tetamu VVIP

Rabu, 28 Julai 2010

reunion form 6 di pantai blue lagoon, port dickson dan tanjung tuan

pada 13 jun ary tu kami budak2 tingkatan 6 tahun 2006/07 telah sepakat nak adakan reunion.. tapi malangnya ramai la xdapat nak follow.. memasing ada hal.. naseb baik la aku sememangnya cuti pada hari sabtu.. (masa nie kan cuti sem..so aku bekerja sementara).. afiq ade kat US.. kalau beliau ade di sini, mesti beliau pun akan ikut serta.. sebab rasanya beliau jarang tiada dalam apa2 plan yang ktowg wat.. hee.. ika lak, ayah die xbg la ikut ktowg lak.. fadh pulak xdapat cuti..kesian la ali merangkap buah hati pengarang jantung beliau datang dari jauh, tapi beliau tiada.. pendek kata ramai la tak dapat datang... so yang ade, aku, shima, yati, zabed, ali, muz, riwan, qema, and dian..anak-anak saudara qema pon ikut serta jugak..hee..

perancangan aktiviti ktowg nie besh.. cuma kan, ramai la lari tema, sebab zabed and yatie xbagitahu pon nak wat jungle tracking sepanjang laluan nak pergi rumah api tanjung tuan tu.. so, dushum dushum sama mereka.. tp seronok beb~ itu pasti~hee...korang bayangkan la betapa lari tema nye ktowg bila qema pakai dress ala2 nak bersidai2 tepi pantai, macam salu kte tgk kat tv tu... dian lak, korang bayangkan la nak mendaki bukit dengan wedges dan make up yang sudah ditepek chantek dimuka beliau, aku dgn selipar tebal tu.. padan la kat umah aku rasa cam nak pakai crocs je.. hahaha.. so dushum dushum lagi sama zabed and yatie.. tp siyes woo, seronok giler layan kepala masing-masing...
kowg tgk la pic kat sebelah nie.. betapa lari konsep nye baju ktowg nie sume.. yatie je yang ok.. so mari dushum2 lagi..haha

dalam perjalanan nak ke port dickson nie, kami konon-kononnya nak bergerak awal pagi, tetapi encik zabed kita nie ade hal la pulak.. so kena tunggu sampai masalah beliau settle.. so dalam pukul 2 ptg baru gerak dr nilai.. qema pulak menjemput aku and shima dengan kereta kebal khas yang di sponsor oleh kakak beliau..hihihi... (kereta kenari tu laa..hihihi) ... kemudian, kami ikut highway.. biasalah hari sabtu, hari cuti kan, memang confirm sesak la jalan... kami terperangkap di tengah-tengah kesesakan jalanraya.. tapi takpe, kami ok je.. apa lagi, kami snap2 pixca la beb~~hee... kami tidak anggap itu sebagai tekanan atau faktor pembangkit kepada stress yang juga
 dikenali sebagai stressor.. (sempat lagi tu guna terminologi dalam psikologi..hihihi)




inilah kereta yang disponsor oleh kak qema dalam menjayakan ekspedisi ke port dickson...yiiihaaa...
kalau nampak kereta ini dimana-mana, sila kejar ala-ala anda kejar my tv3 roverz sbb nak hadiah...hahahaha... sila catat no plat ini ye... JGW 9733.. :))








nie la akak qema gojes yang sudi menjadi pemandu yang sangat baik hati kami untuk hari itu.... sayang beliau lebihh~~ agagaga~ (aite, saye pon nyebok bergambar juge...)







nie la cara kami menangani stress di jalan raya... kira macam sebahagian daripada terapi kamilah nie aktiviti fotogedik ini...hee... tengok lah muka kami kalau anda xpercaya.. kami senyum je tanda happy..haha








selepas tiba di tol port dickson, kami menunggu ketibaan pihak lelaki (macam nak meminang la pulakk..hohoho).. siapa lagi kalau bukan gerangan encik zabed, encik riwan, encik ali, dan encik muz..agagaga~ selepas itu kami pon meneruskan perjalanan kami... dan bermulalah aksi perlumbaan secara haram oleh qema dan zabed.. (adek-adek, kawan-kawan sume, sila jangan tiru aksi ini yee..haha)...
kat sebelah nie la kereta zabed.. yang kaler hitam tu...hee...dalam perjalanan ke port dickson nie la, ujan turun pula, menyebabkan kami berfikir sejenak.. adoii.. kalau hujan, spoil la program yang kami ini... adess... kami semua hanya berharap hujan ini akan turun hanya untuk seketika..hee...

setibanya kami di port dickson, kami meneruskan perjalanan kami ke arah pantai lagun biru atau blue lagoon yang sememangnya terkenal untuk program rekreasi dan perkelahan di hujung minggu ini, kemudian kami meneruskan perjalanan kami ke hutan rekreasi tanjung tuan atau dikenali tanjung rachado.. tanjung tuan terletak di melaka, iaitu betul-betul bersempadan dengan negeri sembilan dengan hanya disempadani oleh nama..haha... bagi anda yang bukan orang negeri sembilan, silalah datang tempat ini.. pasti anda sukakannya sebagai salah satu lokasi untuk riadah..hee
(nie la model papan tanda kat tanjung tuan tu.. tp harap maaf, kalau anda pergi ke sana, mereka tiada.. hahaha)










setibanya kami di sini, yati telah sedia menunggu kami sbb beliau dr rumahnya yang terletak di rantau.. so dah nak dekat dgn port dickson.. so dia tunggu kat situ je... nie la beliau.. yang kat sebelah tu shima.. beliau tu nyebok jee~hahaha









kami mulakan aktiviti kami dengan jungle trekking meredah hutan lipur tanjung tuan nie.. kami meneruskan perjalanan kami untuk ke rumah api tanjung tuan tu..hee...setelah kepenatan, kami snap2 pixca la... bak kata saya dalam gambar2 sebelum nie.. snap pic adalah satu terapi.. (padahal dian dah merungut-rungut asal xsampai ke rumah api tu lagi..hahaha)








si jejaka pun suka jugak aktiviti snap-snap pixca nie.. nie la aksi-aksi fotogedik ala2 pondan mereka...agagaga~jgn mrh ya anda semua..lalalalal~









masa kat tengah jalan tu, kami dikejutkan dengan anak anjing chumel yang berlari-lari xtentu hala... rupa-rupanya dia carik tuan dia.. takut aku.. mane tak takut? kang satu hal pulak, nak samak2.. aagaga~ tp siyes anjing tu chumel.. tp an sambil die jalan, sempat lak die melaburkan saham beliau di tengah jalan... kang dua hal lak nak g samak lagi sekali kalau terpijak..hohoho....
pic kat sebelah nie lak mase aksi-aksi kami mengelak dr kereta yang lalu lalang..adess..hoho







nie la aksi kami semua setelah penat berjalan.. tgk la si dian tu... dah xlarat nak jalan dah..sian die..sampai bukak wedges die...hihihi










kami nie mmg pantang nampak kamera.. asik nak posing je..hahahahaha...










ok, sampai sini dulu cerita aku.. akan sambung utk part kedua... sebab dah penat..hahaha... untuk mengetahui sama ada adakah kami sampai ke rumah api tu? adakah kami sempat piknik sume...so tunggu part two ye..hahaha


karutan si tukang karut,


Rabu, 21 Julai 2010

saya nak makhluk chumel ini... wuwuwu~~

ary tu mase aku view homepage facebook online store aku aka momojim shoppe tu, ternampak la akan satu pixca makhluk chumel yang berjaya mencuri hati, jantung,limfa, hempedu dan sebagainya... makhluk ini diempunyai oleh salah seorang customer aku.. chumel sangat2 makhluk nie.. aku sangat geram akan kechumelan makhluk ini.. kalau aku dapat, aku peluk-peluk dia sampai dia lemas..haha...so aku dgn tanpa segan silunye telah tag diri aku sendiri kat pic makhluk tu kerana sudah jatuh hati akan kechumel-bhumelannyaa.. dan haruslah aku mtk kebenaran tuan empunya facebook tu.. hee.. aku nak sgt bela makhluk chumel seperti ini.. tp kan, apakan daya, rumah aku tu banyaklah pulak makhluk sespesis makhluk chumel ini.. tp mereka2 itu itu berperangai tidak chumel...tersangat la ganas.. tidak kondusif suasana rumah aku dgn makhluk sechumel ini.. tp hati kecilku meronta-ronta nak makhluk chumel nie.. hoho~


sebagai menjawab persoalan yang bermain-main di kepala hotak kowg semua, inilah makhluk chumel yang menjadi idaman ku.. if nak bagi, sila kan.. aku rela redha menerimanya dengan sepenuh hati.. ayah, emak, jim2, saya nak makhluk chumel ini.. huhu...

p/s: chumel kan beliau? ^^

karutan si tukang karut,

Selasa, 20 Julai 2010

hadiah hari lahir yang pertama utk tahun 2010

wah, lama sungguh tidak ber'blogging' nie.. apa boleh buat, diri ini semakin busy dgn bisnes and skunk pon dah start dgn sem baru.. tahun akhir di ukm.. harus la bermula dgn kehidupan yang lebih sibuk dr life yang dulu..
hee.. aish, berbalik dgn tajuk aku tadi, aku nak cerita la pasal aku dapat hadiah yang pertama utk buffday aku untuk tahun nie walaupon buffday aku bulan depan...hee..

nak dijadikan cerita, hadiah buffday aku yang pertama nie mesti la dr bf aku aka mr jim2 saye.. hee.. terima kasih banyak2 kepada beliau kerana hadiah kan saya sumthg yang saya teramat2 la suka..

nie la hadiah buffday saya tahun nie... macbeth newman w (grey/grey/orchid lace)... sayam mr jim2 saye.. hee.. thanks a lot incik jim2..hee... (tersengih lebar)

macbeth newman w (grey/grey/orchid lace) hadiah saya~
weee~~

macbeth manchester mr jim2 saye and macbeth newman yang mr jim2 hadiahkan kepada saya..

thanks a lot jim2
heee~
^^v


karutan si tukang karut,



 

Jumaat, 18 Jun 2010

saya nak rokok cap kaki

suatu petang yang tak berape nak indah sangat..tp boleh laaaa.. huhu.. (mood malas kot)
seorang lelaki memasuki kedai select di shell tatkala ingin mengisi minyak sementara cashier yang chumel di kaunter menyambut si pelanggan dgn senyuman yang tersangat la indah.. (bertukar ke mood perasan..haha)

cashier yg chumel (aku): ye bos.. selamat datang.. isi penuh boss.. v power 97.. bla bla bla.. (dalam aty mengeluh sbb panjang nye dialog nie..tekak dah la sakit plus demam selesema lagi..huhu)

customer: xpe la dik..nak minyak lame je.. pam 3 rm30...dunhill 14 ada x?
(dah agak dah nie die akan jawab setelah aku bebel panjang2..nak wat cane.. dah mmg aku kena tanye or x score mmp zero la beb..walaupon aku dapat merasakan timbul tanda tnye di atas kepale kowg apakah MMP..peduli..haha)

aku: xde la boss.. dunhill 20 je..

customer: ok la dik.. dunhill 20 la dik..
(sambil menghulurkan duit rm50 sekeping dan 30 sen..)
 (aku pon mencapai rokok dunhill 20 yang tersusun kemas kat para rokok belakang aku tu... ape lagi, aku dah jadi cam ahli gimnastik sbb berjaya me'elastik'kan badan mencapai rokok kat belakang aku tanpa perlu memaling ke belakang.. konon2 pecah rekod..huhu)

customer: dik, xnak gambar nie la dik.. tukar yg cap kaki tu dik.. gambar nie ngeri sangat..

aku:owh, ok2...
(aty kecil ku berkata.. ops, cukup la yg kecil sbb aku pon xbeso..haha.. aku  ckp dalam aty aku... haa, taw pon ngeri..tp still hisap rokok.. tu la guna gambo tu ade kat rokok..utk menakutkan kowg si perokok tegar..huhu)

(aku pon amek la gambo rokok cap kaki yang die nak tu...)

then, aku pon mtk dia kat bonuslink then apabila drawer dah terbuka dgn luasnye, aku pon bagi la duit baki dia balik..ape lagi, die pon blah..huhu


ade gak sowg kawan ayah aku nie.. pon nak rokok cap kaki gak..tp die nak rokok sampoerna...

customer aka kawan ayah aku: mid, sampoerna mentol satu...
(mid tu nama ayah aku..pak hamid yg hensem tu..ngee)

aku: sampoerna menthol ye kawan ayah den? jap ek..
(tgn mencapai rokok sampoerna)
(customer tu gelak je..hadoii)

aku: ok.. sampoerna menthol sampai..

(customer tu duk memusing2 kan kotak rokok tu.)
customer: mid, xnak gambar nie... nak yang cap kaki... gambar nie bapak la sogham** den menengok ehhh..

aku pon tergelak la..then, aku hulur die rokok cap kaki tu...

kesimpulan daripada cerita aku nie..
gambar yang ade kat kotak rokok tu xcukup menakutkan customer2 aku kecuali gambar bibir n gmbar kerongkong berlubang tu..hadoiii.. gambar janin tu lagi la diowg tak takot.. tu la apa yang aku dgr, nampak dan respon yang aku dapat tgk dari customer aku..huhu



nota kaki, kepale,tangan,lengan dan apa2 je la...
**sogham- (loghat nogori) seram..hee
**MMP; org shell yang akan menyamar jadi customer n tgk same ada kte si pekerja shell ni layan customer ikot skrip or x...

Khamis, 17 Jun 2010

pengumuman!!!

kepada semua rakan-rakan,
aku dan mr jim2 dah membuka online store yang dah lame aku idam2 kan nie
so buat rakan-rakan semua yg ade facebook, jgn lupa like page nie ok?

http://www.facebook.com/pages/Momojims-Store/135502263130192

kami di momojim store menjual pelbagai koleksi blouse, dress,  ray ban, kasut DIY, handmade item, beanie hat, branded bag, vintage bag, dan lain-lain lagi..kalau nak taw, rajin2kan diri  la jenguk koleksi kami di facebook

so kepada rakan-rakan blogger, sila la melawat dan like page nie kat facebook ye...
thanks a lot kepada yang sudi dan dah jadi follower
ngee

Rabu, 9 Jun 2010

adakah BFF boleh jadik boyfriend dan girlfriend kita?

ada seorang daripada member aku bertanya kat kotak soklan yang ade kat bawah nie (formspring aku)..
beliau ialah apiq (bukan nama sebenar.. cuma name timangan je..hehe)..

soalan beliau berbunyi seperti di bawah...
adakah BFF boleh jadi boyfriend or girlfriend kita?
soklan beliau nie membuatkan aku seolah-olah  macam aku dokter chenta pula..haha.

tapi xpe.. aku leyh berikan jawapan rasenye..tp juz daripada pandangan dan pengalaman aku la..
heee...

jawapan aku ialah.. YA!!!!


rasionalnya...
1. dia dah jadik kawan baik kita.. kawan yang kita dah share pelbagai cerita, maybe pelbagai rahsia kita jugak dah kita ceritakan kat dia..kita selalu cerita dan meminta pandangan dia kalau kita ada masalah.. so rasenye dia akan lebih memahami kita.. dan kita juga akan lebih memahami dia..

2. kita dah kawan rapat dgn dia.. so, kita mesti sedikit sebanyak dah taw apa rutin dia, perangai dia, personaliti dia.. rasenye kita akan lebih paham akan kebiasaan dan kesukaan dia.. so xde la kita risau dan susah sgt nak faham dia.. dia pon xde la mengalami kesulitan nak memahami kita.. malahan dgn cara nie, kita leyh terima baik buruk dia, kelebihan dan kekurangan dia...begitu juga la dgn dia, dia boleh terima baik, buruk kelebihan dan kekurangan kita.

3. aku rase bila kapel dgn bestfriend, kte akan rase sgt selesa dgn dia.. mcm mase berkawan jugak.. tp rase lebih spesel sket la bila dah kapel nie.. hee..

nie la jawapan yg ade kat aku skunk.. hee.. ade lagi kot..cuma xkua daripada kepala nie lagi.. tp jujur aku ckp, aku jrg bergaduh dgn bf aku skunk.. BFF merangkap boyfriend aku skunk ialah MR.JIMJIM aku la..hee...
dia sgt bertolak ansur dgn aku.. dia sgt memahami dan ktowg selalu berbincang kalau ktowg ade masalah or ade yg ktowg xpuas hati.. dia pon leyh terima baik buruk aku.. aku bukan nak cerita sal kisah cinta aku or nak carik publisiti murahan dsbnye.. tp aku juz share pengalaman aku.. tu je.. sebelom nie pon aku xpenah jmpe yg serasi dgn diri aku.. skunk aku dah jmpe.. rase yang bersyukur yang amat sgt.. aku harap ktowg akan bahagia selamenye..amin..hee

eh, ade jugak keburukan nya kalau ber'relationship' dgn bestfriend nie..

kalau kowg putus, susah nak berkawan balik.. susah kowg nak kembalikan balik situasi dulu tu.. dan jgn hrp la.. mesti masing-masing akan menjauhkan diri..
dulu aku pon takot.. sbb aku takot aku akan kehilangan bestfriend aku... tp alhamdulillah.. ktowg cam skunk nie la.. hee.. k la, aku harap si apiq nie puas aty la dgn jawapan aku..hee

karutan si tukang karut,

 

Ahad, 23 Mei 2010

kisah satu malam antara aku dan scanner barcode

''dik, pump 5 tiga ringgit ye...rokok dunhill 14 satu'', kata seorang customer kepada aku...
''ok.terima kasih'', balasku selambe dgn senyuman manis terukir di bibir sambil menaikkan ibu jariku sebagai tanda aku leyh wat dgn jayanya..hee..

tapi mamat tu terus terpacak kat tepi kaunter kat luar tu..aku pon pandang muka mamat tu dgn penuh kehairanan.. apa masalah mamat nie?dah la customer tgh ramai. mcm dia sorang nye kerenah je aku kena layan..aishh~
cis, dia tersengih pulak sambil buat muka budget chumelnye~
aku pun dengan kejamnya menghalakan scanner barcode tu kat muka dia...
''ha, hamek ko! wat muka cm tu kat aku...'', jeritku dengan nada yang marah sambil scan muka mamat tu..

haha... sememangnya kejadian ini fiktif semata-mata...
kan bagus kalau dapat wat cm tu..geram aku..

tapi...
ape yang sebenarnye terjadi ialah....
aku bermonolog dgn nada separa kuat la kot..
yg penting, menyatakannya dgn sepenuh perasaan..
"ko wat muka budget chumel lak.. aku scan muka ko pakai barcode scanner nie taw la ko..."

pas tu aku dengar kak lynn gelak terbahak-bahak sambil men'scan' barang2 kat kaunter ktowg tu..
rupa-rupanya, kak lynn yang kat sebelah aku tu mendengar dengan jelas dan nyata apa yang aku cakap..
dia pun ckp, "ganas betul. muka customer pun nak di'scan'nya..haha"
cis, dengar pulak kak lynn nie..haha...

sejak daripada kejadian tu, asal ada customer datang je, bila kak lynn nak guna scanner barcode tu.. dia gelak terbahak-bahak sambil scan barang2 tu..
yang pasti, haruslah customer tu ingat dia nie mereng ke pe gelak sowg2..haha..
kak lynn kak lynn..
wakakaka...

Khamis, 20 Mei 2010

skrip ini dan saya

sila ingatkan kepada saya..
saya perlu hafal skrip ini sampai pertengahan jun ini..
ia mempunyai kaitan dengan hidup dan mati saya..
dan juga kerjaya saya sebagai cashier di shell...
tetapi utk sementara ini sahaja..
haha...
skrip itu berbunyi,

selamat datang boss...
sini ada promosi boss...
ada kad bonuslink boss?...
nak resit boss?...
terima kasih, dtg lagi boss..

aish.. redha je la...
hohoho

wohoooo!!!

yeahhh~
goreng pisang cicah sambal kicap n kopok lekor
import dari cempaka tu memang terbaek!
lebih2 lagik owg belanje la kan?
kan kak lynn?
(kak lynn bukan dpt bace pon posting aku nie..haha)
siap de delivery pulak tu kan?
(xpasal2 anak tauke goreng pisang tu kena anta kat shell..wakakaka)
thanks for da treat la abg ejat
haha
tp ini xbermakna anda dapat menebus kesalahan anda kerana tidak belanja ktowg mega mac!
jgn lupa,
saya bersaiz mini tp tank saya bersaiz jumbo!
wahahaha

Sabtu, 8 Mei 2010

saya sudah mendapat kerja sambilan

alhamdulillah, aku telah memperoleh kerja sambilan untuk mengisi masa lapang aku sepanjang cuti sem nie. ini bermakna aku dapat juga mengisi poketku yang semakin kekontangan.pastinya itu khabar gembira buat akulah kan? hehe... aku telah diterima bekerja sebagai cashier di salah sebuah stesen minyak di nilai. aku akan mula bekerja hari ini pada pukul 3.00 petang sebagai pekerja pelatih. harap dapat menjadi pekerja yang baik. almaklumlah, aku nie tersangat la panas baran punya manusia. diharap aku dapat berhadapan dengan kerenah dan tingkah laku manusia yang sememangnya bermacam-macam ini kan?hihi.. tapi yang pasti kerja aku ini salah satu pengalaman yang menyeronokkanlah (hopefully) sebab walaupun aku dah banyak kali bekerja, nie first time aku bekerja di stesen minyak. milik saudara aku pula tu.. yang pasti tekanan kerja tu sudah pasti akan dihadapi sebab kena jaga duit la kan.. adoii...

aku pernah 3 kali dah bekerja sebagai cashier. (termasuk yang terbaru ini..)...aku pernah memperolehi pengalaman bekerja sebanyak 5 kali...

kali pertama aku bekerja,lepas habis menduduki peperiksaan SPM, aku pernah bekerja sebagai waitress kat restoren. serius penat sebab dah la restoren tu ramai customer. gaji plak nak dekat RM800 la.. cm xberbaloi pon sbb penat gler.. so memang asyik berjalan dan xdapat rehat la..paling sakit hati dan rase nak hadiahkan plengkik versi pink ku kepada manusia-manusia bernama lelaki yang gatal la..itu paling aku benci..sangat benci!!.. paling teruk, aku pernah mengalami peristiwa yang menakutkan la.. aku diikuti oleh seorang lelaki yang gatal sehingga di KTM labu.. serius nak nangis dah time tu.. alhamdulillah, Allah SWT melindungi aku.dah la masa aku sampai KTM tu, KTM gelap gelita sbb aku balik kerja malam dan bekalan elektrik terputus.adik aku dah ada kat situ. huh, serius rasa sangat gerun ala2 drama tv..mengalir adrenalin ku dengan deras. mencabar sungguh.. mak aku memang teramat risaulah dengan keselamatan aku.. aku pernah diekori oleh lelaki tua juga tau.. lebih kurang sama je dgn peristiwa tadi ini.tapi dia ikut kejap je.. masa aku tengah kerja pun ramai je kacau.. aku rasa cm nak cekik2 je diorg tu.. sibuk je.. aku siyes sangat anti sama manusia-manusia gatal.. rasa nak lempang je.. aku nak lalu pon segan dow.. paling anti kalau dah tua tapi xsedar diri.. leh lak mintak no fon dgn aku.. nak wat apa lak kan? xkan nak kenen aku dgn anak dia yang entah2 sebaya or lebih tua dari aku??.. dia membahasakan diri sebagai abang dgn aku.. macam nie la ayat die yang leh wat telinga aku bernanah utk mendengarnya, "adik, adik ada no fon x?abang nak boleh?"... abang, hangguk mu la!! jerit hatiku yang berasa geli geliman.. aku selamba badak je jawab, "saya xde fon. public fon ade..pakcik nak?" kejam x aku?huhu.. sorry la, aku mmg xske nak kurang ajar..tapi sepatutnya diorg tu sedar la diowg tu sebaya dgn ayah aku atau lebih tua.. ada ke patut membahasakan diri sebagai "ABANG"?? nasib baik aku xmuntah darah kat situ..huhu..aishh...

2nd time aku kerja kat kilang sebagai cashier kat kantin kilang tu... aku sakit aty sbb kena tuduh songlap duit.. ingt muka penyangak ke pe aku nie? aku nie ayah aku ajar elok-elok, beri didikan yang mencukupi buat aku.. so aku rasa aku xkan buat benda yang boleh menconteng arang kat muka keluarga aku. semoga apa yang ayah dan mak aku ajar akan terus menjadi pegangan dan ingatan utk aku sentiasa beringat akan setiap kebaikan dan keburukan yang aku buat. so aku harap manusia yang menuduh aku tu sedarlah akan kesilapan yang dibuat kat aku.. fitnah aku tu kan.. aku pon xtaw la apa niat dia..huhu.. tapi aku terimalah apa dia wat sebab nie la asam garam hidup kan?bukan semuanya akan manis je. pasti ada dugaan punya.. dah memang lumrah hidup akan berlaku sesuatu yang menguji aku.. tuduhan itu dibuat dan aku dengar masa aku dah berhenti kerja sbb nak masuk form 6.gaji dah la kecik. pas tu kowg tuduh aku macam2.. sian aku...huhu...errmmm...manusia oh manusia..tp kan besh keje kat kilang ni sbb dapat cuci mata tgk mamat2 jepun handsome2..wakakaka...(sat lg klu mr jim2 tgk,abis la aku..hihi)... dan aku leyh blaja bahasa jepun.. ada uncle jepun sowg tu siap hadiah kan buku belajar bahasa jepun kat aku..tp syg nya buku tu dah hilang dan diambil oleh mmber aku..huhu.. chumel woo uncle tu..dia dah berkahwin dgn org india kita nie ha.. dah tu suka sangat makan sambal belacan... tu belom pekena budu or cencaluk..kalau x, siyes dia ketagih kot..wahahaha...

pengalaman ketiga pulak aku bekerja kat highway masa cuti sem lepas. kat rumah rehat dan rawat seremban-kl.. huh, kerja kat situ seronok.. ramai member..aku kerja shift malam.. gaji lak RM1200 sebulan..mencabar sikit nak g kerja.. sebab kena lalu ladang sawit malam2 dalam pukul 11.. dah la seram kena lalu kawasan kilang yang dah terbiar lame tu.. dah la macam2 peristiwa seram budak2 nie cerita, bahaya pon ye...ye la, tempat tu sunyi..huhu.. aku kerja dgn adek aku n kawan dia. seronok gak sbb kitowg sekepala.. dak2 kedai sebelah pon ok..tp oleh kerana aku kerja malam, kebanyakan dak2 yg kerja tu lelaki la.. tp ok la, xde la diowg tu menyakitkan aty aku pon.just boss aku je xbesh.. dah la cerewet.pas tu suka2 hati je nak paksa2 owg.. hangin gak kepala aku nie... banyak songeh plak..adoiyaii..pas tu, ada dua orang makcik yang merupakan mak kepada kawan adik aku dan kawan kitorang si haris tu kerja situ gak.. paling aku xsangka, sanggup dia tuduh kitorg mencuri sbb dia dengki gaji kitorg lagi beso dari dia.. dah tua2 pon wat perangai cm tu.. depan baik je, belakang dia fitnah.. padahal, lepas xlama aku berhenti kerja sbb cuti nak abis, makcik-makcik tu kantoi sbb mencuri duit kat tempat cashier. hamek ko.. dah tua2 menipu..xsedar diri langsung! dah la tuduh2 kitorg macam2.. rugi aku xde...kalau x hamek ko mulut longkang aku...aku nie maybe korg tgk baik dan lembut je...tp bila aku ngamok, rasakan ko penangan mulut aku nie lagi bisa kot... geram tul aku..member aku dan adek aku merasa la maki hamun makcik tu... cisss, xpuas hati betul.. dah la dia try nak beri rasuah kat mmber adek aku sbb dia yang nampak makcik2 tu mengorek mesin duit tu.. padan muka la weyh!!.. allah tu nak tunjuk kebenaran dan doa aku dimakbulkan utk membersihkan balik nama aku yang kowg kotorkan weyh.. kowg aniaya aku utk isi tembolok kowg..padan muka kowg!! taik sungguh la kowg nie..geram aku!!nak je aku luku kepala sowg2..ishk2! tp mcm aku ckp td, tu la kerenah manusia.. so, nak xnak aku kena berhadapan dgn manusia macam tu.. aku harap diowg insaf.. nasib diowg baik sbb boss aku kesian nak g report polis..huhu...

pengalaman kerja aku yang keempat, aku bekerja sambilan kat ukm nie jugak. kat kedai fotostat dgn member aku, farah. kat sini aku seronok la.. brader2 tu sume ok.. xtension sangat la kerja kat sini.tension sbb kadang2 tu mesin tu suka wat hal time ktowg.. tangan kena hammer la.. kena stapler la..dah la gaji beso! rm4 satu jam.. dah la ary tu diowg double kan gaji aku n farah masa nak cuti hari tu.. seronok sgt... aku plak penah la jadik cm pomen sbb mesin tu tbe2 sedut kertas tu..aku lak xreti cane nak kuakan..rupanya senang je..just tarik ikot roll bawah dia.wakakaka...pas tu get new experience cane nak guna mesin2 cm binding machine, cane nak wat tape binding, cane nak handle mesin fotostat, lagipon aku juz keje utk masa 3 jam pada hari jumaat mulai 12 tghari hingga 3 ptg utk ganti diowg yg perlu menunaikan kewajipan diowg utk bersolat jumaat dan makan.. dah la double..siyes aku rasa cm seronok gler keje situ..hihi..

tu la pengalaman kerja aku.. ada pahit, ada jugak la yang manis..tapi bagi aku, pengalaman ini banyak mendewasakan aku n ajar aku yang sebenarnye manusia tu xsemuanya bertujuan baik dgn kita.. aku nie sebelum kerja dulu, asyik berfikiran yang manusia ini sentiasa xsampai hati utk lakukan kejahatan dan menganiaya orang lain.tapi aku silap.. bekerja nie membuka mata aku tentang manusia dan kehidupan sekeliling aku.. so ia buat aku berhati-hati.. sbb tu kan seronok sebenarnye belajar tingkah laku manusia nie..wat aku tertanya2 asal la ada orang yang tiba-tiba hilang kemanusiaan dan kewarasan serta sanggup makan kawan, menganiaya manusia lain utk kepentingan mereka sendiri sedangkan mereka tahu perbuatan mereka salah. semoga aku pon sentiasa beringat yang setiap kejahatan tu pasti akan dibalas dgn kejahatan, kebaikan pula akan sentiasa menang. so aku harap aku akan sentiasa pilih kebaikan.. semoga aku ingt yg mana baik, buruk, mana satu aku kena buat dan semoga aku sentiasa beringat..semoga aku dapat melakukan pekerjaan aku dgn ikhlas dan menjalankan tanggungjawab dgn baik.. semoga rezeki aku diberkati...amin...huhu..




karutan si tukang karut,