tetamu VVIP

Sabtu, 7 Ogos 2010

ada makhluk menumpang kat bilik sepanjang ketiadaan aku..

pada sabtu lepas, aku balik rumah.. then hari sabtu ada majlis pertunangan abang sepupu aku kat nilai.. n tolong hantar rombongan meminang ke rumah pihak perempuan.. dekat je.. kat labu je pon.. hee.. so sampai je aku ke ktm nilai, adik aku si halim tu jemput, then terus g umah makcik aku.. tup2 kena tolong bawak barang hantaran.. first time la pulak tu tlg hantar rombongan meminang.. hahaha....

then petang tu aku plan nak balik ukm sbb ary isnin xde kelas.. tp mase aku tgh bersiap, aku dikejutkan dengan khabar yang sungguh menyedihkan dan menyayat hati di atas pemergian adik sepupu aku, darul adzmey yang  telah kembali ke rahmatullah pada 2 ogos 2010.. (semoga allah swt mencucuri rahmat ke atas ruh allahyarham..)...so aku xjadi balik...

hari selasa pulak ada majlis tahlil utk allahyarham..so mmg aku xbalik la.. dan kesedihan masih menyelubungi kami sekeluarga.. and sampai skunk pon still merasai pemergian beliau..huhu...

so, aku balik ukm hari rabu...dalam kul 9 pagi aku bertolak dari rumah.. sampai ukm dalam kul 11 lebih.. sampai je kat bilik, masa aku bukak je pintu bilik aku, aku ternampak ada sesuatu lembaga kecil yang berlari.. tapi xjelas sangat sbb bilik aku gelap giler... sape yang duk blok K12F kolej burhanuddin helmi nie mesti taw betapa gelapnye blok nie kalau xbukak lampu.. termasuklah kamar-kamarnya..sbb semestinya xkan nampak la kan lembaga apa yang berlari tu sbb gelap... then makhluk tu masuk bawah katil aku.. then dia senyap je.. aku masuk dalam bilik aku tu, then bukak lampu and letak barang.. kepala otak aku pula ligat berfikir apa yang patut aku buat.. then aku mengambil keputusan utk pergi ke office kolej and maklumkan tentang perkara tersebut.. so orang-orang dr office seperti encik salleh and the geng datang la.. mereka semua masuk bilik aku.. encik salleh lak amek penyapu and jolok2 bawah katil aku.. then, makhluk tu berlari keluar dr bawah katil aku dengan pantasnya.. aku and sorang lagi akak dr opis tu (aku tataw sape nama akak tu..) melompat sambil menjerit ketakutan akibat terlalu terkejut kerana makhluk tu nyaris melanggar kami berdua...RUPA-RUPANYA, makhluk tersebut ialah seekor TUPAI...

entah berapa lama la engkau menginap kat bilik aku semasa ketiadaan aku kan?? xtaw malu betul tupai tu..huhuhu..

p/s: seb bek xlicin bekalan makanan aku ko bedal....
nie pengalaman kedua aku binatang masuk bilik aku selepas peristiwa di blok K10H-106.. asal makhluk2 nie ske na serang bilik aku? ishk2


 nie la makhluk tu... chumel je kan? seb bek makhluk yang chumel.. kalau makhluk yang ganas cane?
ishk~



karutan si tukang karut,



4 ulasan:

N U R U L berkata...

haha..nasib baik tupai..kalau monyet ukm yang banyak tue serbu masuk camne?? hahaa..boleh pengsan kat situ jugak..heeee...~ ;p

Fiza Amran berkata...

nasib baik tupai,,,

Blogger berkata...

salam.
suruh tupai tu nyanyi boleh beat chipmunk.

momoQue berkata...

berys: hahaha~ tu la pasal.. abis la.. haha~

pearl n scarf: hihi.. tu la..kaget saye dibuatnye.. hark3

ben: wsalam.. tu la.. leyh wat band la lepas tu.. :P