Hi korang. yang islam, gua bagi salam. "assalamualaikum WBT"
lama dah gua tak update entry nie. genap setahun. kalau kahwin, dapat anak sorang la. masalahnya, gua tak kahwin lagi. bahaha.
ada juga kengkawan gua duk tanya. bila nak update entry. gua hanya mampu bagi jawapan paling tipikal sekali, "tunggulah gua dapat hidayah", atau "gua busy la. sibuk bekerja". :P
anywhere, gua tengah curi masa update entry kat office nie. maafkan saya boss. huu. ini cara saya menangani stress. kahkah. adoi.
gua kat rumah sekarang nie mati kutu takde internet. beli broadband? tengok la cemana. gua malas nak tambah bebanan kat bahu gua nie. :P nasib baik ada insan yang baik hati nak sedekahkan blackberry bold 2 kat gua. terima kasih. gua sayang lu. :P
ok la. gua malas nak berceloteh banyak. update entry setakat nak cukupkan syarat. nanti gua rajin, gua update lagi. gua sayang lu org yg baca entry gua. so gua ckp terima kasih sebab baca jugak. bahaha.
sekian, terima kasih.
yang benar tapi kadang2 terpaksa tipu sunat,
Anabella Momoque (bukan nama sebenar)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan