tetamu VVIP

Jumaat, 7 September 2012

produk penjagaan kulit dari farmasi


Assalamuailaikum WBT.

memandangkan aku sekarang nie ada masalah besar iaitu masalah kulit sensitif dan gigi sensitif. gua gagahkan diri jejak Caring Pharmacy kat Taman Segar Perdana, Cheras. haritu gua pergi Guardian Pharmacy,Leisure Mall Cheras. tapi tak banyak pilihan untuk produk Cetaphil nie.

meh aku kasi share sikit kenapa aku sanggup menjejaki product-product nie dan apa advantages guna product nie..

1. Rosken Dry Skin Cream.
masalah kulit kering gua boleh dikatakan sangat serius juga la. mungkin disebabkan oleh tabiat penjagaan kesihatan dan pemakanan gua yang main sental dan pakai jumpa je. :P gua terpaksa buat pengakuan jujur lagi ikhlas yang sememangnya gua tersangatlah kurang minum jus langit (sky juice), makan sayur atau buah (tapi nasib baik suka makan ulam. tapi tu pun terhad kepada beberapa jenis ulam), persekitaran gua yang tak berapa nak sihat (air cond pon boleh buat kulit kering juga). oleh itu, gua terpaksalah spend more money utk kulit gua yang xberapa nak cantik nie. so kpd yang kulit dah mulus tu, silalah bersyukur. takpayah nak keluar duit bebanyak kan? haih. *facepalm* .. produk nie memang bagus la. utk tumit pecah dan kering, kulit mengelupas, etc. even scar atau parut kenang-kenangan masa kecik2 dlu pon semakin faded la. *tu la kecik2 dlu nakal sangat.*... dah besar nie pun banyak gak parut sebab ganas. kadang2 kuku aku sendiri boleh mencederakan tuan. *facepalm sekali lagi*.. jangan tak tahu, produk nie jgk boleh dipakai pada muka. tapi gua xsuka nak sapu kat muka sebab jap lagi habis muka gua melekit2. eeeyucks. gua memang sarankan korang guna produk nie. harga pun boleh tahan la. RM 39.90. *kalau xsilap gua.*

2. Cetaphil Gentle Cleanser
haa. kalau korang ada masalah jerawat, berminyak, kulit sensitif, gua memang syorkan sangat produk nie. gua tau pasal produk nie pun sebab gua baca review kat internet. terima kasih mr google. :P produk nie soap-free. so jgn menangis pulak bila pakai,takde keluar buih. bahahaha. cara nak guna pun teramatlah user-friendly. lu org boleh guna dengan air atau tanpa gunakan air. so, korang boleh 'cuci' muka korang even korang tengah menaip entry kat blog, dalam LRT mahupun tengah masak kat dapur. *tang masak kat dapur tu osah menipu ea. haha*... cara penggunaan, apply sikit kat muka. tak payah basahkan muka dulu ea. lepastu, sental2 sikit muka korang biar keluar keladak, daki2, kotoran2, dan lain2 partikel halus kat muka korang tu. sebab gua sedia maklum bahawa dinasour memang xmuat kalau nak menginap kat muka korang. :P ok, after korang dah rub permukaan korang, bolehlah dibilas dengan menggunakan air. tapi kalau taknak bilas, korang boleh lap muka korang dengan soft cloth, cotton pad mahupun tisu. tapi gua syorkan malah berasa adalah wajib guna air kalau korang kat rumah. tlg jangan malas sangat. sepak pungggung tu kang tau la. bahaha. :P kesan positif dia gua nampak sehari selepas menggunakan produk nie. pantaskan? mula2 gua takut gua je syok sendiri rasa mcm tu. ye la, sometimes kesan placebo memainkan peranan. *sila google sendiri kalau xpaham kesan placebo. malas nak explain. sepak punggung sendiri sebab malas. haha*. tapi gua rasa ada org nampak kesan positif yang sama. sebab gua mendapat pujian dari encik ejazul. *siapa dia? entah. barangkali pakcik jual eskrem. :P* dia kata kulit gua ada perubahan sikit. gua rasa sebab jerawat gua yang besau2 tu hilang sama sekali. bye bye jerawat. ihateyou. :P takpercaya? silalah try. gua kasi 10.5 bintang dari 10. :P

3. Soothing Toner by Garden Of Eden
gua beli produk nie tanpa ada rekemen dari sesiapa mahupun membaca review. gua pakai beli je sebab gua tengok produk nie guna sumber semulajadi. ada extract dari tumbuh2an. so gua rasa selamat. yg penting, alcohol free. xde alkohol. so, kalau korang nak try minum, silalah sebab tak memabukkan.  :P tapi gua rasa xpayah la. baik pergi minum air milo or kopi cap kapal api. :P toner nie best sbb bau dia bau herba. so, gua siap cium2 botol nie sensorang dlm bilik serupa orang gila.. takpelah, peduli apa, gua beli pakai duit gua. :P toner nie fungsi dia utk mengecilkan pori2 selepas pori2 korang terbukak masa cuci muka. so, bolehlah pakai after lepas cuci muka. actually gua nak pakai toner cetaphil jugak. tapi kat farmasi tu xde pulak. susah jgk ea nak cari produk cetaphil nie sbnrnya. tak susah kot. tapi maybe dah abis. hah, lantak pi la. sebab after guna produk nie, gua puas hati. nanti gua nak try cream, moisturizer etc utk jenama nie pulak. tapi tgu la gua baca review dlu. nanti kang, dah elok sembuh jerawat gua, naik jerawat batu pulak. :( utk toner nie, gua bagi 10 per 10 bintang kelip2. eh.

4. Total Image Collagen Plus
nie makcik gua yg syorkan. actually gua nak try sheep placenta by cell labs. sebab kalau tengok review, ramai gila syorkan. tapi total image nie tak kurang hebatnya juga. makcik gua adalah pengguna tetap produk nie. walaupun dia dah berumur 40++ tapi kulit dia boleh dikatakan cantik lagi. takde banyak kedut pun. dia syorkan gua makan, sebab dia kata dia nampak muka gua macam ada garisan halus. *wrinkles? uwaa. xmo*.. lagipun dia kata pori or liang roma gua besar2. tapi kena admit kolagen kulit gua makin berkurangan. sebab tabiat pemakanan kot. gua pernah check paras kolagen gua. then orang tu kata, kolagen gua nie berkurangan. so, dia suruh gua jaga tabiat pemakanan. kan dah ckp. huu.. so gua decide nak ikut ckp makcik gua. ambik produk nie sbg supplemen tambahan. ada dua jenis. satu kaler pink. satu kaler oren. tapi yang oren nie, ada vitamin C & E. so gua decide beli yang oren nie sebab dah jimat . sebabnya takpayah beli vitamin C&E dah. vitamin C & E nie memang vitamin utk kulit. :) lagipun perbezaan harga dia cuma RM4 dengan yang kaler pink tu. *tapi gua suka warna pink sbb warna pink adalah favourite kaler gua. :P* tapi kan, gua ada masalah sikit nak telan tablet dia. kemain besar godang gedabak. tercekik je kalau nak makan. adoii. so sediakan air yg banyak utk telan. kang tercekik pulak. :P

5. Sensodyne toothpaste (fresh impact flavoured)
ini gua malas nak review banyak la. gua pakai sebab gua ada masalah gigi sensitif. milu yang amat kalau kat tempat sejuk. dah la opis gua nie sejuk mcm rumah mayat. menderita gua. tu belum duduk dalam peti ais bergerak (Bus Rapid T405) lagi tu. bapakkan sakit gigi den. huhu. menusuk2 ke saraf. brrr. gua pakai perisa yang biru nie sebab gua suka rasa berangin.yang original tu rasa macam tak gosok gigi je. plain sangat. adeh.

ok la. gua rasa gua nak mengundurkan diri dulu la. sebab jari gua nie dah letih. otak gua pon duk pikir nak mentedarah je nie.

nasihat gua, sebelum beli apa2 produk, silalah :


1. minta pendapat dari orang2 yang lebih arif macam pharmacist, dermatologist, doctor dll.

2. sila baca review dari laman web dari sumber yang boleh dipercayai. boleh jugak baca testimoni pengguna. kadang2 gua tengok kat forum sebab ramai forumer yang suka cerita pengalaman menggunakan produk.

3. tengok orang2 yang dah berpengalaman menggunakan produk. tapi tak boleh dipercayai 100% sebab setiap orang, lain keperluan kulit mereka. ada yang boleh guna produk tu, ada yang tak boleh pula. kalau tak bersesuaian, boleh memudaratkan. malah, membazirkan duit. :(

4. sebelum beli apa2 produk pun, kenalpasti dlu kulit korang jenis macamana. berminyak ke, kering ke, separuh2 ke, kulit sensitif ke sbb kalau korang tak kenalpasti kulit korang jenis macamana, korang tak tau apakah keperluan utk kulit korang. boleh memudaratkan. lebih2 lagi yang menderita kulit sensitif.

5. paling penting, kalau rasa kulit tak boleh adapt dengan produk tu, keluar alahan macam bintik2 ke, become reddish ke, pedih ke, rasa panas ke, melepuh dsbnya, sila berhenti gunakan produk tu. jgn pikir sayang duit. tapi pikir kesannya pada kulit. sakit oit.

untuk tujuan di atas, gua kasi tepek sikit gambar gua. kang kata gua menipu.


ok la, nanti gua celoteh lagi. lapar. nak gi mentedarah dlu. semoga info gua kasi nie boleh kasi manfaat kat lu orang. kalau x, gua say sorry la ye. :P ok la. babai. :D


p/s: sorry gua tak letak gambar muka secara dekat. takde mood nak camwhoring hari nie. :P

yang benar tapi kadang2 pembongak jugak,
 ANABELLA MOMOQUE (bukan spesis hantu)

bersawang atau mungkin usang

Hi korang. yang islam, gua bagi salam. "assalamualaikum WBT"

lama dah gua tak update entry nie. genap setahun. kalau kahwin, dapat anak sorang la. masalahnya, gua tak kahwin lagi. bahaha.

ada juga kengkawan gua duk tanya. bila nak update entry. gua hanya mampu bagi jawapan paling tipikal sekali, "tunggulah gua dapat hidayah", atau "gua busy la. sibuk bekerja". :P

anywhere, gua tengah curi masa update entry kat office nie. maafkan saya boss. huu. ini cara saya menangani stress. kahkah. adoi.

gua kat rumah sekarang nie mati kutu takde internet. beli broadband? tengok la cemana. gua malas nak tambah bebanan kat bahu gua nie. :P nasib baik ada insan yang baik hati nak sedekahkan blackberry bold 2 kat gua. terima kasih. gua sayang lu. :P

ok la. gua malas nak berceloteh banyak. update entry setakat nak cukupkan syarat. nanti gua rajin, gua update lagi. gua sayang lu org yg baca entry gua. so gua ckp terima kasih sebab baca jugak. bahaha.


sekian, terima kasih.

yang benar tapi kadang2 terpaksa tipu sunat,
Anabella Momoque (bukan nama sebenar)