tetamu VVIP

Ahad, 21 Mac 2010

posting ke 100

haha
baru seratus je posting aku
tengok pown taw betapa pemalasnye beratnye jari jemari aku utk wat posting baru kan?
tapiii...
tu dulu la...
skunk aku rajin je wat posting sbb rase seronok plak bile dapat share dengan owg lain tentang ape yang kita rase n pendapat kte
na leyh meroyan lepas perasaan gak kat cni..
lagipon dulu aku tersangat la bz
skunk bz jugak
tp kurang sket kot
same je aku rase...
huhu...
aku pon tataw...
terlalu subjektif sungguh tahap ke'busy'an aku..
wakakaka
hari nie...
posting nie ...
adalah teramat bersejarah kerana posting aku baru genap seratus..
hahaha

terjagakah sensitiviti umat islam?huhu

nie peristiwa yg paling sial suweyyy yang berlaku pada hari dan waktu yang sama mase aku kua g pavillion dgn aini ari tu..kira cam seharian di pavillion part two la nie.. haha.. mase lepas ktowg makan di pizza hut yang sungguh menyakitkan hati ktowg tu, ktowg meneruskan aktiviti kitowg dgn aktiviti bershopping pulak.. huhu. macam2 kedai ktowg masuk.. adidas, quiksilver, roxy, dll.. kejadian yang menyakitkan hati aku wat kali kedua ialah mase aku g kedai topman topshop.. huhu

so bace dgn lebih lanjut utk mengetahui cerita seterusnya...

mase di topman
aku dan aini pon membelek2 barang2 kerana ary tu ade sale..
aku rase sale tu mmg pantang didengar oleh kaum2 hawa cm ktowg nie.
tbe2 aku tertarik kat sepasang kasut kulit berwarna kelabu yang aku lihat dari jauh
sememangnya sgt chantek..
kasut tu ade tali n sedikit bertumit..
tidak terlalu tinggi..
kecantikan kasut tu menarik aku g kat rak dimana kasut tu ditempatkan bersama barangan kulit yang lain..
lalu aku terus pergi ke rak tu utk melihat drp posisi lebih dekat dan membeleknya sbb rasenye nak beli pon mmg xmampu kot kerana lebih mahal daripada selipar jamban kasut macbeth eliot saiz 6 aku yang berwarna hitam putih tu...
kena simpan duit jpa sem depan la klu nak pon..huhu
aku terus memegang n membelek kasut tu dgn rase kagum dengan kecantikan n mutu kasut tu
seterusnya aku terus membelek ke dalam kasut tu..
tiba-tiba....
aku ternampak tag dalam kasut tu..
OMG...
"ya allah..."
tu je perkataan yang hanya mampu lafazkan
pig skin lather...
huh....
aku pon letak kasut tu n tercegat cm patung je sambil menadah tapak tangan n aku tengok je tapak tangan aku dengan perasaan penuh terkejut..
tiba-tiba aini yang sudah puas membelek barang2 di dalam kedai tu datang kat aku sambil wat muka pelik..
lalu die bertanya, "naza, ko kenape?"
aku jawab dengan nada biasa.. aku pon xpasti sangat nada aku tu.. "aku terpegang kasut tu..kasut tu dibuat dr kulit babi"
aini ckp, "ya allah.. xpe2.. jom kita g toilet dulu.."
 pas tu ktowg g toilet

dalam perjalanan g toilet, aini tanya kat aku, "ko xperasan ke kat situ ada pape notis yg bgtaw barangan tu dari pig skin?"
aku pon jwb dgn nada yang agak kesal sbb terpegang najis mughallazah tu, "mmg xde pape notis yg tulis barangan tu dr pig skin.. tu aku selambe je pegang..dah la aku minat kasut tu..huhu"
aini jawab, "hmmm... biasa la.. org bukan islam kadang2 xjaga mende2 cm tu.. bg diowg xpe pon bukan pegang mende cm tu.. bukan mati pon klu pegang..padahal benda tu najis.."
aku juz boleh membalas dengan jawapan,"tu la.. susah klu owg xreti jaga sensitiviti owg lain.. lagipon hal nie besar.."
mase dalam toilet tu, aku yg masih dalam keadaan blurr+biol2+kaget gara2 terpegang kulit babi kulit khinzir tu pon tanya dengan aini.. "apa yang aku nak wat nie?"
die pon jawab, td kat kulit tu kering.. so xpe la.. ko basuh dgn air je... basuh sampai ko yakin tangan ko bersih n suci dari hadas..
aku pon basuh la tangan aku..

mase aku lik umah ary khamis kerana adik aku masuk wad, aku cerita kat ayah aku.. ayah aku tanya, "dah samak ke belom?" aku pon jawab dgn jujur n yakin, "basuh dengan air je sbb benda tu kering.. "

ayah aku kata, "pergi samak.."
aku pon pergi la wat apa yang ayah aku suruh..
huhu

tak puas aty dengan layanan kat pizza hut di pavillion

ary rabu ary tu bersamaan 17 mac 2010 aku g pavillion dgn aini.. saje je..teman die g shopping..aku xrase cm nak beli pape pown..juz kua nak release tekanan jiwa tensi sahaje. hee.. so, boleh dikatakan hampir semua kedai ktowg masuk lebih2 lagi aini nak carik sliper..hee.. 

lepas ktowg g kedai camelion sbb aini nak beli accessories utk rambut die, ktwog g pizza hut sbb terlalu lapar n ktowg mmg nak try pizza yg baru tu.. 

apa yang wat aku xpuas aty dengan pizza hut kat vavi pavi nie ialahhh....sangat la sedih n xpuas hati dgn layanan kat pizza.. staff die gler la ciput pas tu servis sgt teruk n lambat.. 

ade pekerja yg sowg tu.. die leyh sengaja xnak mek order kat ktowg n konon2 wat2 bz.. leyh die g berebut nak kemas meja dgn waiter yg lgi sowg tu sedangkan aku dgn bunyi buzzer dr setiap meja tu dah banyak kali berbunyi termasuk la meja aku n aini. aku rase lebih 20x ktowg panggil n menekan buzzer tu...aku siap dgr mamat waiter tu ckp, alaa ko g la mek order kat meja 18 tu sambil tunjuk kat meja ktowg..pemalas btol.. ade ke patot die xnak g mek order kat meja ktowg yg kiut nie?huhu... bile die lalu kat meja aku, aku wat muke xpuas aty aku.. die pandang je aku.. huh, teramat sakit aty..huhu... 

servis diowg pon xsistematik. de ke patot ktowg yg dah lame tunggu nak dekat dua jam dengan perot kelaparan sbb aku mmg dua hari xmakan nasik nie dapat lebih lembab lambat daripada owg yang datang selepas ktowg?oleh kerana terlalu geram, aku pon panggil manager diowg. on the spot dapat pizza.mek ko!! geram aku!! huhu..


lagi satu klu btol pon lambat sgt nak siapkan pizza tu sbb nak g uli doh ke, g beli tomato kat pasar ke, g import dr zimbabwe ke, anta la soup dlu ke wat cover rase lapa ktowg nie. xpon anta la air dulu ke.. nie xde anta pape pon..makan angin je la ktowg kat situ..geram aku..nama je pavillion tu tempat high class.. tp pizza hut die.. huh.. sangat menyakitkan hati..


rasenye kan nie la first n last time aku akan makan pizza kat pavi tu.. aku geram sgt.. rse cm nak ckp.. xpe la encek.saye xnak la byr caj perkhidmatan enchek nie.. dah la mahal, tp xkena dgn perkhidmatan yang disediakan.

Rabu, 10 Mac 2010

19 keistimewaan wanita

aku ada membaca satu artikel yang kira sangat menarik perhatian aku yang merupakan golongan wanita nie la kan.. hehe... di dalam islam, wanita itu adalah golongan yang dimuliakan kedudukannya. pada zaman arab jahiliah, perempuan dipandang hina, diletakkan serendah-rendahnya. malahan, lebih teruk daripada darjat seorang hamba. wanita hanya dilihat sebagai pemuas nafsu dan dianggap sebagai membawa sial dalam keluarga. pandangan ini menyebabkan golongan arab jahiliah akan membunuh anak-anak perempuan yang dilahirkan kerana menganggap anak perempuan akan menyusahkan dan membawa malang kepada keluarga mereka. kedatangan islam sememangnya telah meletakkan wanita adalah semulia-mulia golongan di mata masyarakat dan menjaga kekebajikan serta keistimewaan kaum hawa. ok la.. kat cni aku senarai kan 19 keistimewaan kaum wanita dari sudut pandangan islam.


1. kaum wanita lebih dimakbulkan doa mereka kerana tingginya sifat penyayang mereka berbanding orang lelaki. sayangnya kaum hawa kepada anak-anak, kepada binatang dan sebagainya sememangnya menunjukkan ketinggian kasih sayang mereka berbanding kaum adam. apabila ditanya kepada rasulullah SAW mengenai perkara ini, rasulullah bersabda, ''ibu adalah lebih penyayang daripada seorang ayah. doa orang yang tidak penyayang adalah sia-sia"

2. wanita yang soleh adalah lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh. ini mengambaarkan ketinggian darjat seorang wanita.

3. barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya sama seperti orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. barangsiapa yang membawa hadiah lalu diberikan kepada ahli keluarganya, maka pahalanya adalah sama seperti bersedekah.hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki . barang siapa yang menyukai anak perempuannya, seolah-olah dia memerdekakan anak nabi Ismail AS.

5. wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama-sama aku (rasulullah SAW) di dalam syurga.

6. barang siapa yang mempunyai 3 anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dengan penuh takwa serta tanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. dari Aisyah r.a. "barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka"

8. syurga terletak di bawah tapak kaki ibu

9. apabila kedua-dua orang ibu bapa mu memanggil mu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. wanita ynag taat berkhidmat kepaa suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbukalah pintu-pintu syurga. masuklah olehnya mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. wanita yang taat pada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung-burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya akan beristighfar baginya selama dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahnyang dan puasanya.

12. Aisyah r.a. berkata, "aku bertanya dengan rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? jawab baginda "suaminya". siapa pula yang berhak terhadap lelaki? jawab rasulullah SAW, ibunya".

13. perempuan apabila dia sembahnyang lima waktu, berpuasa di bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, masuklah dia dari mana saja pintu syurga yang dia kehendaki.

14. setiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT akan memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya iaitu 10,00 tahun.

15. apabila seorang wanita mengandungkan janin di dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

16. apabila seorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT

17. apabila seorang wanita melahirkan anaknya, keluarlah dia dari dosa-dosanya seperti keadaan ibunya melahirkan

18. apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberikan satu kebajikan.


19. apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberikannya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

dengan demikian dapatlah kita lihat bahawa islam memelihara hak dan keistimewaan kaum wanita. sememangnya golongan wanita dilihat sebagai golongan yang tinggi darjatnya.

Selasa, 9 Mac 2010

rock on the stage part 2




bagi peminat2 muzik,
bagi yg sangat meminati band2 hardcore cm the padangs, asthalin, naratu..
serta mereka yang minat dgn couple, grey sky morning dll lagi,

mari turun ramai2 ke rock on the stage part 2 di one cafe jalan TAR
tiket boelh didapati dengan harga RM18..
depan pintu RM22..
so better beli awal2..
hehe...

untuk pembelian tiket leyh contact no yg tertera kat flyers tu..
juga leyh dapatkan tiket dari wakil malayapark.com dengan menghubungi
PRIMADONA  -0102103689
keterangan lanjut
http://www.malayapark.com


by momoque@malayapark

hari keluarga kolej burhanuddin helmi 2009/10


 gerai aku no 13

pada 4 dan 5 mac 2010 bersamaan hari jumaat dan sabtu, di kolej burhanuddin helmi telah diadakan hari keluarga kolej. hari keluarga kolej diadakan bagi memupuk hubungan yang mesra di antara warga kolej nie di samping memberi peluang perniagaan kepada para pelajar macam aku nie ha kot.

bagi aku, objektif untuk mengeratkan silaturrahim antara para pelajar tu telah dapat dicapai. sbbnye, mase aku bukak gerai mase hari kejadian, dapat gak aku bertegur dengan ramai rakan2 sekolej yg sebelom nie aku xpenah tgur. ade gak dak2 junior yg aku xpenah kenal, tp aku kenal sbb hari kejadian. haha.

mase hari kejadian, aku telah membuka gerai yang menjual makanan daripada bakery seperti roti, kek, cupcake, dll lagi. sebenarnya aku bukak gerai nie bagi mempromosikan roti-roti yang aku jual kat bilik aku. so bagi warga burhan sekalian, jgn lupa beli roti daripada aku ye. hehe...

gambar nie adalah antara roti yang dijual kat bilik aku iaitu chicken floss with sausage, sausage cheese, 
sausage garlic bun, mexico bun, donut choc, mini pizza, sausage black pepper, dll lagi...
yang paling digemari oleh penghuni2 blok aku n berhampiran ialah mexico bun, sausage chicken floss, sausage cheese dan donut choc.








aku nak ucapkan berbanyak2 terimas kat warga burhan yg membeli kat gerai aku. ade tu sampai mengulang 3 4x beli egg tart, pizza, cheese tart,choco moist dll. terharu gler aku.. hehe..kat sebelah nie adalah egg tart n cheese tart yg menggoda ramai pelanggan aku. baru letak dah abis.. ade tu xsempat nak beli..huhu








aku nak ucapkan berbanyak2 terimas jugak kat zabed n ajim sbb datang tlg aku kat gerai.. mase hari jumaat, zabed yg tlg teman n tlg aku kat gerai. lepas smbhyg jumaat, die dtg tlg aku.. sekurang2nye hilang busan aku ble die ade n leyh tlg aku wat keje2 berat... thanks sbb tlg..hee.. ajim lak dtg mase hari sabtu. ade gak peneman.. xde la busan jga gerai sowg2..huhu...thanks ajim..heee...jasa kamu berdua dikenang.. hehe..(bed, sowie gambo ko xde sbb ke xde snap pic pulak time tu..hahaha..cian ko..huhu)



haa..kat sebelah nie adalah gambar diantara makanan yang aku jual mase hari kejadian iaitu choco moist, blueberry cheese cake, cupcake, egg tart, cheese tart, teddy lollipop, banana cake, pizza special,












kepada ajim, thanks sbb beli cupcake kat gerai kte nie pas tu bg balik sbg hadiah.. chumel je...haha.. (sampai skunk xmakan lagi cupcake tu sbb sayang..haha).. cupcake yg die bg adalah love dua bertindih kat gmbr sebelah nie... hee...







nie pulak mini cheese tart n choco ball..yg tepi sekali belah kanan tu pizza special..cuma RM1.80 per slice..heee











nie adalah pizza yang memikat hati ramai pelanggan jugak la..dua tiga kali aku ganti pizza yang baru.. diowg ingt pizza tu xlaku sbb tak luak. padahal sbnrnya aku letak pizza yg baru..hihi...
 aku pon amat menggemarinya... kak aisyah pon ckp pizza nie sedap.... beberapa orang chinese boy turut memuji pizza nie..tp wpon dipuji, ofkos pizza nie bukan aku yg wat pon..aku tkg jual je..hahaha






nie adalah blueberry cheese cake n choco moist yang sangat digemari oleh aku..akif kata bluberry cheese cake nie sedap..hee..ramai gak puji choco moist tu sedap gler..tu aku stuju sgt sbb aku ske gler dengan choco moist..haha








overall hari keluarga burhan ok.. tahniah kepada sume pengarah dan warga kerja yang terlibat dalam menjayakan hari keluarga nie. tp sayang la sbb sambutan para pelajar macam xmemberangsangkan je.. especially mase tengahari slot sukan rakyat tu kot.. maybe sbb hari tu ade ko-k kot. tp bagi aku, tahun lepas lg ramai turun la..aku nak join, tp ape kan daya aku kena jaga gerai. kang xjaga, sape lak nak jaga?haha...lg satu aku rase klu slot tu kena mase hari ahad cm tahun lepas, myb lg ramai akan join. tp apekan daya, hari keluarga cuma dua hari sbb ukm blackout masa hari ahad. huhu.. tp pape pon, tahniah la kat mereka yang menjayakan hari keluarga tu.. bukan senang nak manage mende cm nie.. so aku rase daripada ramai2 kritik ke pe, lebih baik kte nilai balik ape yg diowg sumbang jika dibanding dengan kte. klu diowg xwat, kowg yg kritik tu mcm la leyh wat lebih bgus lg..aku nie dasar berkecuali. no offended... tp bg aku, aku ok je. thanks kat apeng n sekretariat yang mek pot pasal aduan aku berkenaan elektrik kat gerai aku. hope next year lg meriah n warga2 burhan nie turun la bg sokongan.. bukan salu kan dapat berkumpul n enjoy... hee..

tp kan aku harap tahun depan penyusunan program n kelengkapan bagi gerai adalah sistematik n lengkap la. mane la taw aku leyh bukak gerai lg.. haha... teknikal pulak, jgn la asik mainkan lagu yg same je... asik2 lagu kertas- kekasih yang x di anggap tu.. adoii..pening pale dengar bnyak kali..huhu.. lg satu, penyusunan gerai tu, jgn la wat gerai makanan berhampiran sume gerai makan n minum then jual minyak wangi rapat dengan org jual minyak wangi gak.. macam terlalu sengit je bersaing..kena hadkan jugak penjualan barangan yg same jenis bg elak kerugian.thanks kat sekretariat peralatan yg tlg sediakan meja dan kerusi.nie cuma pandangan aku la... kira cm kritikan membina.. nak kata sbg kritikan pon xjugak sbb aku xkutuk2 pon.. juz menyuarakan pe yg aku nampak masih kurang n perlu penmbahbaikan la.. sume ok je..ok la, next programme burhan, annual dinner pulak.. harap lg besh la...huhu.. daaa

Isnin, 8 Februari 2010

indie goodness volume 2


datang beramai-ramai
memeriahkan indie goodness volume 2 sound machine
pada 13 march 2010 bersamaan hari sabtu
xingt bersamaan berapa hijriah di number one cafe...
and of course berbayar la cik abg n cik kak oiii..hehe..
rm18 pre-sale ticket n rm20 kat depan pintu.
antara band yang perform ialah sharpshooter, couple, stonebay,statik, plague of happiness,dan ramai lagi.
anda juga berpeluang memenangi gitar yamaha macam kat flyers nie..
so jgn lepaskan peluang la ye..
(aku pown sbnrnye nak je merasa g konsert radio rosak tu..konpius2..tp besar kemungkinan akan ke number one cafe mahu layan plague of happiness sama sharpshooter kot...hehe...)

lirik lagu and chords lagu flossy-romance

aku sangat meminati lagu nie
and tahniah wahai flossy sbb lagu nie sangat pendek saje liriknye
congrats juga sbb lagu kowg leyh hadam die telinge gue~~
hehe
sape sape yg lum kenal flossy tu leyh add myspace diowg~~
aku sangat ske lagu ini~~
hehe
http://www.myspace.com/flossydistortion


Lick ur lips to my lips

Hold ur breath and sleep on my shoulder,

Feel the warm of my skin,

Hold u tight wire u with my love



Coz tonite this beautiful feeling honestly melting onto u

And i slowly hold ur hand and keep my eyes on u

I won't let u down..i won't let u down..i won't let u down

romance chord


Verse


Am/Dm/G/C



Bridge

F/Dm/F/E



C/O

F/Dm/C/G

F/Dm/Am/C - F/F#/C


tagged pic from abeskala

ha
abeskala telah meng'tag' aku kat menatang nie di muka buku (facebook) .
besh jugak la statement nie..
bagi kowg la kan,
btol ke pe yg diperkatakan dalam nie?
kumen2...
:)

erti kemaafan dan menerima kemaafan

apa fungsi and erti maaf bagi kowg sume?
adakah sebagai alat utk menutup kesalahan?
adakah alat utk menunjukkan kowg menyesal di atas perbuatan kowg?
adakah ungkapan maaf hanya sebagai alat utk membolehkan kowg terus membuat kesalahan yang sama berulang kali?
or maaf tu adalah perkataan yang kowg gunakan sebagai alat utk utk menghilangkan perasaan bersalah yg kowg hadapi krn menyusahkan kehidupan owg lain?
tp walau apa pon alasan kowg menggunakan perkataan maaf,
bagi aku semua org sememangnya merasa sukar utk mengungkap perkataan 4 huruf ini
iaitu maaf.
sesukar mengungkap kemaafan,
aku rasa sukar juga untuk menerima kemaafan apatah lagi klu kesilapan itu terlalu besar utk dimaafkan.
jadi, sama-sama susah kan?
jadi apa salahnya kita menerima kemaafan kerana kedua-dua pihak sememangnya mengalami kesukaran.
nape ye tiba-tiba aku bercerita tentang kemaafan?
kerana cerita seorang teman mengenai kesilapannya dan kemaafan yg dipohon kepada seorang sahabat seolah-olah diperlekehkan membuatkan aku turut tersedar tentang silapku juga pada seorang teman di atas ketelanjurannya melepaskan kata-kata yg tidak enak aku dengar kerana seolah-olah memperlekehkan usahaku.tp aku x menerima kemaafannya setelah sekian lama?
sedih bukan jika seseorang tidak menghargai usaha tetapi seenak-enaknya berkata seolah-olah dia tahu semuanya.
tapi dia dah pun memohon maaf.
walaupun dia merayu,
menangis,
kekerasan hati,
amarah yang membara,
kuasa utk menghukum
apatah lagi memaafkannya bukan terletak di tangan ku.
sedangkan rasulullah saw ampunkan umatnya
ini kan aku insan biasa yg sememangnya tidak berkuasa menghukum sesiapapun.
kemaafan tu lebih mulia sbnrnya..
ermm..
sebenarnya
jauh dr sudut hati aku nie
aku dah maafkan dia.
cuma aku harap
dia sedar yg kerana mulut badan binasa.
biar dia sedar sememangnya mulut yg allah swt kurniakan bukan utk digunakan sewenang-wenangnya.
cerita teman aku si A semalam wat aku teringat yg aku nie dah bertindak kejam kerana terus memendam dendam dan perasaan marah terhadap seorang teman.
hari ini aku rasa dah tiba masanya aku memaafkan dia.
aku tak nak dipanggil perempuan yang keras hati.
lebih-lebih lagi
sememangnya sikap iri hati,
sifat amarah,
busuk hati,
bongkak sememangnya akan menggelapkan hati.
membawa penyakit hati!!!
aku xnak hati aku gelap!!
aku xnak hati aku busuk berulat!!
aku nak hati aku bersih dari sifat yang keji...
ermm..
so hari ini aku nak maafkan sesiapa saja yg wat aku sakit hati.
biarlah mereka sakitkan aku.
tuhan tahu apa yang patut diperbalas kepada orang yang menzalimi orang lain.
biarlah mereka mengeji aku,
mengata aku,
memfitnah aku.
asalkan aku terus bahagia.
diowg sume dapat apa?
dosa dapat la..
terus la mengumpul dosa dan sedekah pahala kowg kat aku.
aku cuma akan ucapkan terima kasih sambil tersenyum.
huhu..
puas hati aku dapat express perasaan aku dalam blog aku nie..
aku nak ucap terima kasih kat temanku A sbb menyedarkan aku.
aku harap sahabat si A akan memaafkan dia..
keterlanjuran kata A memang menghiris hati sahabatnya.
tapi sbg sahabat, seharusnya menerima kemaafan itu.
xpela,apa hak aku utk mempersoalkan tindakan sahabat A?
aku pon wat kesilapan yg sama.
mungkin masa nie kita xboleh berfikir dengan rasional sbb tgh diburu amarah yg menebal.
ermm..
nanti dia ok la tu  wahai A.
bagi la dia masa nak bertenang.
ingat la..
kemaafan xsenang nak dipohon.
bukan senang juga untuk diterima.
jadi dua-dua sukar..
so apa salahnya klu kawan kita dah mtk maaf, kita sedia memaafkannya?
ermm
semoga sikap saling bermaaf-maafan jadi amalan kita semua..
tp jangan juga jadikan ia alasan utk menyelamatkan diri dari terus melakukan kesalahan..
huhuhu