tetamu VVIP

Rabu, 29 Disember 2010

azam tahun baru aku..

memandangkan tahun 2010 sudah sampai ke penghujungnya, aku pon rasa cm nak cerita pasal azam aku sempena tahun baru nie.. actually sejak bermulanya tahun baru islam hari tu aka maal hijrah hari tu pun aku dah mula set azam baru aku... ye la, siapa yang xnak berubah menjadi yang lebih baik kan? so aku pun xkecuali la.. bukan aku nak tunjuk bagus seolah hidup aku bertujuan ke ape.. just aku rasa blog nie adalah tempat dan medium yang selamat untuk aku bercerita la.. hee.. dan tujuan aku post kat blog nie mengenai azam aku nie sebagai satu cara untuk membuat penambahbaikan pada diri aku dan membuang sikap2 yang sememangnya tidak patut ada la dalam diri aku nie.. kita manusia nie kan selalu buat silap. so, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mengubah diri kita ke arah kebaikan.. kadang2 kita nie terlalai dan tersasar dari apa yang kita patut lakukan.. ceewah.. kemain aku berceloteh kan? ala2 ahli motivasi gitew.. d:

ok, berbalik kepada azam aku la kan, nie la antara azam-azam aku yang aku dah tentukan dan aku cuba untuk capai.. hee..

1. akan mencuba melakukan yang terbaik untuk tesis aku..

2. cuba untuk mendapatkan keputusan yang terbaik untuk final exam semester ini.. almaklom la, nie semester akhir aku di ukm nie.. harapan aku, supaya aku dapat memegang scroll ijazah sarjanamuda (dengan kepujian) psikologi aku bersama rakan2 sekelas yang lain.. (xsabar nak konvo).. semoga aku berjaya.. amin (:

3. akan cuba menjaga pengambilan makanan aku dgn lebih baik.. sebab aku adalah org yang selalu tidak mengamalkan sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam mengikut waktu.. dan kesannya, sekarang, aku langsung tidak dapat menahan lapar dan akan mengalami sakit perut yang agak dahsyat.. (gastrik kah aku? huhu)

4. cuba xnak tidur terlalu lewat sebab kesihatan aku agak terganggu.. (gedik kan statement nie.. huhu)

5. cuba perbaiki hubungan aku dgn semua org.. dengan kengkawan ke, sedaremare ke, keluarga ke, dll.. walaupun aku xpasti aku ade masalah tak.. hee (:

6. xmo main2 sangat sem nie.. haha.. agak2 cm susah sket la.. d: tp, aku cube yang terbaik.. hihi

7. nak lebih berjaya dalam bisnes aku.. hee..

wat masa nie, tu la dulu.. nty aku pk lagi.. teehee..

2 ulasan:

sikuat berkata...

Semoga berjaya awak! (versi skema)


comei bukan sya? Hahahaha.. Peace

anabella momoque berkata...

thanks dearie~ happy new year.. :D
semoga impian awak menjadi kenyataan juga sayang.. (;

chomel sgt! xpayah ckp pn dah taw.. d: