menyebabkan :
*kedutan teradiasi di sisi luar tepi mata
*pipi meninggi
*fissure mata (bhgn hujung mata) menjadi sempit
senyuman tulen adalan bersifat involuntary
menurut ekman n friesen juga,
senyuman palsu
tidak menyebabkan pipi meninggi
dan tidak menyebabkan kedutan pada tepi mata..
senyuman palsu
kelihatan:
lebih deliberate, lebih sopan, dan mask (menutup) perasaan sebenar
teknik untuk senyum
1)fikir perkara yang menggembirakan
2)berfikir secara optimis
3)ingt bahawa rasa marah atau sedih akan menyebabkan lebih emosi negatif
4)sedar apa yang sedang anda fikirkan
5)enjoy apa sahaja yang dilakukan
6)ingt kembali perkara gembira di masa lalu, org yang disayangi atau perkara gembira yang terjadi
7)senyum kepada org lain akan menyebabkan org tersebut tersenyum kembali
8)paksa diri untuk senyum wpon kepada orang yang tidak disukai
fake smiles
genuine smiles
p.s: lepas nie korang dapat la teka kan which one senyuman kawan2 or orang disekeliling korang yang palsu, dan senyuman mane yang tulen dan ikhlas~ (;
Tiada ulasan:
Catat Ulasan