tetamu VVIP

Sabtu, 28 Ogos 2010

sambutan birthday saya yang ke-22



assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, lame dah aku x update blog aku nie.. aku teramat busy sekarang nie dalam macam-macam perkara.. sibuk dengan pelajaran.. sibuk dalam life aku.. sibuk dengan bisnes aku jugak.. hee.. kembali kepada tajuk asal aku nie.. aku nak ceritakan mengenai sambutan hari jadi aku yang ke-22 pada 21 ogos yang lepas.

dah 22 tahun dah umur aku.. macam tak percaya juga lah kan sebab sekarang aku dah semakin melangkah masuk ke alam dewasa awal.. hee.. mak, ayah, terima kasih kerana sudah membesarkan anakmu ini sehingga dah besar ini dah anak mak ayah nie.. (walaupun secara luarannya, daripada saiz fizikal aku ini, nampak aku lebih muda daripada umur aku.. hahaha.. but, it's ok.. i'm fine with it.. bak kata kawan-kawan aku, even ini adalah kekurangan yang ada pada aku, aku comel.. haha.. chumey la sangat weyhh~ :)) besar pengorbanan mak dan ayah dalam membesarkan anakmu ini.. saya sayang mak dan ayah saya.. ^^ <3 <3

teringat pula masa kecil-kecil dulu, aku sangat ingin cepat membesar dan memasuki alam dewasa.. tapi, bila dah dewasa, terasa teringin kembali ke alam kanak-kanak yang sememangnya semua orang tahu.. alam kehidupan yang amat menggembirakan kan? :) kenapa nak masuk alam kanak-kanak kembali.. macam yang selalu aku dengar daripada kebanyakan lontaran pendapat la kan.. '' zaman kanak-kanak, kita tak perlu fikirkan banyak perkara.. jatuh bangun saham kita tak payah susah-susah memikirkannya.. harga minyak, gula dan barang keperluan lain naik bukan ada sangkut paut dengan fikiran kita''.. itu bagi yang dah berkahwin la kott.. hee.. bagi aku pula, aku sangat ingin mengulang semua perkara-perkara yang menggembirakan dalam zaman yang aku dah tinggalkan tu.. lagipun, jadi kanak-kanak yang comel sememangnya menggembirakan kan kerana semua orang suka.. hihi.. kalau dah besar-besar macam sekarang ini, bukan semua orang akan suka akan diri kita.. lagi la kalau wujud perasaan hasad dan dengki kan? hee..

tahun ini, sambutan hari lahir aku tanpa di mak, ayah, adik-adik aku.. aku rasa sangat berbeza dari tahun yang lepas.. sedih? sedih la jugak.. aku dah biasa sambut birthday aku dengan family.. even la tiada sambutan sebesar mana.. tapi aku seronok dekat dengan family aku.. hurmm.. nangis? nangis la jugak.. depan mr jimjim aku tu.. second time aku nangis depan dia.. selama ini, susah dia nak tengok air mata aku.. :)

sambutan hari lahir aku tahun ini turut berbeza sebab aku ada seseorang yang istimewa dalam hidup aku la.. dia seorang kawan ( bestfriend tu), seorang abang, seorang yang aku sayang la kan.. (of course la..haha..) dan dia merupakan seorang 'special boyfriend' .. (mmg la.. xkan la special boyfriend nak ada 3 4 5 orang kot... haha).. tahun ini first time la aku sambut birthday aku dengan bertemankan boyfriend nie.. sebelum ini tidak ada ye.. haha.. happy sangat dapat sambut birthday bersama beliau.. beliau belikan aku sepotong kek daripada secret recipe (sambut berdua je.. so xpayah kek besar2.. membazir.. hee), dan makan di KFC kat times square.. ktorang g tengok wayang, g jalan-jalan di sekitar pavillion and times square.. and tempat pertama ktowg tuju, mesti la extreme.. mahu tengok koleksi terbaru fall 2010 daripada macbeth.. wee.. seronok sangat. terima kasih ye jimjim kerana menggembirakan saya hari itu.. ^^v

ok la.. tu je la coretan aku .. aku penat dah nie.. nak g sambung wat assignment yang berlambak-lambak ini.. bubye.. :)


ini lah BIRTHDAY GIRL tu.. dah 22 dah umur dia..
:)

karutan si tukang karut,




Tiada ulasan: