tetamu VVIP

Isnin, 7 Mac 2011

kebaikan ulam-ulaman..

assalamualaikum dan selamat sejahtera...

hari ini aku nak cerita sedikit pasal ulam-ulaman sebab aku suka jugak makan ulam.. tapi jangan pelik la kalau aku tak berapa suka makan sayur dan hanya makan sayuran tertentu je.. sayur bayam, sawi, petola, peria dan lain-lain aku tak makan la.. aku memang tak suka. aku cuma makan sayur kacang panjang, kacang buncis, bendi, carrot, kangkong, kailan dan lain-lain.. *malas pulak nak senaraikan*
eh, sayur-sayur kampung nie lagi aku suka mcm pucuk paku, pucuk manis, cemperai, terung telunjuk, terung belembang dan lain-lain..fuh. boleh kecur air liur kalau teringatkan masakan mak kat rumah.. mana nak dapat semua tu kat sini memandangkan aku belajar di tempat yang agak kebandaran sket. hehe..
ehsan dari google

cicah dengan budu pun ok.. kata satu malaysia. semua aku sental.. hihi


berbalik kepada tajuk asal entry aku ary nie iaitu mengenai ulam. 
aku sememangnya suka makan ulam-ulaman lagi-lagi kalau ade cicah-cicah sambal belacan ke, budu, cencaluk dan sewaktu dengannya sebab aku suka sangat makan pedas.

antara ulam-ulaman yang aku suka:
ulam raja, pegaga, timun, bendi yang dicelur, kacang botol, dan lain-lain lagi la.. malas nak senaraikan.. macam biasa la.. kang penat plak korang nak baca..hehe

sekarang aku nak cerita pasal khasiat ulam-ulaman nie..
tahukah korang bahawa ulam sememangnya kaya dengan antioksidan.
ia dibuktikan melalui kajian FRIM *sila klik* . melalui penyelidikan yang dilakukan oleh mereka ke atas 20 jenis tumbuhan ubatan yang sering dimakan, didapati bahawa tumbuhan-tumbuhan tersebut kaya dengan antioksidan asli.
antioksidan asli ini dikatakan menyerap vitamin A, vitamin C dan E yang membantu dalam menyingkirkan lebihan radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan protein, sel membran, asid tak tepu dan sebagainya.

seorang dari penyelidik berkata, ini dapat membantu dalam proses penyembuhan penyakit kronik dan melambatkan proses penuaan.. so, kalau korang nak kekal awet muda dan sihat, jom makan ulam-ulaman ye.. (:  kalau nak tahu lebih lanjut, klik link yang aku attach kat FRIM tu ye.. (:

asam jawa atau nama saintifiknya tamarindus indica dikatakan mempunyai aktiviti pembersihan supertoksik sebanyak 97.8% diikuti pucuk gajus, beluntas dan pakis merah. ulaman lain yang mempunyai peratusan yang tinggi dalam aktiviti membersihkan supertoksik ialah seperti ulam raja, pegaga, terung pipit, terung kecil, petai dan selom.

nie aku sediakan beberapa gambar ulaman bagi korang yang tak kenal ulam-ulaman tertentu.. hehe

pegaga

ulam raja

pucuk gajus

kacang botol dan bendi.. cicah sambal belacan.. bestnyee!

pucuk putat

beluntas

pucuk cemperai

ok. nie je dulu wat masa nie..
terima kasih kerana membaca ye kawan-kawan..
(:

p/s: gambar ehsan dari google..

6 ulasan:

hana berkata...

ala..
x mkn ulam la..
hahah
budu pn x pnh makan gak..
=P

anabella momoque berkata...

haha.. xpe.. makan sayur pon it's ok.. mane taw nty tibe2 u terbukak hati nak makan ulam kan? dah taw khasiatnye.. d:

macam i nie, xsuke sayur. naseb baek ske gak makan ulam.. kalau x, ssah gak tu. xpe, replace dgn buah.. (;

sarah mohamad berkata...

pergh ! makan ulam cicah sambal belacan. terbaik ah. teehee

anabella momoque berkata...

kan sarah? setuju sangat.. ulam-ulaman nie mmg best la.. khasiat pon best! kan kan?
:D

Shahiran berkata...

Ulam kat bandar ade la, biasanya kat restoran mahal-mahal xpun kat hotel. Cuma jangan rasa xpuas ati lak lepas dapat ulam yang diorder, tempat2 cmtu kan style makanan boleh bilang dengan jari berapa ketul dalam plate besar.

anabella momoque berkata...

thanks for your comment encik shahiran.. (:

aah.. memang la ade kan? tp saya mane la gi tempat macam tu.. di luar kemampuan saya.. hihi..

setuju sangat.. kalau nak makan kenyang2, kat hotel mmg xdapat la.. makanan sume ciput2.. bukan setakat ulaman je.. kan kan? (: