tetamu VVIP

Memaparkan catatan dengan label selamat hari raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label selamat hari raya. Papar semua catatan

Selasa, 14 September 2010

beraya bersama geng-geng labu part 2

semalam 13 september 2010 bersamaan 4 syawal 1431 H.. maknanya hari ini merupakan raya keempat la kan? hehe.. aktiviti aku hari ini adalah sambung beraya dengan geng-geng labu.. tapi kali ini hanya ada intan, nojie, zai, sahida, hadi, khairil dan aku...

yang menjadikan sesi beraya part 2 ktowg nie lagi besh, kebetulan ktowg pakai baju kurung yang sama warna.. PINK wokeyh?? hahahaha~






destinasi ktowg hari ini :
1. rumah zai, (kg tengah, batu 8)
2. rumah sahida, (kg jerengkang darat, bt 13)
3. rumah lulu , (taman gadong jaya) dan
4. rumah akmar (sg ramal baru, kajang)...
**kalau ikot rekod hari ini, rumah akmar la paling jauh kan? hehe~

1. rumah zai
lokasi pertama ktowg hari ini ialah kawan sekelas kami masa di tingkatan 3 putih.. kawan kami semasa sekolah menengah dulu la nie.. hehe.. kami memulakan perjalanan dari rumah aku, selepas nojie menjemput aku. intan dan akmar dah datang ke rumah nojie seawal pukul 11 am dan lepas di rumah nojie..lepas jemput aku, kami meneruskan perjalanan ke rumah zai di kg tengah bt 8, labu.. hehe...kesian beliau terpaksa melayan kerenah kami sedangkan diri beliau tersangat la sibuk merangkap penyambut tetamu di rumah beliau. hehe..



2. rumah sahida
dalam pukul 5pm, kami meneruskan lagi perjalanan kami ke rumah sahida di kg jerengkang hilir bt 13, labu.. beliau sempat menghidangkan kami dengan mee goreng. kesian la sangat kat cik sahida ktowg nie sbb terpaksalah melayan ktowg padahal cik sahida nie baru je sampai dr batu pahat, johor.. wah wah, kemain penat tu kan? hehe... inci hadi mane? beliau terpksa blah dlu sbb kena g open house umah member die~ hohoho~

dari kiri: intan, nojie, aku n akmar


belog aku.. so, wajibun kena ade pixca sendiri! hahaha~

bersame nojie n akmar...hee~

3. rumah lulu
lebih kurang pukul 6 pm, kami bertolak ke rumah lulu di taman gadong jaya.. sampai dua kali ktowg beraya ke rumah lulu.. lulu dah janji nak treat us for dinner.. beliau telah sediakan hidangan yang tersangat la lazat.. lasagna bolognaise dan choco moist cake.. weee~ sedap and terbaek woo.. thanks chef lulu... hark3....

lasagna yang telah 'diselesaikan' oleh kami..hahaha

bersame chef lulu~
:D

4. rumah akmar
lepas waktu maghrib, kami meneruskan perjalanan ke sg.ramal baru, kajang.. destinasi kami seterusnya ialah rumah akmar la..hehe~ first time beraya ke rumah akmar.. mase nie ramai yang join.. nuh, bangcik, n khairil pon ade.. hehe~ 

seronok beraye sakan.. memang la penat yang teramat2, tapi teramat la seronok beraye beramai2~ hehe...

p/s: ktowg xde snap pic pulak kat umah akmar..huhu


karutan si tukang karut,

Isnin, 13 September 2010

beraya bersama geng-geng labu

hari ini 3 syawal 1431 H bersamaan 12 september 2010, aku telah melibatkan diri untuk join konvoi tahun ini bersama geng-geng labu yang boleh dikatakan kebanyakan dan majoriti drp diowg nie semua sama kelas dgn aku since sekolah menengah dlu.. kebanyakan sama kelas masa ting 1-3 putih dan masa tingkatan 4-5 sains.. ada gak kawan2 since dr skola rendah and pra sekolah dlu macam si radzi, hadi, intan dan shima.. hehe..






konvoi raya ktowg tahun nie terasa lebih meriah.. seronok dapat berjumpa ramai2 cmni.. yela, bukan selalu~ setahun sekali je dapat jmpe cmni.. aku dah la lama gila xjumpe lulu.. dua tahun beb xjumpe beliau.. beliau terasa sangat teruja apabila dikatakan beliau sudah kurus.. hik2.. suke la tu.. :P.. lulu, wendu ko dow! hehe~




mael pon same.. lame gler xjumpe beliau.. beliau pon sanggup drive dr melaka semata-mata nak join konvoi nie.. aku pon baru sampai dr johor.. baru je sampai dari kampung mak aku dalam pukul 3 lebih.. pas tu, sanggup tu nak join beraya sekali sbb lama gler la xjmpe member2 lama kan? so xmo la lepaskan peluang.. hehe



ramai jugak yang terlibat dengan konvoi raya tahun nie.. antaranya ialah radzi, kudud, nuh, mael, budin, syed, azri, ibrahim, hadi, b-yah, ain, shima, faiz, lulu, nojie, intan,  dan akmar.. (mtk maap klu ade nama yg aku tertinggal.. huhu)





cik molek dan manis disebelah kanan ini merupakan pemandu ktowg yang tersangat baik aty utk membawa ktowg g beraye.. tanpa beliau, aku,intan, lulu and akmar, jangan berangan la nak ikot~ :P thanks miss nojie~ :D
nojie janji dgn aku gerak dalam kul 10-11.. tp tiba2 nak gerak kul 9.. tp cm biasa la~ janji melayu~ (termasuk aku sekali la tu..haha) ktowg kul 11 baru gerak kot~ haha... nojie jmpot aku kul 10 lebih kat umah.. tbe2 muncul lak pak lang aku kat depan pintu.. so, kena layan and salam2 dgn pak lang, mak lang and abg usop, then baru la leyh keluar.. hehe... ktowg teruskan perjalanan ke rumah intan n lulu..


rumah pertama yang menjadi destinasi pertama aku, nojie, n akmar ialah rumah lulu di taman gadong jaya. lepas tu, ktowg menuju ke rumah shima.. tp malangnya shima telah ikut farain and geng2 lelaki.. so, ktowg terus ikut diowg beraya ke rumah intan, radzi, nadia, dan seterusnya.. penat nak di ''listdown''kan kat sini... hehe..










 mr.photographers pon penting dalam merakam detik-detik bersejarah pon memainkan peranan penting sama la macam cik-cik pemandu macam cik farain dan cik nojie.. bak kata owg, sekeping gambar boleh memberi 1000 makna.. ecece~ haha.. mr photographers adalah mr budin and mr hafifi.. thanks ya~ nice shoot la rerakan~ hehe~






nie la incik radzi, penaja benang.. thanks weyh.. jgn lupe pulang benang tu balik kat emak ko! nty cekgu norlia kehilangan salah satu koleksi benang beliau pula..ngehehe~








nie antara member-member yang join konvoi raya nie..
azri


kudud


biyah aka mrs budin~

akmar.. dr jauh beliau datang.. kajang tu~ ngee~

nuh dan pipi kembung beliau


intan aka my BFF


farain dan trademark beliau~
selamat datang~
:P

faiz yusof.. lame xjumpe beliau nie..hoho~

hadi... rambut beliau dah semakin lebat.. hihihi
syed dan rambut raya beliau~
hark3

antara rumah-rumah yang menjadi destinasi ktowg:
1. rumah lulu
2.rumah intan
3. rumah nadia
4. rumah radzi
5. rumah kudud
6. rumah azri
7. rumah naza
8. rumah nuh dan nojie
9. rumah biyah
10. rumah farain
11. rumah shima
12. rumah budin
(mtk maap kalau ada yang tertinggal.. tgh nak mengingat balik..hehe)

hampir maghrib, barulah ktowg selesai beraya ke semua lokasi.. tu pon ade yang kena sambung besok sbb xsempat and ade gak yang xde kat umah. sok ktowg plan nak g raya kat umah zai, sahida, dan lulu.. sok lulu nak treat us for dinner~ yeahh~ xsabo nie.. hihihi..

walaupun penat nak mampus and pwot pon dah sendat disumbat dgn juadah yang pelbagai, dan perjalanan yang penuh berliku siap sesat2 bagai (hahahahaha...) aku rasa seronok la hari ini sbb dapat jumpe dgn kawan2 lame balik.. sesungguhnya bukan senang nak jumpe semua sekali macam ini.. nak kena tunggu raya,baru la dapat jumpe.. sekali jumpe memang la havoc and happening abis sakan.. hehe~


p/s: nty intan upload pic, aku sambung citer lagi..ngee~


karutan si tukang karut,

Rabu, 8 September 2010

selamat hari raya maaf zahir dan batin


assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada rakan-rakan blogger yang duk jenguk-jenguk blog aku yang tiadalah menarik mana.. (macamlah selalu sangat kan orang nak lawat blog aku nie..perasan sungguh.. hark3)

mesti korang semua sibuk menyediakan persiapan raya kan? macamana dgn persiapan raya? mesti meriahkan? tahun ini, aku beraya secara sederhana tapi tetap meriah.. malam raya aku akan pulang ke kampung mak di batu pahat, johor. raya kedua baru pulang ke rumah.. raya di johor tahun ini pastinya akan dirundung kesedihan la sbb arwah pak long aku baru je pergi meninggalkan kami sekeluarga.. keluarga sebelah ayah pun sama.. arwah pakcik dan sepupu ku juga telah meninggalkan kami buat selamanya.. aku kehilangan 3 saudara untuk tahun ini..

memandangkan ramadhan sudah sampai hampir sampai ke penghujungnya, syawal pula semakin menjelma.. aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maar zahin dan batin sekiranya aku ada melakukan kesalahan dan kesilapan semasa berblogging nie kan.. kot2 la ayat berbisa ke, terumpat terkeji dan buat sesiapa terasa dgn posting-posting kat blog nie.. (rasanya xde la aku ngumpat2 owg kat blog aku nie.. hehe...aku lebih suka cerita pasal diri aku or share info je kat cni.. hehe)...al maklumlah, semua orang melakukan kesilapan kan? hehe..

ok lah, raya-raya jugak ye rakan-rakan.. kesihatan dan keselamatan haruslah dijaga.. jangan lah korang sental semua makanan yang ada sebagai membalas dendam kerana perlu berlapar dan berhaus selama sebulan.. hehe.. jangan main meriam.. bahaya.. kang xpasal-pasal lepas beraya, korang kehilangan jari dan anggota badan yang lain.. sayangilah badan-badan anda sbb anggota badan anda bukan boleh diganti macam spare part kereta.. begitu juga dengan nyawa korang tu.. hehe..

akhir kata dari aku, beraya tu memang berayalah.. tapi beringatlah juga ye..
selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin...


karutan si tukang karut,